Tuesday 29 October 2013

Banyak kelebihan jintan manis...fennel seed

:: Recipe :: Khasiat Jintan Manis

Source: http://yatt-lateef.blogspot.com/




Kandungan Jintan Manis:- Vitamin C-B-A, garam galian (phosphorus, iron, magnesium, copper, potassium dan calcium), galian sureh (molybdenum, manganese dan foliate) , asid amino, tinggi-serat dan rendah-kalori.



Bahan:
Jintan Manis
Cuka Epal
Madu
Air


Khasiat & Kelebihan Jintan Manis:


--[01]-- Cuci usus
Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan dan mencuci dinding usus dari toksin, kotoran dan mendapan degil. Yang bagusnya, ia tidak mengakibatkan cirit-birit.. proses pembuangan lebih bersahaja dan tidak terasa senak perut! Sistem metabolisma menjadi lebih teratur dan semestinya ia membantu melangsingkan badan!

--[02]-- Mengatasi masalah kembung perut akibat terlebih angin, gas dan asid
Jintan manis dapat merawat masalah ketidakhadaman, radang perut dan usus dengan cara mengeluarkan gas, angin dan asid yang berlebihan dalam perut. Secara tak langsung ia membuatkan perut menjadi leper dan kemas!

--[03]-- Kawal tahap kolesterol
Jintan manis kaya dgn vitamin C-B-A, bermanfaat mengekalkan daya tahan badan terhadap serangan penyakit di samping dapat mengurangkan kadar kolesterol berbahaya dalam badan. Kadar seratnya yang tinggi dapat mencegah berlakunya buasir dan kanser usus.

--[04]-- Rawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh2 otot
Jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu untuk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot! ‘Anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser. Kajian menunjukkan penggunaan ‘anethole’ dapat menyekat kemaraan ‘tumor necrosis factor’ dalam tubuh manusia.

--[05]-- Diuretik
Jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat mengeluarkan bendungan air di dalam badan.. justeru merawat sembab muka, perut kembung, buncit dan senak perut!

--[06]-- Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu
Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estorgen. Ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid & menopos, masalah rendah-libido dan ketegangan saraf. Dengan meminum secawan teh jntan manis waktu malam, ia dapat menenangkan saraf dan membuatkan anda lebih mudah tidur malam.

--[07]-- Merawat gejala pra-haid, pra-menopos dan rendah libido
Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi (dan berkesan!)

--[08]-- Pelbagai manfaat lain
Jintan manis dapat mengekang selera makan, menyegarkan nafas, menurunkan panas badan, merawat jangkitan mata, meredakan sakit tekak, memulih batuk dan membuang kahak.


Cara Penyediaan Teh Jintan Manis:


- Masukkan 2 gelas air ke dalam periuk.

- Masukkan 1 sudu besar jintan manis (versi biji) ke dalam periuk tadi.

- Rebus hingga mendidih. Setelah mendidih, terus tutup api dan tutup periuk supaya wap herba tidak keluar.

- Setelah suam, tapis dan tuang ke dalam gelas, kemudian masukkan 2 sudu besar cuka epal / cuka kurma / cuka anggur / cuka delima.

- Kacau dan minum 3 kali sehari (before breakfast, lunch and dinner).

- Jika anda rajin bersenam selepas minum secawan teh jintan manis selama 30 minit setiap hari (sehingga 3 bulan, bersedialah untuk kehilangan sehingga 14kg dari berat badan anda!!!)







Cuba lah secawan teh jintan manis ini. Jika diamalkan berterusan, anda akan merasa fadilat dan kebaikannya pada tubuh badan. Ia mampu membuang keracunan dalam badan kerana bertindak sebagai tonik semulajadi yang membersih darah, buang pinggang, paru-paru dan limpa.

JINTAN MANIS BOLEH MEMECAHKAN LEMAK

Wrote by  on Khamis, 26 Julai 2012

Khasiat jintan manis membantu memecahkan lemak
Assalamualaikum dan salam ramadan.. Herba2 dan tumbuh2an yang Allah SWT ciptakan terlalu banyak khasiat dan penawar segala penyakit dan petua. Bukan sahaja herba2 ini digunakan untuk masakan, malahan untuk perubatan2 tradisional juga diamalkan oleh kita orang2 melayu.

Jintan manis atau fennal seed adalah bahan2 utama dalam masakan2 Melayu + India + Indonesia + hampir separuh negara di Asia menggunakannya. Tanpa jintan manis maka kuranglah rasa kesedapan pada lauk2 yang dimasak. Namun tahukah kita jintan manis mempunyai kehebatan tersendiri selain hebatnya dalam masakan? Jom kita cuba satu petua untuk menurunkan berat badan atau cara2 memecahkan lemak dengan menggunakan JINTAN MANIS.
Khasiat dan kebaikan JINTAN MANIS
Jintan manis sememangnya mengandungi banyak flavonoid anti-oksidan seperti kaempferol dan quercetin. Sebatian ini berfungsi sebagai anti-oksidan yang kuat dengan menghapuskan radikal bebas yang berbahaya dari badan itu melindungi dari kanser + jangkitan + penuaan + penyakit degeneratif neurologi.
Di samping itu, serat pemakanan mengikat kepada garam hempedu (dihasilkan daripada kolesterol) dan mengurangkan penyerapan semula di dalam kolon, sekaligus membantu menurunkan tahap kolesterol LDL serum. Dengan oksidan anti-flavonoid + fiber dari komposisi Jintan Manis dapat  membantu melindungi lendir dari kanser kolon.
Jintan manis mempunyai kesihatan yang banyak memberi manfaat kepada sebatian minyak penting seperti anethole + limonene + aldehid anisic + pinena + myrcene + fenchone + chavicol dan cineole. Prinsip2 ini sangat aktif dalam herba JINTAN MANIS yang diketahui mempunyai ANTIOKSIDA + SISTEM PENCERNAAN + dapat mengeluarkan udara + ANTI GAS dlm PERUT.
JINTAN MANIS sumber mineral seperti tembaga + besi + kalsium + potassium + mangan + selenium + zink + magnesium. Tembaga diperlukan dalam pengeluaran sel darah merah. Besi diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. Zink adalah bersama-faktor dalam banyak enzim yang mengawal pertumbuhan dan pembangunan + generasi sperma + penghadaman + sintesis asid nukleik. Potassium merupakan satu komponen penting dalam sel dan cecair badan yang membantu mengawal kadar jantung dan tekanan darah. Mangan digunakan oleh badan sebagai faktor untuk enzim anti-oksida yang kuat + superoxide dismutase.
Banyak vitamin2 yang penting seperti vitamin A + E + C + B kompleks seperti thiamin + pyridoxine + riboflavin + niasin terutamanya tertumpu dalam herba JINTAN MANIS.
Seperti jemuju, jintan manis adalah sumber yang kaya dengan serat pemakanan. 100 g biji benih menyediakan 39.8 g serat. Kebanyakan serat ini adalah metabolically serat tidak larut lengai yang membantu sebahagian besar peningkatan makanan dengan menyerap air seluruh sistem penghadaman dan mengurangkan sembelit.
Cara2 membuat jus JINTAN MANIS = memecahkan lemak
Ambil 2 atau 3 sudu besar JINTAN MANIS + rebus dengan 6 gelas air selama 20 minit = Minum setengah gelas setiap pagi dan malam sebelum atau selepas makan. Untuk permulaan cubalah setiap malam sahaja kerana semasa tidur badan kita sedang rehat dan pada masa itulah khasiat JINTAN MANIS bekerja untuk memecahkan lemak secara perlahan2. Namun haruslah lebihkan minum air masak 8 gelas setiap hari sudah mencukupi.
Nota
Banyak khasiat Jintan Manis yang kita tidak terfikir ingin ambil tahu kecuali dah masak sodap masyuk perut. Kepada pesakit KANSER juga diharap dapat mencubanya. Mudah2an sembuh dengan izin-Nya..

P.S. Masih teringat sahabat dari negara INDIA memberi kunyahan yang dia buat sendiri. Bahan2 tersebut termasuk jintan manis + sweet dan bahan2 lain yang dikunyah selepas makan nasi untuk menghilangkan bau mulut. Memang sedap. Hendak buat sendiri tidak reti tapi ada dijual dikedai2 India yang menjual manisan. Mulut pun sentiasa wangi.. Will update gambar jika ada dalam simpanan.. Selamat berbuka nanti.. 

Monday 28 October 2013

Pentingnya Bahasa Arab

Belajar agama tanpa faham Bahasa Arab umpama orang yang makan makanan lazat tanpa gigi, boleh ditelan tetapi tidak hadam sepenuhnya.  Tidak ramai dikalangan orang Melayu yang berminat untuk belajar Bahasa Arab kerana merasakan bahasa ini tidak penting.  Tidak profesional dan tidak ada faedahnya dalam dunia globalisasi ini.  Ini satu pandangan yang salah.

Berapa ramai yang tidak mampu memahami bahasa al-quran ini kerana hanya memandang remeh akan bahasa ini.  Mereka anggap Bahasa Arab hanya sesuai untuk golongan tua sahaja, bukan untuk golongan muda. Salah sama sekali salah! Tidak sama sekali tidak!

Bahasa Arab sesuai untuk semua golongan...muda, tua, kanak-kanak dan remaja...semua sekali!

                          

Bahasa Arab sepatutnya dikuasai oleh semua umat Islam tidak kira dari bangsa apa sekali pun.  Kerana di dalam bahasa ini terkandung berbillion-billion maklumat terutamanya dari al-quran dan al-hadis.  Sayang sekali jika kita tidak mahir berbahasa arab dan tidak menguasai Nahu Bahasa Arab, kita hanya mampu membaca al-Quran dengan alunan lagu yang merdu dan mendayu-dayu tetapi tidak memahami maknanya.

Tidak ubah seperti burung tiong yang hanya pandai meniru kata-kata orang dan menyanyi mengikut nada dan irama orang lain dengan penuh merdu, tetapi tidak faham apa yang di dendangkannya...sayang seribu kali sayang.....

Cara beribadah sebenarnya...

Allah hanya menerima amal orang yang ikhlas dalam berbadah kepadaNya sahaja.  Jika kita beribadah hanya kerana mahu menunjuk-nunjuk kerajinan atau orang akan melihat kita seorang yang alim dan warak, sia-sia sahaja.  Kerana Allah lebih tahu apa yang ada di dalam hati setiap hambaNya.

Kemanisan beribadah hanya akan dinikmati oleh mereka yang benar-benar ikhlas dalam ibadahnya...
Balasannya juga akan dinikmati sepenuhnya dan dia akan merasai kebahagiaan hidup yang berterusan sehingga ke akhir hayat...
Tiada keluh kesah, tiada duka nestapa, tiada takut dan tiada bimbang, kerana dia yakin Allah sentiasa bersamanya....

                          

Dalam menuntut ilmu, jika kita belajar hanya kerana untuk lulus periksa, maka lulus periksa lah yang kita akan dapat, tetapi keberkatan ilmu tersebut akan hilang sebaik sahaja selesai peperiksaan. Ilmu akan lenyap sedikit demi sedikit. Mudah hilang dan dilupai....Niatkan belajar hanya kerana Allah dan Allah akan memberikan balasan melebihi impian kita....tak percaya cuba!

Friday 25 October 2013

tudung oh...tudung....

Andai benar kita bertudung kerana taat pada perintah Allah, sudah pasti tidak ada kesukaran dlm memilih jenis tudung krn kita tahu jenis tudung yang bagaimanakah menepati syariat.  Apa yang menjadi masalah cuma apabila memakai tudung hanya kerana berfesyen untuk mengikut trend terkini, tidak mustahil kita akan terus menjadi mangsa fesyen buat selamanya.

Nanti mula lah, orang berjuntai sana sini, awak pun ikut.  Orang bersanggul palsu tinggi ikut juga, tudung pendek tapi manik mahal ratus-ratusan ikut juga, tokey tudung makin kaya, kita pengguna juga makin kayap.

Bukan semua pereka tudung memahami konsep bertudung yang menutup aurat wanita dalam ertikata sebenar.  Majoriti mereka ini mereka design baru hanya berdasarkan fesyen terkini dan kemahiran rekaannya shj, bukan berdasarkan pandangan dari al-Quran.  Jauh sekali dari merujuk kepada hadis Nabi dan tafsiran al-Qur'an bagaimana cara menutup aurat yang sebenar.

 Akhirnya terhasillah  tudung yang apabila orang lain memakainya akan mendapat murka Allah dan laknat Malaikat serta seluruh penghuni langit. Menonjolkan mana yang sepatutnya ditutup dan meninggikan sanggul walaupun rambut sebenarnya pendek shj....sanggup beli sanggul palsu....semata2 untuk bergaya anggun, nauzubillah....

Jangan lupa, pereka fesyen tudung sedang menanam sahamnya di situ, jika baik, baiklah hasilnya, jika sebaliknya, bersiap sedia ajelah ketika ditimbang amal di Padang Mahsyar nanti.  Semakin ramai yang menggunakan rekaan anda, semakain besar saham yang ditanam.....

Begitu juga dengan pereka pakaian...anda juga tidak terlepas kerana anda juga sedang menanam saham Akhirat di situ, jika baik rekaannya, baiklah, jika ketat melepat, dedah sana sini, buka sana sini, seksi menggoda, bersiap sedia aje lah....

Allah tidak pernah lupa dan lalai walau seketika.  Hanya kita manusia yang selalu lupa dan lalai serta kelabu mata melihat habuan yg besar didepan mata.

APA ITU SIBUTRAMINE DAN MENGAPA IA MERBAHAYA?

Sibutramine digunakan dalam kombinasi dengan penurunan kalori diet dan latihan khusus membantu orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan dalam menurunkan berat badan dan untuk mengekalkan penurunan berat badan.


Ia berada dalam kelas ubat yang disebut sebagai perencat nafsu makan dan bertindak di otak dengan merencat pusat  yang mengendalikan nafsu makan.

Sibutramine dikawal di bawah Akta Racun 1952, dan temasuk dalam ‘Group B Poison List’


APA KESAN PENGAMBILAN SIBUTRAMINE?

Pengambilannya tanpa perskripsi doktor boleh mendatangkan kesan sampingan, antaranya:

Pening kepala - perubahan selera makan -sembelit -pedih ulu hati-mulut menjadi kering - sakit di bahagian belakang - badan menjadi lemah - gemuruh - kesusahan untuk tidur - selsema - simptom mirip selsema (flu-like symptoms) - kepanasan - kesakitan semasa datang bulan.

Ada juga kesan sampingan lebih serius, dan symptom itu antaranya:

Denyutan jantung laju - sakit dada - sesak nafas - mual - sakit perut - muntah- keseronokan melampau (extreme excitement) - resah- gelisah- murung - pening - kepala menjadi ringan - pitam - keliru- pergerakan luar kawalan - kekejangan otot - tangan menggeletar - sawan- menggigil - peluh berlebihan - demam - sakit tekak - anak mata menjadi besar- ruam - gatal.

ANTARA MASALAH LAIN

Masalah bercakap,bernafas dan susah menelan 

Bengkak di muka, tekak, lidah, bibir, mata, tangan, kaki dan buku lalu

Unusual bleeding or bruising’

Sumber: medline plus 


Sejauh mana keberkesanan produk kesihatan dalam bentuk serbuk...

PEMAKANAN SIHAT YANG SEBENAR....SEGAR DAN BEKHASIAT, ELAKKAN BAHAN PENGAWET 

Pengambilan berlebihan produk yang mengandungi bahan pengawet akan melemahkan sistem dalam tubuh dan badan berfungsi dalam keadaan yang tidak normal berikutan berlebihan kandungan pengawet. Sudah banyak kali pakar pemakanan menasihati kita agar menjauhi makanan segera yang diproses dan yang mengandungi bahan pengawet. Tetapi itulah yang kita kejar2 dizaman moden ini.

Kita disarankan mengambil buah-buahan segar, sayuran dan minuman natural tanpa sebarang bahan pengawet. Minum air kosong dicampur dengan perahan limau nipis, kasturi atau lemon jauh lebih baik dari meminum minuman yang kita sendiri tidak tahu apa isi kandungannya.

Jika pengeluar tersebut benar2 mementingkan kesihatan seperti yang sering diulang2 nya makanan kesihatan, mengapa dia tidak sarankan kita memakan buah2an dan sayuran segar? Mengapa dia tidak menggalakkan kita buat jus buah2 buahan sendiri, bukan kah itu lebih baik lagi jika dia benar2 pakar dalam pemakanan dan produk kesihatan? 

Apa yang diajar cumalah telan serbuk berperisa buah-buahan....minum....ulang minum berkotak2 dan tawarkan harga murah bagi kotak yang ketiga dan dan ada pula buy 2 get 1 free dan sebagai nya. 

Minuman pemutih, serbuk pemutih...masing-masing nak putih, terpedaya lagi...

Satu lagi sekarang ni sibuk dengan serbuk nak putih, masing2 minum, berlumba2 nak jadi putih.  Dah putih pamer pulak dlm facebook, lupa yg diri tu isteri orang, ada juga isteri ustaz , tak kurang juga isteri pejuang agama la konon, bertopengkan gelaran hebat2. 

Posing sana sini untuk melariskan produk, mata yang memerhati juga terasa pelik. pujian yang diberi juga bukannya ikhlas, semata2 nak mengambil hati, maklum isteri dato', ada gelaran datin bagai....tak kurang juga berposing ala2 orang sedang kehausan, kegersangan, jelir2 lidah berbagai..mengapalah sampai jadi begitu sekali...kasihan sungguh....

Jadinya, ampu je la...puji je la...walaupun sebenarnya idok le cantik mana pun...jual produk pulak, mak aiii...mahal terlampau!!  Alasan nak bagi anak yatim, tapi tengok dia yang melaram dgn kereta mewah ke sana sini.

Saya cabar, cuba berhenti minum serbuk pemutih tu, apa jadi? Tak ke muka kembali coklat seperti azali semasa lahir dulu ke dunia dulu? Muka kekampungan sebenar akan terserlah kembali, tak percaya cubalah....see the result!

Jangan mudah terpedaya, iklan tu semata2 nak lariskan produk shj, kita pengguna yg jadi mangsa. Kena bijak memilih dan bijak membuat pilihan. Silap haribulan kita adalah sebahagian drp penderita buah pinggang dan pelanggan mesin hemodialisis, buah pinggang tidak dapat berfungsi dgn baik lantaran terlalu banyak mengambil produk hasil gabungan kimia dan pengawet tiruan.

Imej pengeluar produk makanan kesihatan di Malaysia

 Pakaian mesti pelik2, lip lap sana sini, barang kemas jgn cerita, satu cincin je dah tutup 4 jari yg lain. Rantai leher dan macam rantai basikal, kadangkala seperti hiasan lampu pokok krismas pun ada. Adakah itu lambang pakaian dan aksesori seorang pakar pemakanan yang profesional? Berlebih-lebihan dalam berpakaian dan berhias? Itukah idola kita? 

Dan yang paling kesian sekali, masing2 sanggup bayar berpuluh ribu semata2 nak dapatkan gelaran Dato' dan sebagainya. Itu yang dimegah2kannya...lebih baik dapatkan ilmu yang terkurang selama ni, dapatkan ijazah, Master atau Phd, barulah nampak gah dan profesional, jutawan Islam yang berilmu. Bukan yang kaya tapi kurang ilmu, memperagakan kemewahan, tapi dalam masa yang sama menonjolkan kecetekan ilmu. 

Cuba lihat jutawan yang benar2 berilmu, lihat cara mereka berpakaian dan mengenakan aksesori, bersederhana bukan? Kerana mrk ada ilmu mengawal penampilan peribadi agar tidak berhias berlebih- lebihan.

Jika dari pandangan Islam pun, jatuh haram hukumnya berdandan dan berhias berlebih-lebihan lip lap sana sini. Bukan saja boleh mendatangkan fitnah, tetapi akan menjadi buah mulut org yang melihat. Berhias bukan kerana suami, tetapi krn orang lain, mengharapkan pujian lelaki lain...musibah sentiasa menanti...aurat pula tidak ditutup dengan sempurna. Jika ada musibah yg menimpa, jgn salahkan org lain, tetapi salahkan lah diri sendiri.

Satu lagi yang sering diperhatikan, kebanyakan pengeluar makanan kesihatan yang berkobar2 bercerita kebaikan produk mereka yg akan jadi anggun la, menggoda dan menawan suami la,suami x cari lain la, bergetah dan gebu la, pinggang ramping bak kerengge  la bagai....tup...tup...tup...

Rupa2nya dia ibu tunggal, telah  bercerai dan diceraikan oleh suami, ditinggalkan suami, suami ada affair perempuan lain la dan bla..bla..bla...dan tak kurang juga belum ada jodoh sedangkan usia dah meningkat jauh....laa haaaiiii....apa suami sebelum ni tak tergoda dengan kegebuan dan kemontokan dan kemontelan tu ke? Tak de lelaki yang terpikat ke? Cer citer...cer citer...mengapa dan kenapa?

Satu yang dia lupa, suami bukan nak yang itu, suami cuma nakkan layanan dari isterinya.  Kadangkala suami tak kisah sangat pun penampilan luaran tu, pinggang bak kerengga tu x penting sgt pun, janji menyenangkan hati suami apabila memandangnya. Brp ramai artis jelita berbadan langsing seksi menggoda diceraikan suami? Cer fikir...cer fikir...

Jika hatinya ikhlas dan jujur terhadap suami, menjaga makan pakai suami sebaiknya, menjaga mata dan telinga suami sebaiknya, itu lah perkara yang paling penting. Lip lap lip lap dan calitan make-up warna warni tu cuma palsu dan hiasan luaran yg sementara. Sifat tersebut seolah2 cuba menggoda pandangan suami2 org lain atau lelaki lain pula, dimanakah keberkatannya?
 
Nak suami sayang mudah je, jaga aurat, jaga tingkah laku, jangan bentak2 suami, manja2 dengan suami je, rajin baca Quran, rajin doakan suami dan hidangkan makanan untuk suami, sah, suami tak cari lain. 

Sambil tu sentiasa berusaha menambah ilmu yg bermanfaat utk diri dan keluarga, sbb ilmu itulah yang mengawal segala tindak tanduk dan tingkah laku kita daripada tersasar. Bukan pangkat dan wang ringgit...itu pun perlu juga, tapi jgn biarkan ia mengawal kita, biar kita yang mengawalnya. Biar kita tundukkan nafsu, bukan tunduk pada nafsu.

Apakah pengeluar produk makanan kesihatan di Malaysia benar-benar berilmu?

Kadangkala produk tu pula cuma rebranding atau tukar bungkusan shj dari jenama lain. Tukar jenama dan syarikat sahaja. Bukan hasil kajiannya pun! 

Dia bukanlah pandai sangat bab pemakanan pun.  Kalau tengok kelulusan pun, kadangkala belajar pun tak setinggi mana, SPM pun fail...tapi bercakap tentang produk dan kesihatan berdegar2 mengalahkan doktor pakar!

Nak cepat kaya punya pasal, buat iklan menipu, testimoni yg entah ya entah tidak....dunia akhir zaman. Tau2 kantoi tertangkap dek KKM sbb dalam produk slimming ada kandungan racun berjadual yg berbahaya ia itu sibutramine

Mulalah nak salahkan org sana sini...baru pecah tembelang rupanya produk cuma tukar jenama dari produk lain, nak salahkan sape tu...sape2 yang dah termakan tu...eemmm...terjegil je la biji mata je la yo...apo nak buek kan...udah ditelan....kira halalan toyyibah je la...nasib...nasib...mujur masih idup lagi! Hih..hih..

Tuesday 22 October 2013

Cara Menyambut Hari Lahir sebaiknya

Banyak orang banyak ragam, lain orang lain cara dalam meraikan hari kelahirannya. Bergantung kepada ilmu, budaya dan adat resam seseorang itu.  Nilai ketimuran dan nilai kebaratan yang diterapkan dalam diri juga mempengaruhi cara meraikan hari jadi masing-masing.

                                        


Namun apa yang penting ialah mensyukuri saki baki usia yang ada.  Menggunakan sepenuhnya nikmat pertambahan usia tersebut dengan memperbanyakkan beramal dan meraih seberapa banyak ilmu yang boleh. Sia-sia jika dalam sehari tidak ada pertambahan ilmu yang baharu.

Pemberian hadiah juga sangat besar ertinya bagi seseorang yang menyambut hari kelahirannya.  Sebenarnya dia memang mahu dihargai, diraikan dan diingati. Tipulah kalau dia gembira orang lain tidak mengingati hari lahirnya, terutama orang yang dikasihi dan kaum keluarga terdekat. Jangan tipu diri sendiri...biasa la tu kan....

                                    


Tapi yang palinq dinantikan ialah pemberian hadiah atau kejutan dari suami atau isteri, anak atau ibu bapa sendiri.  Begitu juga dari adik- beradik atau rakan taulan yang rapat. Rakan sekerja atau teman istimewa, kerana tarikh tersebut sangat lah istimewa  bagi kita. 

                                       
       Hadiah tidak perlu yang mahal-mahal, cukup seadanya tetapi sangat bermakna buat penerima.

Satu yang perlu kita ingat, bertambahnya usia kita bukan bermakna akan bertambah usia kita di dunia ini. 
No...no..no...listen! listen! listen....
Menyambut hari kelahiran tu bermakna secara tak langsung kita juga menyambut hari pendeknya usia kita di dunia ini.  Semakin banyak usia, semakin hampirlah kita akan kembali kepada pencipta...

        


Ha...itu pun kena ingat dan beringat selalu...pokok pangkalnya, jika nak meraikannya, raikanlah cara Islami, mengingatkan kita akan usia yang masih sedikit dan memenuhinya dengan memperbanyakkan amal kebaikan dan ilmu yang bermanfaat. Perbaiki akhlak dan indahkan ia lagi dengan cahaya ilmu dan cahaya keimanan.....InsyaAllah hidup kita akan berkat selamanya.

Thursday 17 October 2013

RAWATAN BEKAM SUNNAH WANITA DI SHAH ALAM: BEKAM MERAWAT HAID TIDAK TERATUR

RAWATAN BEKAM SUNNAH WANITA DI SHAH ALAM: BEKAM MERAWAT HAID TIDAK TERATUR: Pada kaum hawa yang sering mempunyai masalah haid tidak teratur serta senggugut,anda disyorkan berbekam seminggu sekali dengan istiqomah ...

Jus Delima FES: InfoTentang Delima

Jus Delima FES: InfoTentang Delima: Delima merupakan buah yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Buah yang turut dikenali dengan nama saintifiknya Punica Granatum ini dikataka...

Tuesday 15 October 2013

Pesta Flora Putrajaya

Aku dan bunga memang tidak dapat dipisahkan. Apalagi apabila melihat jambangan bunga yang dihias indah terasa satu kesegaran dan kebahagiaan yang sukar digambarkan. Setiap kali ada Pesta  Flora Putrajaya, saya tidak akan melepaskan peluang berada di sana. Masuk percuma, tidak perlu bayar, lihat lah sepuas2nya!!


Beginilah salah satu hiasan tahun 2012. Sangat unik dan cantik, umpama payung patonia. Gabungan warna pink dan purple....asyik dan nyaman sekali.


Jika berada di tapak pesta, rasa bagai dipukau dengan kreativiti para penggubah.  Bayangkan betapa kreatifnya pereka gubahan ini....


Waktu malam pula akan diadakan perahu berhias, penuh dgn hiasan bunga yang tersangatlah cantiknya...berwarna-warni.


Gubahan yang berbentuk seperti ini akan dipamerkan dalam ruang pameran berbumbung. Sangat kreatif dengan himpunan bunga-bungaan....cantikkk...


Design bunga seperti ini akan dilihat dibahagian luar kawasan pameran, sepanjang jalan menikmati bunga yang berwarna-warna, terasa nak tidur lena dalam bunga tu!


yang ini kebiasaannya ruang pameran dari badan2 kerajaan atau sekolah.  Kreatif juga...semua pun cantik-cantik.


Ni lagi....simple dan cantik...


Berada di kawasan pameran orkid....wah! Bagi peminat orkid, memang seronok berada diruang pameran ini, pelbagai bentuk orkid yang segar dan berwarna-warni dipamerkan....sabar je la...rasa nak bawa balik semuanya!


Gubahan ini dipamerkan dalam ruang pameran yang berbumbung ye, fully air condition! Gabungan buah-buahan dan sayuran. Cantik kan!


Orkid lagi....puas berpusing-pusing kat kawasan orkid ni masa di sana, tak jemu langsung!


Gubahan bentuk burung merak, yang ni paling banyak dapat perhatian. Tahun 2010 punya idea. Saya suka sangat tengok yang ini...unik dan kreatif! Terletak di ruangan pameran berbumbung ye...


Ni kat bahagian luar, sangat cantik! Masing2 tidak melepaskan peluang merakan gambar ni.


Cantik kan! Ada bintang putih lagi....idea tahun 2010.

Itulah sebahagian gambar yang dapat dikongsi bersama. Banyak lagi gambar sebenarnya, tapi kalau nak tengok lebih puas lagi, jangan lupa pergi ke sana ye. Cuma pada tahun 2013 baru ni kebetulan pesta flora jatuh pada musim jerebu, jadi tak begitu ramai pengunjung yang datang, namun begitu pamerannya tetap hebat dan menarik!!















Sunday 13 October 2013

Apa yang menarik di Singapura- Universal Studio

Singapura sebuah pulau kecil yang maju dan pesat membangun. negara yang bersih dan berdisiplin. Perjalanan lebih mudah dengan hanya menaiki sistem keretapi laju MRT. Kesempatan sewaktu menziarahi sanak saudara yang masih tinggal di sana, saya mengambil kesempatan menunjukkan apa yang menarik di Singapura, terutama di Universal Studio. 

Diluar pintu masuk ke Universal Studio...bersebelahan dengan kaunter tiket. Tiket harga lebih kurang 60 singapore dollar.


Sepanjang perjalanan dipenuhi dengan bangunan cantik dan menarik model kartun atau filem Disney dan movie yang terkenal.


Dalam  Changi Airport, Singapura. Pergerakan dan alunan serta tarian mengikut irama, sangat menarik.


Dalam bangunan tersebut selalu nya ada permainan dan game yang sangat menyeronokkan.  Pokok pangkalnya untuk kesana perlukan stamina dan kaki yang sihat dan kuat kerana sangat banyak berjalan.


Beginilah gambaran yang dapat dilihat disepanjang jalan....cantik...


Kanak2 memang suka robot, orang dewasa juga bertukar jadi kanak2 bila berada di kawasan ini.  Beratur untuk mengambil gambar...


Luar kawasan Egyptian, Pharoah building, didalamnya ada game yang menyeramkan....bagi yang ada tekanan darah tinggi atau penyakit jantung tidak digalakkan masuk ye..



Madagascar....jangan tak masuk sini, sangat menarik.  Menyusuri sungai sambil melihat berbagai panorama dan berbagai pengalaman yang menyeramkan dan illustrasi seolah2 nyata disepanjang river cruise.  Sangat2 menarik, cuma duduk dalam kapal dan berlayar didalamnya, tapi awas! Ada jumpa banyak singa, gajah, gorila dan pelbagai lagi di dalam sana...


Monumen ini sangat banyak di dalam Universal Studio, kadangkala di tukar dari masa ke semasa...peminat Robot jangan lepaskan peluang ini.


Dalam bangunan tu ada game...ada show...jangan lepaskan peluang!


Sesiapa yang rasa berani dan ada stamina dan fizikal yang sihat...silakan naik ini.  Tapi bagi yang berpenyakit, sila elakkan ye....bimbang meninggal atas tu je.


Inilah gambar disepanjang jalan menuju ke tempat untuk keluar semula, redup, cantik, nyaman dan selesa.  Macam di Hollywood je gayanya! 
Cuma bersedia dari segi mental dan fizikal, terutama kaki yang sihat sangat penting.  Bagi yang ada masalah kaki, bila balik sila baring dan letakkan kaki lebih tinggi dari kepala...penat oh penat...


Filem Shrek bentuk 4D ditayangkan, ada semburan air yang betul2 merecik ke muka, seolah terbang melayang bersama, bau haruman dan berbagai lagi efek terdapat dalam panggung tu...siap sedia ajelah ye..
Ada banyak lagi sebenarnya, cuma ini sahaja yang sempat saya masukkan dan ceritakan.





Apa yang menarik di Hong Kong- Disneyland dan Water World

Hong Kong sebuah kepulauan kecil tinggalan jajahan Britain dan telah diserahkan kembali kepada Kerajaan China. Cuacanya agak sejuk di musim sejuk dan nyaman selain musim sejuk.

Keadaan di Hong Kong agak maju, moden dan pesat membangun. Bahasa Inggeris adalah bahasa utama, tetapi ada juga sebahagian rakyatnya yang tidak boleh berbahasa Inggeris.  Pemandu teksi sebahagiannya dari Tanah Besar China dan kurang mahir berbahasa Inggeris.

Kesempatan mengikuti konferen diluar negara, saya abadikan dalam blog ini.  Kata orang jauh berjalan luas pandangan, banyak pengalaman sambil melihat kehidupan selain bangsa dan negara sendiri.


Masjid yang terdapat di Kowloon.  Bertemu ramai muslim di sini, kebanyakan dari Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan lain2 negara Arab. Mudah mendapat info mengenai makanan halal dari sini.



Dijalanan akan bertemu dengan beberapa pekerja Bangladesh yang promote kedai makanan halal disekitar bandar kowloon di Hong Kong.


Tidak sukar bagi pelancong muslim untuk mendapatkan makanan halal, hanya berkunjung ke masjid dan segala info boleh didapati disana. Pastikan ketika booking hotel diinternet, cari yang berhampiran masjid.  Pada masa yang sama, bagi lelaki boleh solat berjemaah di masjid yang berhampiran.

Beberapa peta dan arahan dimana makanan halal terletak.

Walau dimana pun kita berada, pastikan perut diisi dengan makanan yang halal dan terjamin kehalalannya. Disitulah keberkatan dalam bermusafir, susah payah kita akan dibalas dgn seribu kenikmatan tanda kesyukuran pd Allah.


Disepanjang jalan, kelihatan sangat banyak botol makanan tambahan seperti soy lecithin, deep fish oil dan garlic oil dijual.


Pintu masuk ke Hong Kong Disneyland.  Kelihatan ramai pelancong yang berkunjung ke sana.


Dalam kawasan Hong Kong Disneyland


Perkampungan Toy Story di Disneyland Hong Kong


Mickey dan Minnie Mouse sedang mengadakan pertunjukan


Perarakan Disney....sangat cantik dan menarik.  Tetapi perlu diingat, perarakan ini tidak diadakan pada setiap masa. Ada waktu2 tertentu, sebagai contoh kami sempat melihat perarakan ini pada jam 4 petang. Pemandangan sama seperti dalam cerita Walt Disney, tidak ubah seperti berada di alam fantasi!

Dalam Hong Kong Disneyland...


Hong Kong Water World...satu lagi tempat perlancongan dan taman rekreasi di Hong Kong.


Ada beran? Pandang dan lihat dari jauh sahaja.....kepala terbalik kebawah dan kaki diatas!


Laluan setelah turun dari Cable Car dari Hong Kong Water World...tiba di perkampungan lama Hong Kong, kampung tradisi Cina zaman dahulu.


Taman Tema Hong Kong. Disini terdapat banyak dipamirkan binatang seperti monyet, panda, burung dan beberapa taman seperti mini zoo ada disini.