Friday, 25 October 2013

tudung oh...tudung....

Andai benar kita bertudung kerana taat pada perintah Allah, sudah pasti tidak ada kesukaran dlm memilih jenis tudung krn kita tahu jenis tudung yang bagaimanakah menepati syariat.  Apa yang menjadi masalah cuma apabila memakai tudung hanya kerana berfesyen untuk mengikut trend terkini, tidak mustahil kita akan terus menjadi mangsa fesyen buat selamanya.

Nanti mula lah, orang berjuntai sana sini, awak pun ikut.  Orang bersanggul palsu tinggi ikut juga, tudung pendek tapi manik mahal ratus-ratusan ikut juga, tokey tudung makin kaya, kita pengguna juga makin kayap.

Bukan semua pereka tudung memahami konsep bertudung yang menutup aurat wanita dalam ertikata sebenar.  Majoriti mereka ini mereka design baru hanya berdasarkan fesyen terkini dan kemahiran rekaannya shj, bukan berdasarkan pandangan dari al-Quran.  Jauh sekali dari merujuk kepada hadis Nabi dan tafsiran al-Qur'an bagaimana cara menutup aurat yang sebenar.

 Akhirnya terhasillah  tudung yang apabila orang lain memakainya akan mendapat murka Allah dan laknat Malaikat serta seluruh penghuni langit. Menonjolkan mana yang sepatutnya ditutup dan meninggikan sanggul walaupun rambut sebenarnya pendek shj....sanggup beli sanggul palsu....semata2 untuk bergaya anggun, nauzubillah....

Jangan lupa, pereka fesyen tudung sedang menanam sahamnya di situ, jika baik, baiklah hasilnya, jika sebaliknya, bersiap sedia ajelah ketika ditimbang amal di Padang Mahsyar nanti.  Semakin ramai yang menggunakan rekaan anda, semakain besar saham yang ditanam.....

Begitu juga dengan pereka pakaian...anda juga tidak terlepas kerana anda juga sedang menanam saham Akhirat di situ, jika baik rekaannya, baiklah, jika ketat melepat, dedah sana sini, buka sana sini, seksi menggoda, bersiap sedia aje lah....

Allah tidak pernah lupa dan lalai walau seketika.  Hanya kita manusia yang selalu lupa dan lalai serta kelabu mata melihat habuan yg besar didepan mata.

No comments:

Post a Comment