Kalau boleh nak sambung tidur lagi sampai tengahari, tak gitu? Sedapnya diulit bantal walaupun sarung bantal tu tak berbasuh berbulan2 ye dak?
Udah..udah.., jangan layan sangat nafsu kita tu, bertepuk tangan dia, meriah Iblis setan tengok kita ikut telunjuk dia tu, jum kita lawan...lawan...lawannnn!!!
Caranya, bangun tidur je, gi dapur, perah lemon siap2 dalam gelas dan isikan air kosong. Minum segelas air bercampur lemon, atau limau kasturi atau limau nipis. Apa2 lah asalkan masam dan fresh. Kalau nak sedap tambah sikit madu, ikut suka. Tapi sebenarnya kalau masam tu lagi baik. Acidic akan bertukar kepada alkali bila masuk dlm, dineutralkan semula.
Nampak gambar tu?
Ha, cam gitulah....amalkan setiap kali bangun tidur, marvellous, tak perlu fikir nak beli produk serbuk mahal2 dalam kotak tu. Mengarut je, buat sendiri, terjamin bersih dan suci dan yang penting asli tanpa bahan pengawet!
Tau apa akan rasa selepas minum tu? Saya suka lemon, sebab bentuknya cantik. Tapi kdg2 saya guna limau kasturi. Limau nipis ada juga, tapi rasa tajam sgt. Saya kurang minat. Kalau ada gastrik, elakkan limau nipis, guna lemon agak mild sedikit.
Lepas minum tu, keinginan nak tidur semula tu ghaib dgn sendiri, jadi rajin la pulak. Baki perahan tu sapu kat muka pulak, biarkan beberapa minit, bila basuh muka cerah dan bersih! X percaya cuba!
Baki2 perahan yang lain tu masukkan dalam bekas sabun cuci pinggan, basuh pinggan jadi bersih bersinar2 gitu. Gosokkan juga pada chopping board kita, bersih chopping board tu. Lap guna lemon pada keliling sinki pun jadi bersih, apalagi masuk dlm perut, dicuci sekali usus kita.
Banyak gunanya lemon ni...apa2 limau pun boleh.....yang penting cuba baru tau, x gitu Mak ngah?
Asslm. Saya mohon share. Terima kasih
ReplyDelete