Friday 27 December 2013

Ciri-ciri Khawarij- Orang yang dibangkitkan dengan berwajah hitam di hari Kiamat

1. suka mencela dan menyesatkan orang

Golongan Khawarij sangat mudah mencela dan menganggap Muslim yang tidak sehaluan atau sependapat dengan mereka sebagai sesat, bahkan dalam satu peristiwa, Rasulullah s.a.w sendiri dikatakan sesat kerana tidak berlaku adil dalam pembahagian ghanimah (harta rampasan perang). Seandainya kepada Rasulullah s.a.w pun mereka sanggup berkata seperti itu, termasuklah kata-kata seperti “Nabi Muhammad s.a.w itu dimuliakan kerana wahyu yang diturunkan kepadanya,” atau “Kalau tak kerana wahyu, Muhammad bin Abdullah tu sama macam kita saja. Macam budak-budak kampung yang lain,” apatah lagi terhadap Muslim yang lain. Mereka telah mengkafirkan Syaidina Ali r.a, Syaidina Muawiyyah r.a, dan Sahabat-Sahabat r.a yang lain.

Fenomena sebegini telah dan sedang berlaku dalam masyarakat Melayu -Islam di Malaysia, terutama dari fikrah politik yang bertentangan antara satu sama lain.Kesannya, wujudlah isu kafir-mengkafir dan kerelaan untuk melihat kemusnahan & perpecahan umat Islam yang berlainan fikrah dan ideologi politik.

2.Suka buruk sangka atau berprasangka

Kaum Khawarij telah dibuktikan menjadi golongan yang paling mudah berburuk sangka. Dalam catatan sejarah, mereka berburuk sangka terhadap Rasulullah s.a.w dalam pembahagian ghanimah, bahkan sehingga sanggup menuduh Rasulullah s.a.w tidak mencari keredhaan Allah Taala dan tidak berlaku adil.Mereka juga menuduh Syaidina Uthman Affan r.a sebagai pengamal nepotisme dan menuduh Syaidina Ali r.a sebagai pemimpin yang tidak berwawasan.

3.Bersikap Keras Sesama Muslim Tetapi Lunak Terhadap Golongan Kafir

Hadis Rasulullah s.a.w menyatakan golongan Khawarij sangat cenderung untuk menjatuhkan hukum terhadap orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka secara keras,tetapi sangat bersikap sangat lembut dan lunak terhadap penyembah berhala dan kaum kafir.

Golongan Khawarij seringkali digambarkan di dalam hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w sebagai golongan muda yang hanya mempunyai semangat yang berkobar kobar & meluap -luap
tetapi mempunyai pemahaman yang cetek dalam hal hal agama.Terlalu berbangga bangga dengan ilmu yang sedikit dan sering menguji orang yang dirasakan kurang berilmu dari mereka.
Mereka berdakwah kepada manusia agar mengamalkan al Quran dan kembali kepada ajaran al Quran sedangkan mereka sendiri tidak mengamalkannya dan memahami isi kandungannya.
Bahkan mereka sangat cenderung untuk memilih bahagian-bahagian al Quran yang dirasakan bersesuaian dengan hawa nafsu mereka dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Sesuatu yang sangat jelas ialah golongan Khawarij sangat mudah keluar dari Islam sama ada mereka sedar atau sebaliknya sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya"
Golongan Khawarij akan sentiasa wujud sehingga kedatangan kiamat sebagaimana yang tercantum dalam sebuah hadis yang bermaksud, “‘Mereka akan sentiasa keluar sampai yang terakhir keluar bersama-sama Al-Masih ad-Dajjal"

Khawarij adalah seburuk-buruk makhluk dan berkedudukan sangat rendah di kalangan umat Islam. Pada hari akhirat, merekalah yang disebutkan sebagai "ANJING NERAKA". Dek kerana itulah, Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya menyuruh kita agar membunuh mereka seandainya bertemu mereka, cuma menurut ulamak mereka di hukum oleh pemerintah bukan orang awam.

Khawarij akan muncul pada bila-bila masa sahaja.Bermula dengan ketidakpercayaan (‘adamuts tsiqah) sebahagian mereka kepada pemimpin kaum Muslimin iaitu Syaidina Uthman Affan r.a yang mereka anggap tidak adil, pengamal nepotisme dan kronisme sehinggalah ke zaman kini di mana mereka bertindak sebagai pemecah belah umat Islam dengan teori-teori atau dogma-dogma politik mereka dalam mencari kekuasaan.Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya, Al-Fatawa menyatakan Khawarij adalah Firqah Bathil yang pertama muncul dalam Islam.“Bidaah yang pertama muncul dalam Islam adalah bidaah Khawarij”

Thursday 26 December 2013

Tips Hilangkan Migrain

Saya salah seorang pernah mengidap migrain yang agak teruk. Macam2 petua tradisional yang saya ikut, bukannya baik, malahan semakin teruk.  Bila berjumpa doktor, ada pelbagai andaian, ada yang bagi ponstan tak berhenti-henti. Bila jumpa pengamal perubatan Islam pula, mula lah kata ada sihir la, gangguan jin Iblis dll, mcm dah x de solusi lain.


 Ye la...siap tanya ada mimpi pelik2 ker...kdg2 mimpi tu pun x boleh ikut juga. Tak mahu terima pendapat yang tak berdalil tu bulat2, kalau kita percaya sangat kata2 mrk tu, mau tambah kuat lagi migrain, sbb mrk pun bukannya bersandarkan hadis pun, kadang2 makna bahasa arab pada ayat Qur'an dan hadis tu pun mrk x tau sgt, cuma ikut2 guru yg mgjar je.


Kalau bab mimpi ni, saya lebih suka baca pdpt dan tafsiran dari Imam Ibnu Sirin, sbb dia pentakwil mimpi sejak zaman Tabiin lagi, takwilannya kebanyakan benar. Takwilan orang zmn sekarang ni byk yg pelik2. 

Akhirnya bertemu dengan seorang Doktor di klinik swasta, dia ni kalau beri rawatan memang tip top, dia akan tanya kita mcm2 soalan dan terangkan berbagai2 cara untuk kekal sihat. Memang suka dgn cara pendekatan doktor ni dlm merawat pesakitnya. Dia tak Islam pun, tapi kata-kata sangat baik dan bersopan, bagi nasihat seolah dah kenal lama.

Masalah migrain baginya sangat mudah, dia cuma suruh saya ambil vitamin B kompleks dan acid folic selama 3 bulan berturut-turut. Pas tu amalkan B kompleks sahaja dlm diet harian. Ceritanya lagi, sudah ramai pesakit yang dia rawat sebegitu, selesai masalah migrain mereka.

Memang benar seperti katanya, saya ambil dan dapat rasakan migrain tidak kerap menyerang. Bila migrain hilang, kita lupa yg kita pernah kena migrain teruk satu masa dulu. Perasaan tenang dan tindak tanduk lebih terkawal. Daya tumpuan pada pelajaran juga semakin baik. 

Akhirnya saya dapati dlm vitamin B kompleks keluaran shaklee dah ada gabungan folic acid tu, lagi senang rupanya, cuma telan sebiji vitamin B kompleks + folic acid setiap hari dan malam ambil kalsium. Alhamdulillah....harap dapat sama membantu pengidap migrain ye.....sakit tau bila kena migrain ni, serba x kena jadinya. Tidur salah, x tidur pun salah. Kerjanya kena berbaring sepanjang hari.




Ujian Dunia Akhir Zaman

Apabila meneliti isi kandungan al-Quran, didalamnya terdpt banyak kisah bgmna Allah hancurkan sesuatu kaum itu berdasarkan kesombongan dan kedegilan kaum tersebut. Dalam kisah Nabi, para Nabi dihantar dan diberi mukjizat sesuai dengan situasi keadaan masa tu. Terfikir juga dunia akhir zaman sekarang, manusia menjadi terlalu materialistik dan mengejar kemewahan dunia hingga membelakangkan akidah dan hubungan baik sesama manusia. Kini dapat dilihat dgn jelas dugaan kita banyak berkisar ttg kehancuran harta benda dan kenaikan harga barang . Caci maki dan kafir mengkafir disana sini. Pantang ada harga barang naik sedikit, gemparnya umpama dunia nak kiamat, seolah hidup sudah tidak bererti lagi. Berbagai syair dan puisi rintih merintih dicipta di sana sini.  Cuma satu persoalan bermain dikepala, pernahkah kita risau kenaikan atau penurunan catatan kebaikan dan kejahatan kita setiap hari? Bagaimanakah jumlah catatan kita dari Raqib dan Atid yg setia menemani kita disisi kiri dan kanan?

Wednesday 25 December 2013

tips sambut ulangtahun perkahwinan

Pelbagai cara orang meraikan ulangtahun perkahwinannya.  Wedding Anniversary kata omputih! Ada baiknya juga bagi pasangan yang meraikan ulangtahun perkahwinan mereka dengan saling bertukar hadiah antara satu sama lain. Mengeratkan lagi tali kasih sayang, makan berdua dan berbagai cara lagi yang boleh mengingatkan tarikh tersebut.

Sebenarnya semakin besar angka ulangtahun tu, itulah satu penghargaan yang sepatutnya dirai dan dibanggakan sungguh-sungguh.  Dalam dunia akhir zaman sekarang ini, berapa ramai yang bercerai-berai dan gagal mempertahan rumahtangga mereka. 

Bukan bermakna yang kahwin berpuluh tahun itu tidak ada badai yang melanda, ada tetap ada.  Semua rumahtangga akan diuji dengan pelbagai ujian. Hanya kesabaran dibentengi oleh keimanan dan ilmu yang mantap sahaja mampu mereka mengatasinya.

Sebenarnya ujian dalam rumahtangga itu adalah untuk diberikan kemanisan dan keindahan yang lebih baik lagi.  Tetapi tidak ramai yang menyedari hikmah disebalik semua itu.  Untuk dapat bahagia perlu berkorban dan susah payah terlebih dahulu.  Bukan mudah nak dapat syurga jika tidak diuji terlebih dahulu...

Pesanan buat pasangan, jika berlaku masalah dan dugaan, cepat-cepat kembali pada Allah mohon bantuan dan pertolongan.  Jangan sibuk bercerita sana sini, jangan sibuk mengadu sana sini, itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik.  Jika mengadu pada Allah dalam solat, Dia akan membantu dalam diam tanpa menghebahkan pada sesiapa dan bantuanNya adalah yang terbaik dan excellent!!

Sebenarnya ujian yang diberi untuk kita kembali kepada Allah kerana mungkin selama ini telah jauh tersasar.  Allah sebenarnya sangat sayangkan kita dan mahu kita nanti menikmati syurga yang telah dijanjikannya.

Tuesday 10 December 2013

panggilan penipuan minta nombor kad kredit

Dari FB MAZIDUL AKMAL SIDEK

PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DITIPU

Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26 tahun.

Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur.

"Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran kira-kira dua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang, majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. Lebih menarik, kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer skrip sebagai rujukan untuk membuat panggilan dan kaedah menjawab soalan untuk dihafal. Antara pengisian utama modul, cara untuk menyakinkan pelanggan agar akhirnya bersetuju mendedahkan tiga nombor kod di belakang kredit kad dan debit mereka atau lebih dikenali sebagai security code bank," kata anak kelahiran Johor itu saya temui di restoran mamak.

"Baik, ini kad kredit. Nombor manakah awak maksudkan?," soal saya.

Elis kemudian spontan mengangkat kad kredit saya letakkan di atas meja.

"Nombor di belakang kad ini, di sebelah kanan tandatangan pemilik. Nombor tiga digit ini amat penting kepada telemarketer," responnya.

Saya mendengar dengan teliti sambil merakamkan kenyataan Elis menggunakan perakam suara jenis Sony.

"Sewaktu membuat panggilan, kami mulakan dengan kenyataan standard. Assalamulaikum encik! Saya Elis daripada bank A dan bekerjasama dengan syarikat insuran B untuk menawarkan skim insuran kepada pemegang kad kredit. Memang semua telemarketer tidak menggunakan nama sebenar. Kemudian kami sambung ... nama encik, Mazidul Akmal Sidik, terlebih dahulu saya ingin membuat semakan nombor kad pengenalan encik, 670319 ..... Betul? Pemilik kad lazimnya berkata 'ya' kerana kami memang dibekalkan semua perincian peribadi bakal mangsa seperti alamat, alamat rumah, nama pewaris dan termasuk nombor kad kredit visa dan mastercard mereka," jelas Elis.

"Kemudian?," celah saya.

Ternyata wanita itu amat petah berkomunikasi.

"Kemudian kita cakap, baiklah encik, sekarang saya ingin mengesahkan nombor kad kredit visa encik. Katalah 6080-0978-0800, bolehkah encik tolong bacakan tiga nombor di belakang kad, bersebelahan tandatangan? Sebenarnya ramai tidak mengetahui itu security code bank. Kami sengaja bertanya walhal selalunya kami memang mempunyai maklumat itu tersenarai," katanya.

"Kalau sudah memiliki nombor kad kredit dan security code mengapakah awak harus bertanya kepada pemilik kad?," tanya saya keraguan.

"Itu memang syarat ditetapkan oleh agensi. Sebelum itu saya terangkan kepada dia, skim insuran ditawarkan mengenakan bayaran RM399 untuk setahun. Apapun, ayat terakhir setiap telemarketer lebih kurang sama sahaja, jadi encik bersetuju kami akan cajkan RM399 ke akaun kad kredit encik? Penolakan amaun itu akan bermula pada awal bulan hadapan dan kami kemudian akan menghantarkan sijil insuran kepada encik. Kami mesti menunggu sehingga dia berkata, saya bersetuju atau ok terlebih dahulu, sebelum nombor kad kredit dan security code digunakan untuk tujuan pembayaran. Biarpun pada awalnya kami memaklumkan dia penolakan bermula pada bulan hadapan, sebenarnya kami akan caj kad kredit dia, pada hari sama. Setiap telemarketer dimestikan membuat minimum dua sale sehari. Setiap pemilik kad bersetuju dengan transaksi terbabit, telemarketer meraih komisyen RM100 manakala syarikat mengaut keuntungan berbekalkan modal air liur, RM299," ujar Elis.

"Sebenarnya wujudkah hubungan di antara agensi, bank serta syarikat insuran itu? Sijil insuran itu datang dari mana pula?," tanya saya sekaligus.

"Tidak! Itu semua penipuan! Sijil dijanjikan kepada mangsa dicetak sendiri di pejabat. Bertujuan mengelakkan pemilik kad datang menyerang, kami sedaya-upaya cuba untuk tidak akan memberikan alamat lengkap kepada mereka. Manakala nombor telefon digunakan oleh telemarketer bukan nombor talian tetap tetapi nombor telefon bimbit seperti 019, 017, 014 atau private number," jelas Elis. 

Kata Elis, purata bil telefon bulanan mencecah RM10,000 namun itu hanya sekelumit berbanding jumlah keuntungan diperolehi oleh pengusaha agensi.

Tambah bekas pekerja agensi penipuan itu, majoriti mangsa mereka, pengguna baru kad kredit atau kad debit.

Elis bekerja di antara jam 10 pagi dan 6 petang setiap hari dan diberikan senarai ratusan data perbankan pemilik kad untuk dihubungi.

"Semua individu kami telefon itu tidak semestinya memberikan layanan baik. Kebanyakkannya kami attack pengguna kad kredit baru kerana mereka tidak begitu arif mengenai transaksi kad kredit jauh sekali kegiatan sindiket penipuan. Tambahan pula barangkali sebilangan bank gagal memperingatkan pelanggan agar tidak mendedahkan security code kad kredit atau debit melalui panggilan telefon. Beberapa individu kami hubungi, acapkali melontarkan soalan, kalau benar awak daripada bank, mengapakah perlu bertanya dan mendapatkan security code kad kredit saya? Kami akan balas dengan kenyataan, kami ingin membuat pengesahan, betulkah encik pemegang sah kad kredit itu? Itu trick digunakan," responnya.

Menurut Elis, pengusaha agensi penipuan sebegitu meraih keuntungan ribuan ringgit setiap sehari. Tidak hairan jika mereka hidup senang-lenang dan memandu kereta mewah. Agensi terbabit lazimnya hanya beroperasi kurang setahun di pejabat sama sebelum berpindah ke lokasi lain dan sekaligus menukar nombor telefon untuk menjalankan kegiatan 

Kini pejabat di tingkat satu dan dua terbabit telah ditinggalkan.

"Tingkat dua tempat telemarketer beroperasi manakala tingkat satu bekas pejabat kakitangan pentadbiran termasuk bos. Tiada papan tanda syarikat dipaparkan dan selalunya semua tingkap ditutupi tirai. Pejabat tempat saya bekerja dahulu, pernah diserbu oleh kakitangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Sewaktu kejadian itu telemarketer diarahkan keluar dari pejabat. Ada sekali, wakil syarikat insuran datang ke pejabat secara mengejut. Mungkin berikutan terdapat aduan mengatakan agensi kami menggunakan nama syarikat itu secara tidak sah untuk memperdayakan orang ramai," katanya.

"Semasa awak bekerja, berapakah jumlah sale sehari?," soal saya.

"Satu atau dua sale sahaja SEBULAN sebab saya bekerja sebagai kerani pengurusan dan cuma sesekali diarahkan bertugas sebagai telemarketer. Pekerja lain? Mereka memang seronok. Contohnya, andai telemarketer mampu menipu purata enam orang pemegang kad kredit baru, pendapatan harian mereka mencecah RM600 Kalau telemarketer tidak membuat sale langsung, mereka akan dibuang kerja. Kaedah digunakan oleh agensi, mudah. Bayar sahaja gaji pokok telemarketer tidak perform separuh atau jangan membayar langsung. Maka pekerja itu tidak akan mampu bertahan dan dengan sendirinya terpaksa berhenti," kongsi wanita itu.

Gaji pokok telemarketer, di antara RM800 dan RM1,500 sebulan dan majoriti pekerja, wanita.

"Adakah selama waktu bekerja, awak tahu agensi terbabit menipu ramai orang?," tanya saya lagi tanpa jemu.

"Saya tahu, sebab itu saya tidak suka membuat sale. Saya juga pernah berbual bersama kawan, bekerja sebagai marketer. Dia sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Saya bertanya kepada dia, sampai bilakah awak hendak memberikan anak makan duit hasil penipuan?," balasnya.

Saya kemudian mengemukakan soalan berikut.

"Pernah terdengar rungutan di kalangan telemarketer? Mungkin mereka tertekan kerana terpaksa membuat terlalu banyak panggilan 

"Pernah! Namun kakitangan pihak pengurusan amat bijak memainkan peranan mereka. Untuk mengalihkan pandangan dan tumpuan telemarketer, mereka mengajak kami makan dan berkata, hari ini awak semua tidak perlu membuat panggilan, kita semua boleh berehat. Mereka juga membuat pekerja gembira menggunakan elemen kejutan. Baiklah, minggu ini kita akan pergi melancong ke Melaka! Semua kos dibiayai sepenuhnya oleh agensi. Di samping itu, pakej insentif berkumpulan juga ditawarkan kepada telemarketer. Contohnya, jika sale mencecah sasaran, 60 sehari, pakej pelancongan lebih istimewa ditawarkan kepada mereka. Bagaimanapun melalui pengalaman saya, purata tempoh telemarketer bekerja di agensi itu hanya di antara lima dan enam bulan sahaja," kata Elis. 

"Adakah semua telemarketer menyedari mereka bekerja di agensi menipu orang ramai?," soal saya.

"Tidak semua. Saya lebih banyak tahu kerana bekerja sebagai kerani pengurusan tetapi itupun atas tujuan mencari rezeki, terpaksalah. Telemarketer tidak tahu langsung berhubung keuntungan ditangguk oleh agensi apatah lagi status nama bank dan syarikat insuran mereka gunakan untuk memperdaya pemegang kad kredit dan debit sewaktu menjalankan tugas. Pihak pengurusan terlebih dahulu memaklum dan menyakinkan telemarketer, operasi dijalankan itu kononnya sah dan dokumen peribadi pemilik kad dibekalkan oleh pihak bank," ujar Elis.

Tambah Elis, kebanyakkan telemarketer, pemegang diploma dan ijazah. Justeru mereka mampu berkomunikasi dalam dwi bahasa, bahasa Melayu dan Inggeris tatkala berkomunikasi dengan bakal mangsa.

"Kalau betul betul bekerja berbekalkan mulut manis, daya pujuk dan telinga tebal, mereka boleh meraih pendapatan bulanan di antara RM3,000 dan RM4,000. Andai kata bakal mangsa marah, telemarketer harus bersikap sabar kerana kakitangan pengurusan berkata, penjawab panggilan bukan berada di hadapan awak. Jadi, mengapakah awak harus berasa takut? Semua bertugas di pejabat agensi sama dilatih untuk menjawab pelbagai soalan dilontarkan oleh pemegang kad kredit dan debit, kekadang dihubungi berulang kali menggunakan teknik dicetak sebagai panduan. Adakalanya bakal mangsa bertindak bijak. Mereka memberikan alasan kononnya sedang bermesyuarat dan meminta untuk dihubungi kemudian dan selepas itu tidak akan melayan panggilan kami. Hanya mereka bersikap lalai sahaja terpedaya," kongsi Elis.

Jika kini tiba-tiba dihubungi telemarketer, apakah respon awak? Soalan itu saya lontarkan kepada wanita hanya meminum teh 'O' ais limau ketika saya temui.

"Saya pernah bekerja seperti kamu sebelum ini dan kamu tidak perlu menipu saya sebab kamu cuma ingin mendapatkan security code tiga digit itu, kan? Terima kasih," balasnya yakin.

Elis turut membawa saya ke lokasi agensi dipercayai masih beroperasi.

"Berikan saya tiga bank seringkali data peribadi pelanggan mereka diperolehi oleh agensi secara mudah," soal saya dengan debaran.

"M....., R..... dan C.... Itu bank paling popular dan mangsa sebelum ini, ramai pelanggan institusi kewangan terbabit," responnya tanpa kelihatan teragak-agak.

"Soalan terakhir, adakah senarai nama dan maklumat perbankan peribadi individu menjadi mangsa atau tidak, dibekalkan oleh kakitangan syarikat telekomunikasi atau ...?," tanya saya.

Memang saya membiarkan soalan itu tergantung.

"Sekali, saya dan kakitangan pengurusan agensi pernah bertemu dengan lelaki mendakwa kakitangan bank. Kami bertemu di restoran mamak. Dia menyerahkan senarai kira-kira 200 nama, lengkap beserta data peribadi perbankan pelanggan dalam bentuk pen drive. Setiap satu data dijual dengan harga di antara RM1 dan RM1.50. Apapun pastinya bukan semua kakitangan institusi perbankan terbabit," jelas Elis.

"Wow! Semurah itu?

Saya terkejut.

"Ya dan lazimnya dalam tempoh dua minggu, secara rutin agensi akan membeli senarai data lain pula, dibekalkan individu sama atau berbeza. Melalui pengalaman, saya boleh mengesahkan, syarikat telekomunikasi tidak terbabit dalam sindiket penipuan ini," balasnya.

NOTA 

Perkataan 'telemarketer' dalam entri ini secara spesifik HANYA merujuk kepada pekerja di bekas agensi Elis pernah bertugas sekaligus BUKAN ditujukan kepada SEMUA telemarketer di seluruh negara.

Justeru telemarketer lain, tidak terbabit dengan kegiatan penipuan, usah terasa mahupun melenting.

SILA SEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI DI FACEBOOK, BLOG DAN TWITTER UNTUK MEMPERTINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT AGAR TIDAK KERUGIAN DAN MERANA AKIBAT DIPERDAYA.

Kata-kata mutiara

# Jangan terlalu banyak mengeluh, tetapi banyakkan berdoa, kerana doa membuatkan kita sentiasa mengingati Allah.

# Orang sabar berhak mendapat bahagia, orang yang kurang sabar bersiap sedia mendapat derita.

# Jika sering mencari salah orang lain, kita akan letih.  Tetapi jika banyak mencari salah sendiri kita akan tenang dan malu sendiri.

# Bekerja tanpa ilmu memenatkan, bekerja dengan adanya ilmu sangat membahagiakan.

# Orang yang bodoh ialah orang yang merasakan dirinya pandai. 

 # Al-Quran bukan hanya untuk dipertanding dan dilagukan, tetapi untuk difahami makna dan diambil pengajaran darinya.

# Ilmu yang sebenar dari al-Quran manakala keterangannya dari as-Sunnah.  Pelajarilah ilmu al-Quran dan ambillah pengajaran darinya.

# Orang yang sakit adalah orang yang sentiasa ada perasaan cemburu dan irihati.  Manakala orang yang sihat adalah orang yang sentiasa memaafkan orang lain.

# Orang yang baik adalah orang yang sentiasa menjaga hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga, manakala orang yang zalim adalah orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan dan enggan bersilaturrahim.

# Menyesal di dunia jauh lebih baik daripada menyesal di Akhirat.

# Orang yang baik bukan hanya mentaati perintah Allah, tetapi baik juga hubungannya sesama manusia.

# Ilmu yang dimiliki bukan digunakan untuk mengkafir sesama Islam, sebaiknya hendaklah digunakan untuk saling bantu-membantu agar keimanan semakin bertambah.

# Orang yang sombong adalah orang yang sentiasa merasakan orang lain tersesat sedangkan dia sentiasa benar.

# Urusan dakwah adalah urusan setiap muslim, bukan urusan kita menentukan syurga dan neraka seseorang.

Saturday 7 December 2013

Kata-kata nasihat

# Jangan mudah terpedaya pada penampilan luaran seseorang kerana pandangan mata terlalu mudah tertipu. Orang yang bijak adalah orang yang tidak mudah terpedaya dengan penampilan seseorang.

# Beramal tanpa ilmu tidak berguna, manakala ilmu tanpa amal juga tidak ada maknanya.

# Orang bijak selalu berfikir sebelum berkata-kata, tetapi orang jahil akan berkata sebelum sempat berfikir.

# Hati yang mati adalah hati yang merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain.

# orang yang jahil seringkali menyalahkan orang lain apabila berdepan dengan masalah, orang yang bijak akan mencari dimana kesilapan diri dan berusaha membetulkannya.

# semakin banyak mengeluh , semakin banyak masalah yang akan menimpa.  Semakin banyak bersyukur, semakin bertambah rezeki tanpa diduga.

# Rezeki sangat suka datang pada yang rajin bersedekah dan liat untuk menghampiri orang yang bakhil.

# Orang yang berhutang wajib menjelaskan hutangnya apabila sampai tempoh dan dikira zalim sekiranya dia melengah-lengahkannya sedangkan dia mampu berbuat demikian.

# orang yang perasan dirinya cantik, sebenarnya dia tidak cantik.

# orang yang benar-benar bijak jarang sekali suka menunjuk-nunjuk kebijakannnya kerana akhlak dan adabnya sahaja telah menggambarkan segalanya.

# keimanan seorang lelaki bukan diukur dengan pakaian yang sentiasa berjubah berserban, tetapi dengan adab dan budi pekerti yang mulia sahaja sudah mencantikkan dirinya.

# orang suka menghina orang lain adalah orang yang kurang bijak dan rasa diri lebih baik dari lain.  Merekalah sebenarnya  sangat hina disisi Allah berbanding orang yang dihina.

# bersangka baik mampu mententeramkan diri sendiri manakala sering bersangka buruk hanya meletihkan diri sendiri.

# orang yang tenang mampu membahagiakan orang lain manakala orang yang kelam-kabut hanya akan menyusahkan orang lain.

# orang yang bahagia ialah orang yang hatinya tenang kerana ketenangan hanya dari Allah.  Orang yang derita adalah orang yang sombong kerana Allah tidak memberinya rasa tenang dan jauh dari rahmatNya.



Tuesday 3 December 2013

Berbaik sangka sesama manusia

Sikap berbaik sangka sesama manusia akan menghalang terjadinya permusuhan.  Sifat ini sangat terpuji dan Allah akan sentiasa memberikan rahmatnya kepada pemilik hati ini.  Jauhkan sikap suka bersangka buruk dan memburukkan orang lain.  Sifat ini sifat terkeji dan buruk hingga boleh membawa kepada persengketaan dan perbalahan.

Amalkan sikap yang mulia setiap masa.  Contohi akhlak Rasulullah dalam berdakwah dan berhubungan sesama manusia.  Contoh akhlak terbaik adalah dariNya, akhlak yang telah dididik oleh Allah dan itulah akhlak yang terpuji buat umatnya.  

Apa perlunya mengambil akhlak orang yang tidak pernah mahu beriman dengan Islam dan menolak Islam.  Walau ada nampak baiknya mereka dimata manusia, tetapi mereka tetap buruk disisi Allah.  Sifat menolak hidayah dan Islam adalah satu sifat tercela yang akan memusnahkan diri sendiri samada di dunia maupun di Akhirat kelak.

Amalan soleh, bersyukur dengan nikmat Allah

Setiap anak diberikan rezekinya masing-masing.  Semua itu adalah ketetapan Allah , hadiah dan ganjaran dariNya.  Tetapi tidak ramai yang menyedarinya.  Sangka mereka "jika aku tidak bekerja, masakan rezeki ini akan datang kepada ku."

Itu sangkaan yang salah dan meleset sama sekali.  Setiap rezeki hambanya telah tertulis di Laoh Mahfuz kitab Allah, cuma kita yang tidak mengetahuinya.  Setiap rezeki anak Adam adalah dibawah kuasa dan rahmat serta ihsan Allah pencipta sekelian alam ini, bukan terletak ditangan manusia.   Manusia hanya sekadar berusaha untuk mendapatkan rezeki yang telah ditentukan itu sahaja.

Makanan Rohani

Hari ini masing-masing berlumba-lumba mengeluarkan produk kesihatan yang menjamin kecantikan dalaman dan luaran.  Tetapi tidak ramai yang berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk makanan rohani yang mampu menguat dan mempertahankan akidah.

Iklan makanan tambahan semakin merebak luas bagai cendawan tumbuh selesai hujan.. Tetapi tidak juga bertambah iklan buat santapan rohani.  Barangkali masing-masing telah kenyang dengan makanan tambahan awet muda dan kesegaran minda serta fizikal.

Hari minggu sibuk dengan jemputan, sibuk dengan undangan, sibuk dengan temu janji dan sibuk dengan parti dan sebagainya.  Tetapi berapa ramai yang sibuk memenuhkan masanya dengan menambah ilmu dihujung minggu?  Berapa ramai yang sanggup berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk mencari sedikit ilmu buat bekalan Akhirat? 

Jangan lalai wahai manusia.....masa akan terus berlari mengejar kamu tanpa kamu sedari.  Masa itu ibarat mata pedang yang akan terus memancung musuh yang sedang lalai dan leka.  Sebelum terlambat, segeralah menambah ilmu, segeralah mengaut seberapa banyak ilmu Allah dimuka bumi ini sebagai bekalan tambahan di akhirat nanti...

Ingatlah, wang yang bertimbun dalam simpanan tidak akan menjadi satu jaminan kamu mampu melepasi titian sirat di Akhirat nanti....tetapi amal yang soleh dan ilmu yang bermanfaat yang diamal dan diajarkan itulah yang banyak membantu kamu disana nanti.....

Apabila politik menjadi tuan, akidah menjadi hamba

Dunia akhir zaman, tidak lagi melihat akidah berada di tingkat paling atas, tetapi telah menggantikannya dengan politik berada dipuncak.  Ahli politik disanjung, tidak mengira Islam atau kafir, dipuja dan dipuji, ditatang bagai menatang minyak yang penuh.

Jangan sesekali cuba mengkritik mereka, iaitu ahli politik dokongan mereka, maka si pengkritik akan dijadikan musuh dan dihentam bertubi-tubi.  Yang difikir adalah mempertahankan ahli politik pilihan mereka tanpa perlu nya mempertahankan akidah yang menjadi tunggak utama penentuan amalan diterima...

Sangat jauh kefahaman umat Islam hari ini tentang akidah.  Terlupa bahawa tanpa akidah dijaga dan dibajai sepenuhnya, akan layulah iman dan rosaklah amal.  Akidah adalah tunggak utama setiap amalan itu diterima.  Akidahlah yang wajib dijaga dan dipertahankan, kerana dengan menjaganya kita akan jauh dari kesesatan.

Jangan sibuk mencari aib orang lain

Dalam sibuk mencari iblis dalam diri orang lain, rupa-rupanya dalam diri sendiri telah sekian lama Iblis bertapak.  Dalam sibuk menyalahkan orang lain, tak sedar salah sendiri dah sebesar gunung.  Dalam sibuk membuka pekung orang lain, pekung sendiri terlupa nak tutup.  Dalam sibuk mencanang keburukan orang lain, keburukan sendiri semakin terserlah.

Manusia mudah lupa, sangka diri yang terbaik, sebenarnya dia lupa bahawa dia semakin lalai dan jauh dari Allah.  Dia terlupa sebenarnya dia telah takbur dan bangga diri, rasa hebat dan megah. Sebenarnya diri sendiri telah dijajah oleh Iblis sejak sekian lama, tapi sibuk mencari Iblis dan syaitan dari diri orang lain. 

Memang sifat manusia mudah lupa, lupa memuhasabah diri sendiri, lupa mengubati penyakit diri sendiri.  Tetapi tidak pernah lupa mencari aib dan kesalahan orang lain, sentiasa berusaha mencanang keburukan orang lain. Terjegil biji mata berbicara hal buruk orang lain. Tapi terlupa satu hari nanti dia akan terjegil biji mata apabila segala amalan nya dipapar di hadapan mata saat kematian mengunjunginya.....masa itu sudah tidak sempat lagi untuk memohon maaf dan minta diampunkan...

Itulah saat yang telah diceritakan dalam al-Quran sejak dahulu lagi, pada hari kebangkitan, mereka menjadi muflis. Segala amal kebaikannya telah disalurkan kepada orang yang pernah dicaci maki dan diaibkan, malah kebaikannya juga telah mengalir kpd orang yang dikutuk dan dihina sewang-wenangnya dan segala amal kebaikannya berlalu begitu sahaja untuk bersama dengan insan yang pernah dihinanya semasa hidup di dunia...

Tidak ada gunanya penyesalan dan tidak ada gunanya ratap tangis.  Yang ada hanyalah hilai tawa dan tepukan sorak kegembiraan Iblis dan kuncu-kuncunya krn meraikan kemenangan mereka berjaya menarik kita yang lalai bersamanya di sana....bukan di syurga, tetapi ditempat yang berlawanan dengannya...

Bila suami curang, isteri pun akan digoda orang

          Diriwayatkan dalam Kitab Sairus Salikin bahawa ada sepasang suami isteri yang telah berkahwin lebih tiga puluh tahun. Mereka hidup di dalam aman bahagia. Si suami seorang peniaga kain dan emas dan isterinya pula hanyalah surirumah tangga. Isterinya yang taat itu sentiasa menjaga maruah diri dan suaminya. Tiap-tiap hari ada lelaki yang menghantar air kerumahnya untuk pelbagai kegunaan mencuci dan minum. Lelaki itu tidak pernah sekali pun melihat wajah perempuan tersebut. Dia hanya menjalankan kewajipan majikan untuk menghantar air kerumah pelanggan.
 
        Pada suatu hari tiba-tiba lelaki tukang angkat air itu telah menemui perempuan tersebut dan memegang tangannya sebagai pegangan orang yang bernafsu. Setelah perempuan itu meronta-ronta maka dilepaskannya dan dia terus pergi.
 
        Apabila suaminya pulang, si isteri menceritakan peristiwa yang berlaku . Kemudian terus bertanyakan kepada suaminya apakah yang berlaku pada hari itu di kedainya. Mula-mula suaminya mengatakan tiada apa-apa yang ganjil berlaku. Setelah didesak akhirnya si suami menceritakan bahawa pada siang tadi ada seorang pelanggan perempuan cantik membeli gelang emas. 'Aku terpesona melihat kecantikan tangannya dan memegang tangannya seketika dengan penuh perasaan..'
 
Maka di jawab oleh si isteri ' Jatuh qisas (balasan) perbuatan abang itu terhadap diri saya.'
 
        Dari kisah ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan salah seorang dari suami atau isteri yang curang akan diterima kesan oleh pihak yang satu lagi. Kiranya isteri berlaku curang maka suaminya akan menerima kesan. Dalam ibarat lain, kalau suami berbuat jahat dengan perempuan lain, orang lain pun akan berbuat jahat dengan isterinya. Peliharalah diri dan keluarga kita dari azab apa neraka..