Monday, 28 October 2013

Pentingnya Bahasa Arab

Belajar agama tanpa faham Bahasa Arab umpama orang yang makan makanan lazat tanpa gigi, boleh ditelan tetapi tidak hadam sepenuhnya.  Tidak ramai dikalangan orang Melayu yang berminat untuk belajar Bahasa Arab kerana merasakan bahasa ini tidak penting.  Tidak profesional dan tidak ada faedahnya dalam dunia globalisasi ini.  Ini satu pandangan yang salah.

Berapa ramai yang tidak mampu memahami bahasa al-quran ini kerana hanya memandang remeh akan bahasa ini.  Mereka anggap Bahasa Arab hanya sesuai untuk golongan tua sahaja, bukan untuk golongan muda. Salah sama sekali salah! Tidak sama sekali tidak!

Bahasa Arab sesuai untuk semua golongan...muda, tua, kanak-kanak dan remaja...semua sekali!

                          

Bahasa Arab sepatutnya dikuasai oleh semua umat Islam tidak kira dari bangsa apa sekali pun.  Kerana di dalam bahasa ini terkandung berbillion-billion maklumat terutamanya dari al-quran dan al-hadis.  Sayang sekali jika kita tidak mahir berbahasa arab dan tidak menguasai Nahu Bahasa Arab, kita hanya mampu membaca al-Quran dengan alunan lagu yang merdu dan mendayu-dayu tetapi tidak memahami maknanya.

Tidak ubah seperti burung tiong yang hanya pandai meniru kata-kata orang dan menyanyi mengikut nada dan irama orang lain dengan penuh merdu, tetapi tidak faham apa yang di dendangkannya...sayang seribu kali sayang.....

No comments:

Post a Comment