Sunday 30 September 2018

Perbelanjaan selepas perkahwinan

Sebelum berkahwin kita bercinta. Asyik masyuk sampai tak sedar orang sekeliling asyik memerhati. Dialah pujaan hati, tiada yang lebih indah dari pasangan yang kita cintai. Mula la diatur pertemuan demi pertemuan. Akhirnya, setelah masing-masing bersedia, tetapkan tarikh untuk diijabkabulkan. Masa tu yang kita fikir cuma bahagia sahaja. Semua yang indah-indah dan manis belaka. Terasa, bila orang lain menghadapi masalah rumahtangga, kita tak akan terkena sebab dia sayangkan kita dan kita akan setia separuh mati pada kita. Impian indah sebelum berkahwin. 

Setelah berkahwin, baru-baru, memang rasa sangat bahagia. Menyesal rasanya tak kahwin lebih awal. Selang beberapa bulan, mula rasa perubahan diri. Hamil rupanya. Alhamdulillah...rezeki dari Allah. Kalau boleh nak kabar pada seluruh dunia. Bahagia dan gembira. 

Bermula lah episod melalui suka duka berbadan dua. Ada yang ok dan ada yang agak sengsara. Waktu inilah ujian kesabaran bermula. Suami yang sabar akan menjaga sebaik mungkin. Yang agak goyah imannya, ada pelbagai karektor. Ada yang sabar dan ada yang emo. Sebab isteri dah tidak romantik macam dulu lagi. 

Kadangkala asyik melayan emosi, kuat merajuk, teringin nak makan macam-macam. Selera pun lain macam. Belum lagi ditambah dengan rasa pening dan loya, sampai ada yang nak buka mata pun tak berdaya. Ini realiti, bukan hayalan. Bagi yang tidak mengalami alahan, berbahagialah...syukur banyak-banyak. Anda seorangvyang terpilih. Tetapi kena ingat juga, setiap kandungan tak sama, lain-lain rasa, berlainan pula kerenahnya. 

Tiba masa nak melahir pula, yang ni kena buat pilihan bijak. Ada isteri yang nak nampak mewah, tunjuk dalam fb/ig bersalin kat hospital swasta yang mewah. Ha..yang ni kena jaga-jaga sikit. Lihat dulu sumber kewangan. Kalau rasa-rasa stabil silakan. Atau kalau mak ayah jenis orang berduit yang boleh ‘support’, sudah bagus. Bantuan ketiga ada. 

Tapi dalam pada tu kena beringat juga, tidak semua kelahiran tu normal. Sejak akhir-akhir ni, banyak kita dengar kelahiran melalui pembedahan. Ada macam-macam komplikasi semasa nak melahirkan. Semasa lihat harga atau senarai harga perkhidmatan bersalin tu, selain lihat bil untuk bersalin secara normal, lihat juga jumlah bayaran bersalin secara pembedahan dan sediakan jumlah tersebut. Sebagai langkah berjaga-jaga. Biar lebih jangan kurang.

Tetapi sekiranya ada rasa sedar diri dan kurang berkemampuan, daftar sahaja di hospital awam yang berhampiran. Abaikan kata-kata yang memburukkan hospital awam. Sekarang ni, hospital awam serba serbi lengkap dari segi doktor pakar, kakitangan, bangunan selamat, peralatan lengkap dan macam-macam kemudahan ada. Jika berlaku kecemasan di hospital swasta yang tidak dapat diselenggarakan, kita akan di rujuk ke hospital awam juga. Cuma kurang popular aje la kan. Tak de nama nak dibanggakan. 

Itu semua tolak tepi, yang penting mampu bayar. Selepas bersalin tu, keperluan bayi pun boleh tahan banyak. Kalau sebelum ni tak perlu beli pampers, sekarang pampers dah wajib beli. Banyak lagi perbelanjaan lain yang berganda bertambah. Ada yang malas nak bagi susu ibu, nak bagi susu formula, siap sedia aje la. Harga bukan murah. 

Hidup berumahtangga bukan seindah yang disangka kalau tidak betul-betul bersedia. Jangan sibuk nak bandingkan diri kita dengan orang lain. Buat ikut kemampuan. Belanja ikut mampu.