Wednesday, 18 December 2019

Jodoh



Ramai yang masih belum ada jodoh merasakan Tuhan tidak bersikap adil terhadap mereka. Terutama wanita, terlalu memikirkan apa orang lain kata dan berasa sangat malu apabila jodoh mereka lambat tiba. Pelbagai ikhtiar dirasakan seolah tidak membuahkan hasil.

Jangan mudah berputus asa dan jangan mudah patah semangat. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Cuma cepat atau lambat sahaja. Doa memainkan peranan paling penting. Sentiasalah berdoa dan berikan sepenuh harapan kepada Allah semasa berdoa. Berbicara dengan Allah apa yang kita rasa. Senaraikan juga ciri-ciri yang kita mahu dari bakal jodoh kita dan katakanlah mengapa kita minat dengan ciri-ciri tersebut. Jadikan Allah sebagai teman bicara kita dana teman yang paling rapat dengan kita. teman rapat akan mendengar keluhan rakannya.

Jadikan Allah sebagai tempat mengadu dan meluahkan rasa hati. Bukan di ‘Facebook’ dan bukan juga di ‘Twitter’. Buat apa yang disuruh dan jauhi apa yang dilarang olehNya. Yakinlah, Allah Maha mendengar dan mendengar keluhan kita sebagaimana Nabi Zakaria mengadu masih tidak dikurniakan zuriat sedangkan umurnya telah terlalu lanjut dan bimbang tidak mempunyai pewaris suatu masa nanti. Allah swt mendengar keluhan Baginda lalu memberikan khabar gembira akan kehadiran seorang bayi lelaki dalam kandungan isteri Baginda walaupun isteri baginda ketika itu dikira sebagai wanita mandul yang tidak mampu melahirkan anak kerana usia juga telah lanjut.

Tidak ada yang mustahil, semua boleh berlaku dengan izin Allah. Apa juga yang kita lakukan jangan lari dari mengadu dan berserah kepada Allah swt.

Berbalik kepada soal jodoh, sudah tentu kita mahukan jodoh yang terbaik buat kita. Ciri-ciri tidak perlu diulang lagi sebab sebagai wanita dan lelaki, sudah tentu mahu memiliki yang terbaik.

Didalam al-Quran ada ayat yang mengatakan lelaki yang baik akan ditemukan dengan wanita yang baik juga. Jika penzina juga akan ditemukan dengan penzina juga. Bermakna, jika kita mahukan yang terbaik, kita juga perlu berkelakuan baik dan begitulah sebaiknya.

Sebagai wanita, jaga akhlak dan jaga pergaulan. Jangan terlalu percaya pada kata-kata manis lelaki dan jangan juga menjebakkan diri dalam kemaksiatan. Jaga tingkah laku dan pergaulan. InsyaAllah Allah akan hantar yang baik-baik juga buat kita. Begitu juga dengan lelaki. Jika mahukan wanita terbaik dan solehah, jaga diri dan tingkah laku. Jaga solat dan rajin berdoa kepada Allah swt. Percaya dan yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar doa kita. Allah Maha melihat dan mengetahui apa yang ada dalam isihati kita.


1 comment:

  1. Selamat Pagi Sis. Kalau saya nak berhubung dengan sis melalui email boleh? Tq

    ReplyDelete