Tuesday, 8 October 2013

Kesan Minum Kopi Luwak

sudah lama saya mendengar tentang kehebatan kopi luwak. saya juga membaca berbagai pandangan mengenainya. sudah lama juga saya teringin minum kopi luwak tetapi sukar didapati di Malaysia.

ketika saya ke Jakarta baru2 ni, sempat juga mata terpandang bungkusan kopi luwak. nak tak nak beli lah juga sebungkus.

nak dijadikan cerita, dek kerana mengenangkan asal punca kopi luwak tu, saya tangguhkan minum sehingga ke hari ini setelah lebih 6 bulan balik ke Malaysia.

saya pejam mata, capai kopi luwak dan masak dulu dlm air panas, rasa sikit....wow! sedap!
apa lagi, terus tapis dan minum....

pahit ada, enak dan nyaman....tambah sedikit gula perang, marvellous!

saya terus lupa asal usul kopi luwak, terus minum dgn tambah sedikit ais, suam2 panas gitu.

tau apa jadi lepas tu? Badan yang tadinya lemah lesu longlai and x de mood, bertukar jadi cergas and aktif! eh sukanya....

minda jadi cergas, menulis mengarang thesis yg terbiar lama tu laju jer....ilham datang mencurah2....

oh...kalau ku tahu begini, sejak 6 bulan lepas aku da minum kopi ni!



No comments:

Post a Comment