Friday 31 August 2012

Hari raya...tudung raya, baju raya dan kuih raya......

Bila musim raya, umat Islam di Malaysia ni sangat mewah...bulan makan, bulan melaram bulan pesta, bulan kunjung mengunjung. Meriah disajikan makanan yg berwarna warni. Meriah juga dengan  fesyen pakaian berbagai2 and meriah tengokk fesyen tudung yang beraneka jenis.

Ropol sana, ropol sini, bertingkat2 mcm kek lapis pun ada, macam pelangi pun ada, pendek kata, bukan saje kuih lapis yg sangat di gemari ramai itu laris, tudung berlapis2 pun memang sangat laris lah buat masa ni.

Kepada penjual tudung, jgn ingat nak untung saje. Kena fikir juga apakah tudung yg dijual itu menepati kehendak syarak atau tidak? Kepada pereka2 tudung, jgn ingat nak untung di dunia ni shj, nanti anda akan muflis di akhirat.

Jika tiada anda mereka fesyen yg pelik2, tiadalah fesyen itu menjadi ikutan ramai. Bayangkan kalau berjuta yg memakai fesyen rekaan anda yg x menepati hukum syarak, tidak menutup aurat dgn sempurna, tidak menutupi bahagian dada yg merupakan sebahagian dari perhiasan wanita itu, anda sedang mengumpul saham muflis di akhirat

Secara logiknya, penjual tudung hari ni lebih mengikut sistem kapitalis.  Menjual dgn harga yg tinggi sedangkan harga sebenarnya mengikut kewajaran jauh lebih rendah hanya kerana jenama tertentu. Anda menjual jenama, bukan menjual atau memperdagangkan sesuatu utk memenuhi tuntutan syarak, dan tidak menggalakkan wanita menutup aurat dgn sempurna.

Anda lebih menggalakkan kaum wanita muslimah kini hanyut dlm kegilaaan pada jenama dan mengikut arus fesyen. Hinggakan ada yg memakai tudung hanya kerana berfesyen , semata2 kerana fesyen yg semakin up to date, tanpa mengetahui mengapa dan kenapa sebenanya seseorang wanita itu perlu menutup auratnya..

Tuesday 28 August 2012

Ceramah ustaz pujaan ramai...

Satu masa dulu, waktu pertama kali aku dengar ceramah ustaz ni di You Tube and facebook, aku memang x leh terima, sbb kata2 dia agak kasar. Dgn loghat Terengganu nya yg pekat kelumit gitu.

Tapi, bila semakin banyak you tube nya dimuatkan dlm facebook, aku dengarlah juga, katanya lucu sangat...pernah dlm satu minggu tu aku asyik dengar ceramah dia. Walaupun kata2 nya kasar, tapi ada unsur2 lawak dan happy, kira layan je la....

Tapi kan, sejak akhir2 ni, hati aku mcm menolak lak bila nak dgr ceramah atau cara dia menjawab soalan. Bukan apa, kdgkala cara dia tu agak kasar dah satu hal, yg aku paling x suka dia mcm suka kondem org lain. Seolah cuma dia seorg aje yg paling betul di Malaysia ni.

Aku pun google lah, cari biodata dia, ingatkan graduate dari negara Arab, Mesir, Syria, Jordan or paling kurang graduan dari dlm Malaysia ni. Rupa2 nya x pernah masuk mana2 Universiti pun, cuma berguru di pondok dgn beberapa org guru.

Oooo...patutlah ada dalam berkomunikasinya agak kurang, kurang pendedahan ilmiah dan metodologi dakwah juga agak kurang.  Cara dia menjawab soalan juga penuh dgn unsur humor dan bikin gelak ketawa...kdgkala terlena dlm arus glamor pun ada, maklum dikelilingi oleh para artis....bila lagi?
Baru tahu, rupa2nya, dia dulu pun asalnya artis juga...rockers gitu....no wonder.

kalaulah ulamak zaman silam seperti Imam Shafie melihat keadaan ini, beristighfar banyak2 agaknya, apalagi imam al-Ghazali yg terkenal dgn tasawufnya dan amat takut terlalu banyak ketawa kerana bimbang akan banyak menangis dikemudian hari nanti. ilmu agama kini dijadikan bahan gelak ketawa...

Barulah aku sedar selama ini, org meminatinya hanya kerana lawak jenakanya. Org lupa nak merujuk pada pakar dan ahli ilmu yg sebenanya oleh kerana taksuban yg amat sgt. paling ramai peminat taksuban dari kalangan pelajar universiti sendiri, renung2kan lah...

aku lebih suka mendengar cara dato' dr. harun din, dr. Zaharuddin, dr. Zahazan, Dr. Abdullah yassin, sheikh Nuruddin al-banjari, Habib Ali Zainal Abidin  dan lain2 penceramah agama yg memang  jelas berilmu dan berkelulusan yg tidak diragukan dan bijak dlm bidang masing2.

 Mereka ini beradab dalam menjawab soalan, penuh dgn dalil2 dari sumber ma'thur, berpandukan hadith Rasulullah, sahabat, tabiin dan tabi' tabiin.

satu lagi ustaz fathul bari, walaupun dia muda, tapi setiap kata2nya adalah benar dan tepat. penuh dgn dalil dari hadith dan petikan ayat quran. sejarah Islam juga dalam mindanya.  bila trg google, tengok2 dia memang pakar dlm ilmu hadith, degree dari Madinah dan Ijazah master dari Jordan yg kedua2nya dalam bidang al-Hadith.  No wonder setiap jwpannya memang bernas dan tegas, kerana dia ahli hadith.


jarang sekali mereka menjawab soalan berpandukan akal fikiran mereka sendiri...kecuali dlm bab2 tertentu. inilah ulamak yg sebenar...beradab dlm berkata-kata, tidak menghina kelompok yg lain dan niat berdakwah untuk semua umat manusia di Malaysia ini.

bukalah mata, bukalah minda......jika berguru, jgn berguru dgn hanya seorang guru.  dapatkan ilmu dan pandangan dari guru yg lain pula. lihat dan dengar pandangan org lain, nasihat org lain.  kadangkala kita tidak sedar, barangkali dalam nasihat yg diberikan itu, itu adalah ilham dari Allah untuk menyedarkan kita.

sebelum kita terlalu taksub dgn seseorang itu, lihat dulu latar belakangnya, taraf pendidikannya dan dalam bidang apa pengajiannya sebelum ini. supaya kita tidak terkeliru apabila mendapat jawapan dari setiap soalan yg diajukan.

yg paling baik, lebih baik kita sendiri yg belajar secara formal dlm bidang agama. now ni dah ada byk kuliah formal dlm bidang agama secara part time utk diploma atau degree agama . cth di OUM, UKM, UM, Kolej2 Islam dan lainnya. trg google...sure jumpa byk. 

bila kita dah berilmu, kita sendiri dapat nilai samada jawapan yg diberikan oleh penceramah tu boleh digunapakai atau tidak. jangan taksub terlampau terhadap manusia, minat pada manusia ada batasannya.  setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya, tidak semua perfect. sama-samalah kita menjadi manusia bijak dalam menilai dan menerima sesuatu ilmu.

Produk bio essence

Sejak usia mula masuk hampir pertengahan abad ni, aku nampak kulit dah x berapa nak remaja. Dah macam2 produk yg aku guna utk kembalikan semula keremajaan aku ni.  Kalau dulu kulit aku memang jenis licin dan bersih, tapi sekarang dah mula mudah sangat jadi gelap and x sekata. Garis2 penuaan dah mula menjengah nampaknya. Nasib baik x de jerawat n jeragat, kalau ada....risaunya.....

Aku teringat dulu pernah guna estee lauder, kulit cantik gak. Aku pun beli lah semula faoundation yg seumpama dgnnya, foundation christian dior, katanya siap ada serum lagi, harga dlm rm208 gitu. Pakai sekali dua memang nampak cantik, tapi lepas tu balik asal, warna foundation tu mcm menggelapkan kulit.

What to do...aku pun gi watson, beli bio essence bee pollen. Mula pakai the whole set, terasa kulit lembab dan lembut. i like it. Kemudian aku belek2, produk dia ada utk pemutihan wajah, tanaka white. Aku pun beli lah pulak set tanaka white tu.

mula pakai memang best, tapi lama kelamaan kulit mcm jadi kering pulak....Aku pun balik semua dgn bio essence bee pollen...inilah yg paling sesuai utk aku yg dah berumur hampir setengah abad ni.

Elak kulit kering bila makan jamu

Ramai wanita hari ini berbalik pada jamu utk menjaga kesihatan badan dan berbagai lagi yg perlu dijaga. Tapi masalahnya, bila consume jamu ni, kulit akan kering sedikit, mata pedih kekeringan dan somtimes pandangan jadi kabur.

Apa yg biasa saya lakukan, ambil sekali evening primrose oil dan EPA omega 3, kekeringan boleh di atasi. Sometimes kita rasa pening kan, waktu pagi sebelum konsume jamu tu, ambil 3 biji garlic soft gel jenama Natural. Garenti x pening.

Tapi bagi yg ada tonsilitis, better not to consume any jamu or herbs. Ia akan menjadikan pembesaran tonsil makin menjadi2, berkemungkinan akan demam or sakit tekak yg amat sangat. Begitu juga if ada ketumbuhan atau cancer, please avoid jamu sama sekali. Ia agak panas dan merangsang pembesaran tumor or anything yg bersangkutan dgnnya.

Monday 27 August 2012

tudung wanita hari ini....


 aku memang suka berpakaian indah, tetapi dengan syarat menepati syariat. akhir2 ni aku lihat, semakin ramai wanita bertudung. bagus sangat, satu perkembangan yg sangat baik. industri tudung juga naik bagai cendawan tumbuh. harga berlawanan antara satu jenama dgn jenama yg lain.

satu perkara yang aku nampak kurang enak adalah kebanyakan tudung cantik dengan jenama hebat itu x menutupi aurat dengan sempurna. hampir 80% berada atas dada.  sedangkan dada itu adalah salah satu perhiasan wanita yang wajib di tutup.

perhiasan tudung yang melampau juga adalah hasil rekaan mereka yg jahil dalam syariat berpakaian. bertudung dijadikan satu fesyen memperagakan kecantikan dan keindahan wanita itu, tanpa mereka menyedari tujuan bertudung itu adalah menutup aurat dgn sempurna agar terhindar dari pandangan lelaki yang bermata liar dan mengelakkan fitnah dan umpatan org lain.

peniaga tudung dan pereka tudung hari ini cuma melihat dari segi keuntungan sahaja. syariat di tolak ke tepi. untuk menghasilkan tudung labuh menutupi paras dada dikatakan merugikan mereka kerana memerlukan kain yg lebih banyak.  mengapa mereka tidak meletakkan satu fikiran bahawa berniaga tudung itu satu fardhu kifayah membantu wanita bertudung hanya kerana Allah Ta'ala tanpa memikirkan mereka kelak akan dipandang cantik dan menawan oleh lelaki ajnabi?



Sunday 26 August 2012

kueh raya dari Giant.....

nak raya baru ni, aku cadang x nak lah buat kueh mcm biasa...nampak kat Giant tu ada byk jual kueh raya. ingat hati nak beli ajer...

seminggu puasa kueh raya dah bertingkat kat Giant. dlm hati terfikir gak, bila pula depa ni buat kueh raya ni, raya masih jauh lagi. tengok rupa sangatlah menggoda nafsu...mcm2 ada...nampak sgtlah sedap. apa yg aku buat, aku beli dulu setiap yg aku minat tu. adalah dlm 5 kotak.

aku paling minat kueh tart. yg lain2 coklat cookies utk anak2 aku. aku balik je, lepas berbuka terus lah rasa kueh raya Giant tu. ada satu kueh tart tu, nampak sangatlah gebu dan menawan kalbu. aku makan jer....eeeee....rasa mcm makan tepung yg dah rosak...alamak!!! x sedap beb...

ada kueh tart jenis lain lak yg aku beli, siap ada kertas cake mini lagi, warna kuning. rupa x lah gebu and menawan kalbu.....yummmyum...yum....ha!!! yg ni sedap, sedap sangat!!!

aku tunggu dulu, cdgnya nak beli 2,3 hari sblum raya. aku pun pergilah semula 2 hari sblum raya....mak aiii...tart yg x sedap tu bertingkat2 banyaknya...tapi aku dah kenal tart tu, aku pusing cari tart yg bersalut kertas mini kek warna kuning tu....

tau apa jadi? sekotak pun tak de lagi...!!! aku sedihnya...barulah aku tahu, bukan aku sorang jer rupanya yg testing lebih awal...mungkin beratus lagi yg mcm aku...!!

akhirnya raya tahun ni aku tak de tart yg sedap....next yaer aku akan gunakan tektik ni lagi...aku akan grap terus esok if tart tu sedap. ramainya penggemar tart di Malaysia ni rupa2nyer...ingat aku sorang je yg suka tart...