Wednesday, 9 October 2013

Cara membeli-belah yang bijak.



Jika kita menggunakan akal yang waras, kita akan memikir adakah itu satu keperluan atau kehendak? Sebagai contoh beg tangan wanita, ramai wanita yang terperangkap dengan permainan ini, beg tangan mewah dan berjenama dijadikan satu syarat menunjukkan dia seorang yang elegan, walaupun taraf pendidikannya tidaklah sehebat mana. Keperluan atau kehendak?
Bukan hendak mempromosi dan bukan hendak mengkritik.  Wanita hari ini mudah terperangkap dengan tipu daya dan permainan para kapitalis yang sebenarnya menjual jenama, bukan mementingkan kualiti sebenarnya. Jauh sekali memikirkan kesihatan dari segi pemakaian sesuatu barangan, contohnya kasut seperti gambar di atas.  Adakah ianya sesuai dan praktikal digunakan oleh wanita? Satu keperluan atau kehendak?

Mari kita berfikir lagi...


Jika dilihat dimana2 pusat membeli-belah terkemuka atau sedang2 sahaja, hampir 80% produk yang dijual adalah keperluan kaum wanita. Mengapa dan kenapa? Jawapannya sangat mudah, kerana wanita punya 99 nafsu dan satu akal. Mudah tergoda dengan pujuk rayu dan mudah terpesona dengan kecantikan dan fesyen terkini yang dipamirkan. 

Sangat mudah untuk mengelak dari semua ini, hanya soal diri sendiri, adakah setiap barangan yang hendak dibeli satu keperluan atau kehendak semata2?

Jika kita berfikiran sedemikian, maka kita akan terselamat dari helah tipu daya para kapitalis yang umpama lintah darat menjerat setiap hati dan nafsu kaum wanita.




No comments:

Post a Comment