Dubai sebuah negara yang kaya dengan hasil minyak. Rakyatnya cuma sejuta lebih, manakala pekerja asing juga berjumlah sejuta lebih. Sebuah negara arab yang sedang menerima gelombang globalisasi penuh dengan bangunan moden dan bangunan yang tinggi-tinggi.
Bahasa Inggeris adalah bahasa perhubungan di Dubai, ini adalah kerana semua pekerja dipremis-premis perniagaan kebanyakan dan sebahagian besar dari negara Filipina. Selain warga Bangladesh dan Pakistan juga sangat ramai yang mencari makan di sini.
Warga Malaysia juga agak ramai, tetapi kebanyakan mereka bekerja di syarikat minyak dan majoriti adalah golongan profesional seperti jurutera. Berada di negara ini sesekali terkeliru, samada berada di negara Arab atau Amerika, dipenuhi oleh bangunan yang tinggi, moden, cantik dan unik. Mari lihat apa yang ada di sini serba sedikit sekadar panduan dan ilmu...
Sambil ada sedikit tugasan ilmiah yang perlu diselesaikan disana, kesempatan diambil untuk melihat kawasan sekitar Dubai.
Pemandangan dari dalam Keretapi Metro Dubai, Marina Dubai. Perjalanan mengelilingi Dubai boleh dibuat dengan hanya menaiki Metro sebuah sistem keretapi laju seperti MRT di singapura.
Bangunan yang tinggi dan moden dapat dilihat disepanjang perjalanan. Sesekali terasa berada di New York pun ada. Sistem pengangkutan dan perhubungan jalanraya yang sangat baik dan moden. Perjalanan kenderaan teratur dan kelihatan deretan kereta mewah dijalanan begitu banyak sekali.
Menunggu ketibaan sistem keretapi Metro di salah satu perhentian. Sistem sangat teratur dan berteknologi tinggi.
Bulan Ramadhan di Dubai. Semua kedai makan tutup disiang hari walaupun dalam shopping kompleks bertaraf antarabangsa.
Salah satu hand bag yang dibeli di sana. Boleh dikatakan kebanyakan beg tangan dari Dubai sangat cantik dan moden design dan rekabentuknya. Ini salah satu contoh yang dibeli. Tidak perlu tunjuk banyak2, sebab memang sangat rambang mata. Beg ini harga cuma RM50.. Cantik kan!
Sign board menuju Burj Khalifa, menara tertinggi di dunia mengalahkan twin tower Malaysia dan Dubai Mall. Dubai Mall adalah Mall terbesar di Dubai.
Pemandangan dalam Dubai Mall. Luas dan sungguh luas, pemandangan didalamnya sungguh cantik dan berbagai barangan mewah dan sederhana dipemir dan dijual di sini. Tapi harga agak mahal. Untuk membeli belah lebih baik pergi ke pasar yang berhampiran yang banyak menjual Abaya dan keperluaan wanita dengan harga yang boleh ditawar.
Sistem perhubungan dari stesyen Metro ke Dubai Mall dan Burj Khalifa. Bagi yang penat berjalan, tidak perlu melangkah, hanya berdiri dan diam, tetap sampai ke hujung. Agak jauh perjalanan dari stesen Metro ke Dubai Mall.
Pemandangan Burj Khalifa dari luar...
Akuarium terbesar dalam Dubai Shopping Mall, pameran terbesar dan percuma. Sangat cantik dan menarik.
Kedai menjual sweets dan coklat yang besar sangat menggugat kesabaran kanak-kanak apabila melaluinya. Pelbagai jenis manisan, gula-gula dan coklat terdapat disini. Hiasannya sangat menarik perhatian sesiapa juga yang melintas kawasan ini. Terletak berhadapan dengan akuarium terbesar di Dubai Mall.
Dewan makan di hotel penginapan. Semua pekerja hotel terdiri dari kalangan pekerja asing dari Pakistan, Bangladesh, Filipina dan kawasan persekitaran yang berhampiran.
Pemandangan dari bilik hotel. Deretan kedai makan kelihatan dan kereta dalam keadaan bersistem. Berbeza jika berada di negara Arab Saudi atau negara arab lain. Keadaan kenderaan disini bersih dan kemas, sentiasa dalam keadaan terjaga dan moden.
No comments:
Post a Comment