Thursday 30 January 2020

Pulau Sabang Aceh

Setibanya disini, kami rasa berada disuatu tempat yang lain. Menyelusuri sepanjang jalan disini dihidangkan dengan pemandangan yang sangat indah. Laut membiru terbentang luas disamping terdapat banyak kawasan untuk pelancung bergambar mengabdikan kenangan disini.


Disetiap tempat menarik akan disediakan tempat bergambar seperti backdrop kecil atau tulisan lambang tempat tersebut. Mudah urusan. Tak perlu cari kedudukan sesuai sebab memang semua telah disediakan. 


Banyak sangat pantai yang cantik disini. Untuk cover semua dalam masa satu hari memang agak memenatkan. Jika ada yang ambil pakej private disini, atau tempah khas untuk group sendiri boleh tambah lagi sehari disini. 


Kebanyakan pakej ke Aceh hanya satu hari di Sabang. Sebenarnya yang paling cantik dan menarik adalah di Pulau Sabang. Jika di Banda Aceh banyak melawat tempat sejarah. 


Cuaca disini agak panas dan kering. Kami pergi bulan januari tetapi panas dan kering yang amat sangat rasanya. Minum air secukupnya dan kalau boleh bawa topi bersama. Sediakan sunblock yang sesuai jika mahu ke pantai. 


Dikawasan pantai ada banyak air kelapa muda. Jangan lupa singgah dan beli serta minum disitu sambil santai melihat lautan yang terbentang luas. Untuk elak hidrasi air kelapa muda memang bagus untuk kita.


Bagi yang membawa anak-anak, jangan bimbang. Tidak ada pandangan yang menjolok mata disini. Semua menutup aurat. Tidak perlu susah hati dengan pandangan mata. 


Makanan disini memang sedap. Makan tiga kali shari jika kita ikut pakej yang telah disediakan. Sedap semua. Nasi kosong disini pun rasa sedap sangat. Sesuai dengan selera kita. Sambal mesti ada berbagai jenis. Bab makan ni memang sangat puashati. 


Feri ke Sabang

 Awal pagi kami telah bersiap untuk menaiki feri ke Sabang. Feri ke Sabang pada hari minggu bermula jam 8.am dan 10.am sahaja. Kemudian petang jam 4.00 pm.

Sarapan di hotel. Menaiki kenderaan ke Terminal Feri. Sebelum manaiki feri, sediakan kad pengenalan atau pasport bersama-sama tiket perjalanan. Jika tidak, kelam kabut pula kita nak keluarkan.


Pemandangan dalam feri ke Sabang:

Setelah mengambil tempat duduk, rasa selesa. Tidak lama kemudian terdengar laungan nasi lemak, murtabak, aqua, dan lain-lain. Silih berganti lelaki tempatan menjual juadah untuk sarapan. Sambil membawa bakul dan menunjuk hasil jualan masing-masing. 


Melalui pemerhatian, tidak ramai yang membeli. Tetapi lebih ramai yang menjual. Kerana hampir semua penumpang telah bersarapan sebelum keluar hotel. Termasuk kami. Maaf abang-abang penjual, mungkin ada rezeki ditempat lain. 

Wednesday 22 January 2020

Cara Menyelesaikan Masalah dan Kekusutan Diri

Bila kita terlalu memikirkan masalah, masalah tersebut akan memakan diri kita sendiri. Rentetan daripada itu, fikiran akan  terganggu, sedih, risau dan tertekan. Lanjutan daripada itu pula akan menyebabkan seseorang akan mengidap depresi atau tekanan dalam hidup seharian.


Bagaimana untuk menangani masalah?

 Elakkan daripada terlalu memikir akan masalah tersebut. Berusaha mencari jalan keluar yang paling selamat. Jika melibatkan individu lain, elakkan bertemu atau bersua muka dengan mereka dalam beberapa waktu agar kita akan lebih tenang tenang. Keluar dari masalah dan masuk dalam zon yang kita rasa selesa.


Berusaha mencari ketenangan diri dengan cara yang sihat. Elakkan dari terlibat falam gejala yang tidak sihat. Lihat kawasan yang indah, tenang dan lapang. Cari kawasan yang dipenuhi dengan kehijauan. Melihat air yang mengalir, tasik, lautan tenang atau apa jua yang mudah kita lihat dan cantik pada pandan mata. 


Jangan paksa diri dari terlalu memikir masalah tersebut. Berdoa setiap kali usai menunaikan solat lima waktu. Utamakan ibadah wajib. Jangan ditinggal. Disitulah segala kunci ketenangan dan keberkatan hidup bersembunyi. Utamakan hak Allah dan biasakan diri dengan segalan kebaikan. 


Hati pula? 

Sentiasa berfikiran positif. Buang semua rasa negatif. Campak jauh-jauh syak wasangka dan ragu-ragu. Segala rasa was-was dan keluh kesah tersebut datang dari bisikan iblis. Perdulikan, lawan perasaan itu, gantikan dengan memikir yang baik-baik dan indah. 


Masih memikir hal mereka yang menyebabkan kita duduk salam masalah dan sedih pilu? 


Buang jauh-jauh. 


Suka movie? 

Carilah movie atau cerita membuatkan kita terhibur. 


Suka lagu? 

Boleh sahaja dengar lagu yang menenangkan jiwa sendiri. 


Ada hobi? 

Lestarikan hobi kita sendiri. Dengan cara itu kita akan dapat bahagia dan mampu memenuhi masa kita dengan perkara yang berfaedah. 


Jaga hati, jaga perasaan. Jangan kita dera perasaan dan hati sendiri. Sayangi diri kita dan bagi makanan rohani terbaik untuk diri sendiri. 






Friday 17 January 2020

Pengajaran Dari Kisah Adik Puteri Balqis dan Ibunya

Bila kita melihat kesusahan orang lain, jangan mudah mencemuh. Sifat kita yang suka membuat andaian hanya memakan diri sendiri. Tidak perlu kita persoal mengapa dan kenapa dia jadi begitu. Pandai pula kata itu sebab kifarah la dan berbagai lagi tohmahan. 


Apakata kalau kita doakan yang baik-baik. Berdoa agar kita terhindar dari ujian sebegitu. Jangan sangka kita sedang bahagia sekarang, bermakna kita akan bahagia selamanya. Jangan lupa hidup ini ibarat roda. Adakala kita diatas dan adakala kita dibawah. 


Bantu lah mereka seberapa yang mampu. Jika tak mampu, bantulah dari menutup mulut dari berkata-kata yang tidak baik terhadap mereka. 


Dan bantu juga jari jemari kita agar tidak menulis sesuatu yang akan lebih mengguris perasaan mereka. Jangan rasa hebat dimedia sosial tetapi kita paling muflis disisi Allah Swt. Tidak perlu jadikan media sosial sebagai tempat kita berdebat dan tunjuk bijak jika kita bukan orang yang bijak. 


Orang yang berilmu dan beriman tidak akan mengeluarkan kata-kata yang akan mengguris hati dan perasaan orang lain. Sentiasa menjaga tutur kata dan tulisannya mencairkan hati yang membaca. 


Susah sangat ke? Tak susah mana pun, sebab kita cuma tutup mulut je. Tak penat nak menganga kumat kamit selalu. Bagi mulut tu rehat sikit. Jari bagi duduk diam-diam. Kesian jari jemari penat menaip yang tak berfaedah. Bagi ruang untuk dia buat pekerjaan yang baik-baik. 


Pesanan: “Jika ada peminta sedekah datang kepada kita, jangan kita cemuh. Jika mampu beri. Tetapi jika tak mahu memberi, lebih baik diam sahaja. Jangan hina dan memalukan mereka dikhalayak ramai. Ucaplah perkataan yang baik-baik jika kita tidak mahu memberi. Sebab, kita sendiri pun tidak tahu bagaimana nasib kita, anak cucu kita di kemudian hari”.


Tidak rugi berbuat baik dan tidak hina menghulurkan bantuan pada yang memerlukan. Setiap amal kebajikan kita akan di catat dan diberi ganjaran besar dari Allah swt. Jangan bimbang, bersihkan hati dan jagalah tutur kata kita.