Saturday 1 December 2018

Buat Pemeriksaan Kesihatan umur 40 keatas

Bila umur dah masuk angka 40an, sebaiknya buat pemeriksaan kesihatan. Banyak faedah kita boleh dapat darinya. Pemeriksaan kesihatan untuk umur lebih 40an lebih menyeluruh termasuk pemeriksaan jantung ECG, ujian air kencing, darah, tekanan darah, X-ray paru-paru dan sebagainya. 
Pemeriksaan ini dipanggil:
 ‘Above 40 Medical Check Up’. 

Lebih baik buat bagi yang belum pernah buat. Saya juga baru selesai buat medical check up ni. Ni nak share sikit pengalaman. Saya buat di klinik kesihatan sahaja. Bayaran dalam RM257 gitu. 
Mula-mula ambil berat dan ukur ketinggian. Selepas tu buat ECG untuk cek jantung samada ada masalah atau tidak. Setelah itu ambil darah untuk diuji di makmal. Darah tak ambil banyak pun, cukup dalam 1 syringe kecil je. Nurse yang cekap tau je mana urat yang mudah ambil darah. Tak rasa apa-apa pun. 

Kemudian setelah itu diberi borang untuk kita isi. 

Antara kandungannya soalan tentang  sejarah penyakit keluarga, ibu bapa dan adik beradik. Pernah buat pembedahan apa sebelum ini. Penyakit terkini atau alahan. Ubat atau supplement yang kita ambil setiap hari.

 Jangan tipu, tulis yang benar sebab semua akan dapat dilihat dalam ujian darah dan air kencing tu nanti. 

Selepas selesai isi borang, tunggu sekejap, doktor akan datang periksa kita. Doktor akan lihat borang yang kita isi dan tanya serba sedikit terutama mengenai ubat atau supplement yang kita ambil. ‘History’ penyakit keluarga juga penting. 

Setelah itu doktor akan cek perut, buat pemeriksaan buah dada bagi wanita untuk memastikan tiada benjolan. Doktor juga akan ajar cara buat pemeriksaan buah dada sendiri dirumah. Sebaiknya 10 hari selepas habis period. 

Doktor juga akan buat pemeriksaan diperut, untuk memastikan tiada benjolan yang mencurigakan atau pembengkakan dikawasan abdomen. Alhamdulillah semua tiada yang mencurigakan. Cuma kena buang lebihan lemak je la ...haha

Kemudian doktor cek lutut guna alat pengetuk lutut tu. Saya tak de masalah apa-apa kat situ sbb selalu buat exercise pun.  Setelah berpuas hati doktor tanya ada rasa apa-apa masalah tak selesa pada badan kita atau tak? Rasa ada benjolan dimana-mana anggota badan? Kena beritahu doktor ye puan-puan. 

Bila dah ok semua, kita kena pergi ke bahagian x-ray pula untuk paru-paru. Itu penting untuk lihat samada paru-paru kita normal atau bermasalah. 

Jika tiada apa-apa lagi, doktor minta kita datang semula pada sebelah petang untuk lihat laporan ujian darah, air kencing dan keputusan x-ray dan ECG.

Saya datang semula jam 3pm seperti yang dijanjikan. Tak sabar rasanya nak tau keputusan. Dalam hati risau pun ada. Tapi saya rasa tak ada apa-apa sebab rasa sihat je. Makan memang jaga, begitu juga dengan exercise. 

Tiba masa nombor giliran dipanggil. Masuk jumpa doktor yang sama pagi tadi. Dia senyum sambil suruh ambil tekanan darah. Semua normal macam biasa. 

Kemudian tiba masa terangkan keputusan ujian air kencing. Alhamdulillah semua ok, tiada masalah. Buah pinggang sihat dan tiada apa-apa yang akan menimbulkan masalah. Alhamdulillah syukur. 

Ujian jantung ECG juga normal, tiada apa-apa yang mencurigakan. Alhamdulillah.

Keputusan ujian darah untuk melihat kadar kolesterol dalam darah. Asid urik dan sebagainya. Alhamdulillah semua ok, tidak memerlukan ubat kolesterol untuk menurunkan kolesterol. Semua dalam keadaan terkawal. Tidak ada diabetic. Semua normal.

Cuma doktor pesan teruskan makan makanan sihat. Jaga pemakanan. Lakukan exercise lebih dari 3x seminggu. Kalau 30 minit setiap hari pun lagi baik, yang penting sentiasa melakukan dan berterusan. 

Doktor tanya apa rahsianya, nampak awet muda je. Tak nampak umur above 40? Wah! Itu satu bonus. Doktor kata macam tak percaya umur above 40. Yang tu buat nak tersenyum lama tu. Lama juga la tersenyum. Tak tau nak jawab apa. Cuma rasanya sebab jaga pemakanan dan regular exercise. Itu je. Oh ye, satu lagi saya memang jenis happy go lucky je. Tak suka fikir masalah. Kalau ada masalah pun buat rilex je. Gi jalan-jalan, gi ronda shopping mall, release masalah. Tak suka fikir masalah orang lain. Satu lagi baca al-Quran pun boleh bantu selesaikan masalah, hati sentiasa tenang. 

Tiba masa lihat keputusan x-ray pula. Alhamdulillah semua ok, paru-paru sihat kata doktor. Syukur semuanya ok. 

Kemudian doktor bercerita dan beri penerangan tentang gaya hidup sihat. Katanya nak kurus tujuan untuk sihat. Jaga pemakanan dan syorkan jenis makanan yang baik untuk umur above 40 ni. Galakkan ambil minyak kelapa atau virgin coconut oil, itu yg terbaik katanya. 

Supplement, kalau tak perlu tak payah ambil. Bimbang akan ujud masalah lain pada buah pinggang, hati dan darah. Utamakan pemakanan sihat dan natural seperti buah-buahan dan sayuran. 

Doktor galakkan beli alat cek tekanan darah sendiri dan simpan dirumah. . Buat pemeriksaan sendiri sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Itu sangat penting katanya. Kalau nampak tekanan agak rendah atau lebih tinggi dari biasa, cepat-cepat datang jumpa doktor.

Sebagai tindakan susulan, doktor pesan datang lagi dalam 6 bulan lagi untuk pemeriksaan lanjutan. InsyaAllah akan datang lain. Pemeriksaan ni sangat penting. Jangan takut jumpa doktor. Be happy je. 

Alhamdulillah setelah selesai, keluar dari bilik doktor, rasa lega. Yang penting kena berusaha lagi kurangkan berat badan dan amalkan gaya hidup sihat. Senaman penting dan lakukan berterusan, tapi jangan sampai mencederakan diri sendiri. Buat ikut kemampuan. Yang penting berterusan. 


Sunday 30 September 2018

Perbelanjaan selepas perkahwinan

Sebelum berkahwin kita bercinta. Asyik masyuk sampai tak sedar orang sekeliling asyik memerhati. Dialah pujaan hati, tiada yang lebih indah dari pasangan yang kita cintai. Mula la diatur pertemuan demi pertemuan. Akhirnya, setelah masing-masing bersedia, tetapkan tarikh untuk diijabkabulkan. Masa tu yang kita fikir cuma bahagia sahaja. Semua yang indah-indah dan manis belaka. Terasa, bila orang lain menghadapi masalah rumahtangga, kita tak akan terkena sebab dia sayangkan kita dan kita akan setia separuh mati pada kita. Impian indah sebelum berkahwin. 

Setelah berkahwin, baru-baru, memang rasa sangat bahagia. Menyesal rasanya tak kahwin lebih awal. Selang beberapa bulan, mula rasa perubahan diri. Hamil rupanya. Alhamdulillah...rezeki dari Allah. Kalau boleh nak kabar pada seluruh dunia. Bahagia dan gembira. 

Bermula lah episod melalui suka duka berbadan dua. Ada yang ok dan ada yang agak sengsara. Waktu inilah ujian kesabaran bermula. Suami yang sabar akan menjaga sebaik mungkin. Yang agak goyah imannya, ada pelbagai karektor. Ada yang sabar dan ada yang emo. Sebab isteri dah tidak romantik macam dulu lagi. 

Kadangkala asyik melayan emosi, kuat merajuk, teringin nak makan macam-macam. Selera pun lain macam. Belum lagi ditambah dengan rasa pening dan loya, sampai ada yang nak buka mata pun tak berdaya. Ini realiti, bukan hayalan. Bagi yang tidak mengalami alahan, berbahagialah...syukur banyak-banyak. Anda seorangvyang terpilih. Tetapi kena ingat juga, setiap kandungan tak sama, lain-lain rasa, berlainan pula kerenahnya. 

Tiba masa nak melahir pula, yang ni kena buat pilihan bijak. Ada isteri yang nak nampak mewah, tunjuk dalam fb/ig bersalin kat hospital swasta yang mewah. Ha..yang ni kena jaga-jaga sikit. Lihat dulu sumber kewangan. Kalau rasa-rasa stabil silakan. Atau kalau mak ayah jenis orang berduit yang boleh ‘support’, sudah bagus. Bantuan ketiga ada. 

Tapi dalam pada tu kena beringat juga, tidak semua kelahiran tu normal. Sejak akhir-akhir ni, banyak kita dengar kelahiran melalui pembedahan. Ada macam-macam komplikasi semasa nak melahirkan. Semasa lihat harga atau senarai harga perkhidmatan bersalin tu, selain lihat bil untuk bersalin secara normal, lihat juga jumlah bayaran bersalin secara pembedahan dan sediakan jumlah tersebut. Sebagai langkah berjaga-jaga. Biar lebih jangan kurang.

Tetapi sekiranya ada rasa sedar diri dan kurang berkemampuan, daftar sahaja di hospital awam yang berhampiran. Abaikan kata-kata yang memburukkan hospital awam. Sekarang ni, hospital awam serba serbi lengkap dari segi doktor pakar, kakitangan, bangunan selamat, peralatan lengkap dan macam-macam kemudahan ada. Jika berlaku kecemasan di hospital swasta yang tidak dapat diselenggarakan, kita akan di rujuk ke hospital awam juga. Cuma kurang popular aje la kan. Tak de nama nak dibanggakan. 

Itu semua tolak tepi, yang penting mampu bayar. Selepas bersalin tu, keperluan bayi pun boleh tahan banyak. Kalau sebelum ni tak perlu beli pampers, sekarang pampers dah wajib beli. Banyak lagi perbelanjaan lain yang berganda bertambah. Ada yang malas nak bagi susu ibu, nak bagi susu formula, siap sedia aje la. Harga bukan murah. 

Hidup berumahtangga bukan seindah yang disangka kalau tidak betul-betul bersedia. Jangan sibuk nak bandingkan diri kita dengan orang lain. Buat ikut kemampuan. Belanja ikut mampu. 

Friday 3 August 2018

Sambungan Kisah Diet

Sudah lama tak update blog. Sambungan mengenai penurunan berat badan dengan cara sebelum ini. Memang tak dinafikan diet yang ketat sebelum ini berjaya menurunkan berat badan dengan mudah. Cuma perlukan kesabaran. Bukan semua orang mampu melakukannya. Sebenarnya cara itu yangpaling mudah turun. 

Kesan daripadanya baju banyak yang telah dikecilkan. Pakai apa pun mudah. Dan yang paling penting semasa berkonvo yang lepas, rasa sangat konfiden atas pentas dengan saiz jubah M ye. Sebelum ni kalau konvo, pandang saya je, petugas akan bagi saix XL. Tak pelik pun, sebab apa-apa pun memang akan cari saiz besar. Kali ni berbeza, siap pergi cuba berkali-kali saiz M jubah tu, boleh butangkan, dan masih longgar. Alhamdulillah...seronok sangat. 

Gambar konvo pun cantik, bahagia sangat rasanya. Menjelang hari konvo tu saya dah tamat ambil ubat dari doktor. Genap 3 bulan. Saya tak mahu sambung lagi walau dah berhenti lama. Sekarang cuma maintain sahaja sambil menjaga makan.

Apa yang saya lakukan kini, join aktiviti pula bersama kumpulan JK1M anjuran Kevin Zahri. Cari kawasan terdekat. Ikut program yang telah diatur. Bagus sebenarnya program seperti itu, banyak manfaat. Bila badan dah mula ringan, tak rasa malu nak join program. Ada ramai lagi yang lebih besar dari kita.

Dalam program juga ada diajar cara pengambilan makanan dengan cara yang betul. Pengiraan kalori, BMI dll. Cara senaman yang akan membantu penurunan berat badan sepanjang proses berdiet. Ilmu yg sangat baik dan berfaedah seumur hidup.

Selesai program dalam 3 bulan, saya daftar diri dengan Gym pula dikawasan yang berhampiran. Maknanya sentiasa ada usaha yang berterusan untuk kekal sihat dan cergas. Ilmu dari program JK1M (Jom Kurus 1 Malaysia) tersebut banyak membantu ketika senaman di gym. 

Kemudian saya nampak ramai juga dari kalangan pengusaha gym atau trainer penurunan berat badan buat program “online coaching”. Atau program secara berkumpulan secara persendirian. Group berkumpulan hanya dalam 4 orang, 6 atau 8 orang. Kumpulan yang kecil memudahkan coach untuk pantau.  Teknik senaman dan panduan makan lebih kurang sama dengan JK1M. 

Sebenarnya untuk kurus, perkara paling penting jaga makan, kawal makan dan cara makan yang betul. 70-80% jaga makan. Selebihnya adalah senaman untuk membantu mempercepatkan penurunan berat badan. 

Bijak membeli menang memakai, bijak membuat pilihan kita akan dapat hasilnya. Yang penting usaha berterusan dan istiqamah insyaAllah akan membuahkan hasil. Selamat mencuba. 

Saturday 13 January 2018

Perlukah pakai banyak barang kemas emas? Bezakan antara keperluan atau kehendak



Sesekali kalau ikut nafsu memang semua nak beli. Orang perempuan ni nafsu membeli memang banyak. Kalau boleh semua nak beli. Semua nak ada. Pantang orang lain lebih sikit mula rasa irihati. Teringin macam-macam. Nak kata mengidam ada musimnya. Ni mengidam sepanjang hayat. Maaf ye...realiti.


Emas memang elok beli untuk pelaburan. Lebih baik beli emas daripada perhiasan palsu yang tiada nilai jual semula. 


Tapi perlukah tukar perhiasan emas selalu semata-mata nak menunjuk atau bersaing?


Itu hanya membebankan diri sendiri. Kena pandai membezakan antara kehendak dan kemahuan. Kehendak bermaksud membeli yang lain sedangkan dah sedia ada. 


Keperluan membeli mengikut keperluan semasa tanpa perlu membazir. Tidak perlu memakai gelang atau rantai emas yang besar-besar. Itu akan mengundang musibah. 


Banyak mata memerhati, penyamun dan perompak sangat tajam matanya. Cukup sekadar ada, tidak perlu berlebihan. Buang perangai suka menunjuk-nunjuk pada rakan-rakan, jiran, saudara mara dan sesiapa sahaja. Bersederhana itu jauh lebih baik.


Zaman ini adalah zaman serba serbi duit. Belajar bijak berbelanja. Belajar berdikari dan buat sendiri. Belajar mencari pendapatan tambahan dirumah. 


Terpengaruh dengan iklan di lama FB dan instagram? Caranya senang je, lihat dan jamu nafsu mata kita. Kemudian tanya dalam diri keperluan atau kehendak?

Kita akan tenang dan selamat. 


Berbelanja ikut kemampuan. Jika mampu ada banyak duit, ada pendapatan sendiri, ada bisnes sendiri, suami begaji besar, ada banyak wang simpanan, gunakan sebaiknya. Belanja ikut ilmu dan akal bukan ikut nafsu.


Nafsu sentiasa mendorong wanita untuk menjadi tamak. Sentiasa ingin membeli. 


Sehingga ada yang tersilap perhitungan membeli jenama bukan membeli produk. Jenama mahal harganya sedangkan kualitinya sama dengan yg tidak terkenal dengan jenama mahal di pasaran. Bijak membeli menang memakai.


Betapa ramai wanita yang tertipu dengan nafsu dan kehendak sendiri. Ada yang bergaduh suami isteri kerana mengikut kehendak isteri. Rumahtangga berantakan lantaran perbelajaan harian tidak diurus dengan betul. 

Kemas rumah supaya nampak mewah


Ramai yang jeles bila nampak gaya hiasan rumah orang lain yg nampak mewah dan cantik. Kita rasa sebab dia banyak duit, maka dia mampu dapat semua tu. 


Sebenarnya kita kena bijak. Walaupun kita cuma tinggal di rumah pangsa, apartment, kondo. Rumah teres setingkat atau dua tingkat, semua boleh nampak mewah. 


Semua bergantung pada kreativiti kita sendiri. Selalu lihat majalah atau google hiasan dalaman. Teknik hiasan rumah luar dan dalam negara, dari situ kita akan dapat banyak idea.


Belajar mengubah bunga sendiri. Belajar jahit langsir sendiri. Tak perlu guna bahan yg mahal tapi ikut trend terkini. Elakkan menggunakan warna yg terang. Sebab warna yg terang akan menampakkan ruangan nampak murah. Gunakan warna pastel dan lembut untuk ruang tamu. 


Gubahan bunga pula, elakkan warna yang terang. Cari warna lembut sbb nampak mahal. Tak perlu cari yang mahal kalau tak mampu. 


Beli ikut kemampuan sendiri. Rajin-rajinlah melihat cara gubahan bunga di Youtube. Ada banyak cara. Manfaatkan kebaikan internet sepenuhnya. 


Pastikan setiap gubahan bunga tidak lebih dari 3 warna. Jika lebih akan nampak serabut. Belajar melihat hiasan rumah yang moden dan nampak ekslusif. 


Perhatikan warna langsir, perabut dan warna jambangan bunga mereka. Jarang sekali menggunakan warna yg terang. Sebab warna yg terang, hiasan bunga tersebut nampak murah.


Bilik air, sekiranya ruangan mandi dan tandas terpisah, jadikan ruangan tandas tersebut jenis kering. Tidak basahkan lantai. Untuk ambil wuduk atau mandi di bilik air yg khas untuk mandi. Disitu kita boleh hias dengan pelbagai hiasan yag comel sedap mata memandang.


Tetapi sekiranya bilik air tetamu dua dalam satu, kenalah rajin bersihkan. Pastikan sentiasa wangi. Guna pewangi rumah atau lilin wangi atau bakar haruman atau pati serai wangi dll. 


Hias secantiknya, tapi jangan sampai serabut. Jangan pilih warna terang, cari warna yg lembut sedap mata memandang. Akan nampak mewah. 


Pewangi dalam rumah sangat penting. Sentiasa bakar lilin wangi atau pasang apa juga alaran yang boleh mewangikan rumah. Anda akan rasa rumah bagai syurga. Rajin sapu dan lap lantai atau meja. Tukar alas meja sekiranya nampak kotor. 


Dapur pula jangan diabaikan. Cuba hias sebaiknya. Juga cari warna yg lembut agar nampak mahal dan bersih. Jangan tiru hiasan yang konon nya ala-ala english tapi serabut. Cuba bayangkan nak mengemas hiasan kecil2 didapur. 


Jika selalu ke negara eropah, dapur mereka sentiasa bersih dan kemas. Tak ada pun hiasan kecik-kecik yang menyemakkan kepala. 


Bahagian dapur adalah bahagian yang paling penting. Kalau boleh pastikan semua botol-botol kecil tersimpan dalam laci. Cipta suasana kemas dan bersih. Barulah akan jadi rumah ku syurga ku.