Wednesday 18 December 2019

Jodoh



Ramai yang masih belum ada jodoh merasakan Tuhan tidak bersikap adil terhadap mereka. Terutama wanita, terlalu memikirkan apa orang lain kata dan berasa sangat malu apabila jodoh mereka lambat tiba. Pelbagai ikhtiar dirasakan seolah tidak membuahkan hasil.

Jangan mudah berputus asa dan jangan mudah patah semangat. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Cuma cepat atau lambat sahaja. Doa memainkan peranan paling penting. Sentiasalah berdoa dan berikan sepenuh harapan kepada Allah semasa berdoa. Berbicara dengan Allah apa yang kita rasa. Senaraikan juga ciri-ciri yang kita mahu dari bakal jodoh kita dan katakanlah mengapa kita minat dengan ciri-ciri tersebut. Jadikan Allah sebagai teman bicara kita dana teman yang paling rapat dengan kita. teman rapat akan mendengar keluhan rakannya.

Jadikan Allah sebagai tempat mengadu dan meluahkan rasa hati. Bukan di ‘Facebook’ dan bukan juga di ‘Twitter’. Buat apa yang disuruh dan jauhi apa yang dilarang olehNya. Yakinlah, Allah Maha mendengar dan mendengar keluhan kita sebagaimana Nabi Zakaria mengadu masih tidak dikurniakan zuriat sedangkan umurnya telah terlalu lanjut dan bimbang tidak mempunyai pewaris suatu masa nanti. Allah swt mendengar keluhan Baginda lalu memberikan khabar gembira akan kehadiran seorang bayi lelaki dalam kandungan isteri Baginda walaupun isteri baginda ketika itu dikira sebagai wanita mandul yang tidak mampu melahirkan anak kerana usia juga telah lanjut.

Tidak ada yang mustahil, semua boleh berlaku dengan izin Allah. Apa juga yang kita lakukan jangan lari dari mengadu dan berserah kepada Allah swt.

Berbalik kepada soal jodoh, sudah tentu kita mahukan jodoh yang terbaik buat kita. Ciri-ciri tidak perlu diulang lagi sebab sebagai wanita dan lelaki, sudah tentu mahu memiliki yang terbaik.

Didalam al-Quran ada ayat yang mengatakan lelaki yang baik akan ditemukan dengan wanita yang baik juga. Jika penzina juga akan ditemukan dengan penzina juga. Bermakna, jika kita mahukan yang terbaik, kita juga perlu berkelakuan baik dan begitulah sebaiknya.

Sebagai wanita, jaga akhlak dan jaga pergaulan. Jangan terlalu percaya pada kata-kata manis lelaki dan jangan juga menjebakkan diri dalam kemaksiatan. Jaga tingkah laku dan pergaulan. InsyaAllah Allah akan hantar yang baik-baik juga buat kita. Begitu juga dengan lelaki. Jika mahukan wanita terbaik dan solehah, jaga diri dan tingkah laku. Jaga solat dan rajin berdoa kepada Allah swt. Percaya dan yakinlah bahawa Allah sentiasa mendengar doa kita. Allah Maha melihat dan mengetahui apa yang ada dalam isihati kita.


kontroversi zakat Perlis

Ni Hah Kontroversi Zakat Perlis Yang Mungkin Korang Tak Tau

UPDATED 28 AUG 2019 – BY HAKIMIE AMRIE

Zakat-article-image.jpg



Bila sembang pasal zakat ni kan, isu penyelewengan, pengurusan zakat yang tak telus dan duit agihan zakat yang tak adil ni lah antara benda yang kita selalu dengar dan sampai sekarang masih tak habis. 


Baru-baru ni pulak, heboh kita dengar pasal Institut Kajian Islam Strategik Islam (IKSIM) yang didakwa telah menyeleweng  duit zakat sebanyak 10 juta. Perkara jadi lagi teruk sebab IKSIM ni degil, dah tau kena dakwa masih lagi tak nak diaudit oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, MAIWP. Lagi huru hara lah jawabnya isu ni. 


Belum sempat Isu IKSIM tak settle, muncul pulak isu zakat Perlis. Dengarnya konsep pembayaran zakat pendapatan kat Perlis ni semacam sangat. Lagi panas isu bila kecoh dibawangkan di laman sosial Twitter selepas seorang amil zakat Faisal Rahim@acaiijawe buat thread pasal perkara ni. 


So, apa yang pelik nye pasal pembayaran zakat kat Perlis ni sehinggakan ramai sangat yang merantau nun jauh ke negeri Harum Manis ni semata-mata nak bayar zakat?


Kenapa bayar zakat dekat Perlis?

Okay, sebelum kita tanya kenapa orang bayar zakat dekat Perlis, korang kena tau dulu yang zakat boleh dibayar kat mana-mana pusat pungutan zakat. Tak kisah lah korang kerja dan menetap  kat mana sekali pun. Cumanya, lagi afdhal kiranya untuk bayar zakat kat tempat yang korang mencari rezeki. Contohnya, admin kan kerja kat KL, jadi admin bayar lah zakat dekat pusat pungutan zakat Wilayah Persekututan. 


Berbalik semula kat topik kita, walaupun fatwa berzakat ni ditetapkan kat peringkat kebangsaan, perlaksanaan zakat ni adalah berdasarkan apa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri. Kat sini, wujud perbezaan dalam cara pembayaran zakat mengikut negeri.


Dekat Perlis, 50% dari amaun zakat akan dipulangkan kat pembayar zakat semula untuk diagih sendiri kepada asnaf. Hanya separuh sahaja yang akan dikutip oleh pusat pungutan zakat Perlis. 


Kalau korang masih tak berapa jelas, meh admin tunjuk contoh pengiraan.



Bayaran zakat: RM1,000 (resit diprint RM1,000)

50% dari amaun zakat dipulangkan semula kepada pembayar: 50% / RM1,000 = RM500

20% diterima oleh ejen zakat: 20% / RM,1000 = RM200

Jumlah sebenar yang diterima oleh pusat pungutan zakat: RM300


Kat sini kita tengok, walaupun audit Perlis laporkan jumlah pembayaran zakat adalah RM1,000 (sebab resit tulis RM1,000), hakikatnya, hanya RM300 je diterima oleh pusat pungutan zakat. Selebihnya diberikan kepada pembayar dan ejen zakat. 


Jadi, isu apa yang timbul pulak?

LHDN.jpg


Sebenarnye, RM500 yang dipulangkan semula tu adalah untuk pembayar zakat agihkan sendiri kepada asnaf. Ha…. kat sini isu mula timbul. Disebabkan takde cara nak track ke mana perginya duit zakat tersebut, ada kemungkinan duit tersebut tak diagihkan dengan jujur sebaliknya dibelanjakan untuk kegunaan sendiri. Asnaf yang sepatutnya layak bantuan zakat tak dapat bantuan yang diorang perlukan. Kesian lah dekat diorang.

 

Isu ni jadi lagi panas bila pembayar zakat diberikan rebai cukai pendapatan. Rebat pulak akan diberikan bergantung kepada jumlah yang dizakatkan setiap bulan. 


Contohnya Pengiraan Rebat:

 

Potongan Cukai Berjadual (PCB): RM200

Zakat Sebulan: RM150 (resit diprint RM150)

 

Nilai rebat yang akan diterima adalah berdasarkan jumlah zakat (RM150) daripada nilai cukai bulanan. Hanya baki (RM50) akan dibayar kepada LHDN.


Kalau nak tau lebih pasal rebat cukai pendapatan boleh baca ni: Bayar Zakat Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?


Mungkin ni lah sebab ramai yang nak bayar zakat kat Perlis, selain dapat pemulangan sebanyak 50%, ramai jugak yang boleh gunakan helah ni untuk elak bayar cukai. Ha macam mana tu?


Contoh Pengiraan:


Zakat wajib bayar: RM500

Bayar LHDN: RM1,000


Jadi diorang bayar zakat RM1,000. RM500 pulak dipulangkan sebagai Hibah. Kat sini korang akan terkejut habis. Hibah yang diterima tu pulak dijadikan helah untuk elak bayar cukai LHDN.  

Disebabkan resit zakat dikeluarkan RM1000, masa isi e-filing diorang letakkan nilai RM1,000, sedangkan diorang bayar RM500 je.

Zakat Perlis jugak boleh ‘back-dated’ resit zakat sehingga beberapa bulan. ’Back-dated’ resit ni boleh bagi peluang dekat individu/syarikat yang tak amanah untuk menipu. Bila kena isytiharkan harta dengan LHDN, diorang boleh dapat buat bukti pembayaran dengan zakat Perlis. 


Masalah ni tak henti kat situ je…

Disebabkan konsep pembayaran zakat Perlis yang memberikan pulangan semula sebanyak 50%, ramai orang berpusu-pusu untuk mebayar zakat kat sana. Buktinya, kutipan zakat Perlis adalah ke-4 tertinggi di Malaysia selepas Selangor, KL dan Johor. Macam tak masuk akal kan, bagi negeri yang begitu kecik, kutipan zakat diorang jauh lagi dari negeri yang lebih besar dari Kelantan, Pahang dan Kedah. Perlis jugak dah berhenti isytiharkan jumlah kutipan zakat diorang sejak 2015.

Statistik Kutipan Zakat Seluruh Malaysia

Jumlah-Kutipan-Zakat-Perlis-1.jpg

*Sumber: Majlis Agama Islam Negeri-Negeri (MAIN)


Kalau dah ramai bayar zakat kat Perlis, makin sikit lah kutipan zakat yang diterima oleh negeri-negeri lain. Kutipan yang tak seimbang ni akan menyusahkan asnaf negeri lain untuk dapatkan bantuan zakat.


19095493_1098899973543401_5742434879167411360_o.jpg

Kutipan zakat negeri-negeri lain makin rendah sebab dengarnya ejen zakat Perlis kejar 20% komisyen tu sehingga kutip zakat di luar kawasan diorang. Yelah komisyen 20% tu banyak kot, siape tak nak?


Isu pembayaran zakat ni akan bagi kesan jangka panjang terutamanya kepada asnaf. Bila nak mintak bantuan zakat, kena mohon dengan zakat negeri sendiri tapi dengan jumlah kutipan zakat negeri yang makin sikit, agihan zakat pun jadi lagi sikit dan makin susah lah asnaf nak dapatkan bantuan yang diperlukan. 

 

Jadi, apa yang kita boleh buat?

Kita selalu bising bila timbul isu penyelewengan duit zakat, tapi pernah ke kita fikir yang kita mungkin menyumbang kepada perkara ni? 


Dari kita sibuk suruh orang atas teluskan pengurusan zakat, apa kata kita yang mula dulu. Admin cadangkan kita bayar je lah zakat dekat tempat kita kerja dan menetap. Kan lagi afdhal dan lagi berhak diterima oleh fakir miskin kat tempat kita cari rezeki. 


Sumber artikel ini diperolehi dan telah diolah dari laman Twitter Faisal Rahim@acaiijawe.