Thursday 12 May 2016

MASALAH

Apabila ada masalah, jangan terlalu memikir masalah tersebut kerana ia hanya akan menambahkan masalah. Cari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut,

Masalah apabila dilihat sebagai masalah ia akan jadi masalah besar. Setiap masalah ada jalan keluar. Lebih baik memikir jalan keluar daripada terus terperangkap dalam kekusutan masalah., 

Jangan suka bertanya masalah orang lain kerana ia hanya akan membebankan diri sendiri dengan memikirkan masalahnya. Berusaha mengelakkan diri dari terjebak dalam masalah individu lain.

Apabila kerap bertanya masalah orang lain bermakna kita telah bersiap sedia untuk memikul dan menyelesaikan masalahnya. Jangan terlalu berani untuk mengambil risiko kerana dengan mengambil tahu masalahnya bermakna akan bertanggungjawab menyelesaikannya dan sudah bersiap sedia untuk memikul amanah tersebut. Jangan cuba cari penyakit dengan mellibatkan diri dalam masalah orang lain,

Friday 6 May 2016

Usah disesal yang telah berlaku

https://youtu.be/DorYgGIU9BE

Sunday 24 January 2016

Rahsia kulit cantik, halus dan bersih

Ramai yang impikan kulit yang cantik halus dan mulus. Pelbagai produk pemakanan untuk kulit putih ditelan tanpa memikir risiko kesan jangka panjang.

Jangan pening-pening, tak perlu susah hati. Setiap pagi bersihkan muka dgn pencuci yg sesuai untuk muka. Jangan lupa gunakan span muka untuk hasil yang cantik. Sapukan penyegar atau toner sebelum letak apa-apa cream.

Sapu aloe vera gel yang tidak berminyak. Boleh beli di farmasi. Kemudian pakailah pelembab atau foundation pilihan anda.

Malam bersihkan semua make-up. Lakukan scrub muka yg boleh digunakan hari-hari. Neutrogena facial scrub pun sangat lembut dan hasilnya bersih sekali. Boleh digunakan setiap hari. Tak perlu berbelanja dengan produk yang mahal-mahal kalau budget ciput.

Kemudian pakai masker. Sebaiknya untuk jimat guna masker dari dalam tiub. Kumpullah seberapa banyak masker. Saya guna produk Freeman beli di farmasi guardian. Harga tak sampai RM20 pun. Tiap-tiap hari guna masker yang berlainan. 

Hasilnya kalau dulu kulit agak kasar dan liang roma terbuka, kini tidak lagi. Kulit jadi halus dan bersih, liang roma rapat dan kulit makin cerah. Bila pakai bedak smooth aje.