Kadangkala produk tu pula cuma rebranding atau tukar bungkusan shj dari jenama lain. Tukar jenama dan syarikat sahaja. Bukan hasil kajiannya pun!
Dia bukanlah pandai sangat bab pemakanan pun. Kalau tengok kelulusan pun, kadangkala belajar pun tak setinggi mana, SPM pun fail...tapi bercakap tentang produk dan kesihatan berdegar2 mengalahkan doktor pakar!
Nak cepat kaya punya pasal, buat iklan menipu, testimoni yg entah ya entah tidak....dunia akhir zaman. Tau2 kantoi tertangkap dek KKM sbb dalam produk slimming ada kandungan racun berjadual yg berbahaya ia itu sibutramine.
Mulalah nak salahkan org sana sini...baru pecah tembelang rupanya produk cuma tukar jenama dari produk lain, nak salahkan sape tu...sape2 yang dah termakan tu...eemmm...terjegil je la biji mata je la yo...apo nak buek kan...udah ditelan....kira halalan toyyibah je la...nasib...nasib...mujur masih idup lagi! Hih..hih..
No comments:
Post a Comment