Tinggal di Cititel Mid Valley, umpama berada di negara lain selain Malaysia. pelbagai bilang bangsa dan warga negara ada di sana. bilik hotel biasa kecil sahaja manakala bilik ditingkat 28 agak besar, harganya juga besar.
Deretan kedai berjenama mewah juga di Mid Valley Mega Mall. pilihan ada ditangan anda..tepuk dada tanya ringgit....mampu atu tidak, pilih antara keperluan atau kehendak.
Apa sahaja yang dihajati ada di sana, memang seronok dan puas berjalan sambil menjamu mata. Ramai pelancong asing tertumpu di sini.
Lobby berhubung terus ke Mid Valley Mega Mall dan shopping kompleks. Memang mudah untuk membeli-belah dan menjamu mata. semua keperluan ada disana.
Lorong menuju ke bilik hotel di tingkat 22. Keluasan bilik bergantung pada harga yang ditawarkan dan jenis bilik. Bilik biasa agak kecil dan ruangan agak terhad. Kepada yang berhajat untuk bilik luas, sediakan wang yang secukupnya. Maklum, ini hotel berada di tengah2 kawasan yang pesat membangun, harga memang mahal.
Salah satu kedai menjual peralatan hiasan rumah. Sungguh cantik susun aturnya.
Keluasan Mid Valley Mega Mall memang cukup umpama bersiar2 dipadang harta benda yang luas. Baik untuk exercise, bagi yang tak larat berjalan, bolehlah bawa wheel chair sekali, mintalah sesiapa menolaknya. Kalau tidak memang sakit dan lenguh2 kaki la jawabnya...
Berada di Mid Valley Mall juga kadangkala terasa berada di negara Taiwan, China, Korea dan Jepun. Pelbagai jenis kedai makanan dari negara sana ada disini.
Pemandangan dari bilik...tingkat 22
Fesyen kasut memang pelbagai disini, cantik2 dan fesyen terkini, memang rambang mata dibuatnya. Terletak di tingkat satu berhampiran Bata.
Nando's Restaurant juga ada di sini, sentiasa penuh dengan pelanggan. Terletak ditingkat bawah berhampiran Kenny Rogers.
No comments:
Post a Comment