Thursday 7 March 2013

Risau dengan peristiwa di Lahad Datu

Sejak terjadinya peristiwa di Lahad Datu ni, hati jadi tidak tenang. Sentiasa menanti berita terkini, risau dan resah.  Walau tiada saudara mara dan sahabat handai di sana, tapi apabila memikirkan nasib rakyat Malaysia, mereka itulah saudara mara kita.  Siapa sahaja yang bernaung di bumi Malaysia ini adalah rakan taulan kita, tidak kira apa bangsa, agama dan kepercayaan mereka.

Membayangkan andai peperangan berterusan, susah kita jadinya.  Mula terbayang bagaimana pelarian Palestin yang tinggal di dalam khemah, dimana tandas, mandi, memasak dan lain- lain keperluan asas yang serba kekurangan.  Hari ini kita melihat mereka di kaca tv, mungkin esok lusa mereka pula melihat penderitaan kita di kaca tv.  

Dunia ini ibarat roda, sentiasa berpusing mengikut kelajuan pemilik kenderaan tersebut.  Terserahlah pada pamiliknya mahu mengemudikan bagaimana cara pun, laju, perlahan, undur ke belakang, ke hadapan, bukan urusan kita, tapi itu urusan pemilik kenderaan.

Begitu juga kita, hidup di dunia ini tertakluk pada pemilik alam ini. dia yang mengatur kehidupan kita.  Dia juga yang memberikan pengajaran, dugaan, kegembiraan, musibah, derita, bahagia dan sebagainya.  

Berapay ramai diantara kita yang bersyukur dan menyedari akan nikmat keamanan ini?  Sedih dan ironi nya, ramai yang menjadi gila kuasa, gila merebut gelaran dan jawatan, bermusuhan sesama sendiri, bercakaran sesama bangsa dan agama sendiri semata- mata mahu merebut gelaran, nama dan pangkat.  Mengenepikan hubungan silaturrahim, saling ejek mengejek antara satu sama lain, bermusuhan antara satu sama lain.

Jawatan dan pangkat jadi buruan, tatasusila ditolak tepi. Perpaduan dipandang jijik, apa yang penting, kuasa dan harta.  Bagi yang tergila- gila mengejar kedudukan, bermakna sedang mencanang untuk merebut gelaran hebat dan gah, berhati- hatilah dengan manusia seperti ini. 

 Andai dia berkuasa, kita akan diinjak sesuka hati, kerana yang penting baginya adalah kuasa.  Kuasa Allah, tolak tepi, yang penting dia berjaya menguasai manusia lain agar mengikut kehendaknya.  Persaan saling hormat menghormati langsung telah hilang dari diri....bahaya insan ini.
Jangan sibuk melobi diri untuk menjadi ketua atau pemimpin.

Monday 4 March 2013

Yakult bagus untuk lawas

Sebelum ni aku memang susah nak membuang. Kadangkala sampai 3 hari pun masih steady. Tapi masalah nya, aku selalu kena migrain and badan banyak angin.  Mudah naik dan susah turun berat badan. Kalau nak membuang, kena makan apa2 produk yg boleh melawaskan esoknya

Biasalah produk serbuk2 tu kan, harga sedia maklum puluhan ringgit hatta mencecah ratusan ringgit, memanglah lawas, tapi effect lain, bdn jadi letih semacam, and selalu lemah and sakit2. Mungkin kesan dari bahan pengawet dlm serbuk2 tu.

Akhirnya, setelah membaca dan mengkaji, akhirnya jumpa...rupa2 nya minum sebool YAKULT pun dah boleh lawas esoknya.  Apalagi kalau minum 2 botol...steady beb...lawas and selamat, x sakit memulas pun!

Nak sedap lagi, kalau minum yogurt drinks ( Nestle Bliss) pun best jugak, lawas! 
Minumlah apa2 perasa, beli je sebotol, sebotol tu boleh minum tiga mlm, jimat giler! Baru berapa henggit je sebotol, jimat wang aku!!  Sebelum ni tertipu dgn iklan serbuk pelawas....rupanya benda murah je and senang dapat di mana2 supermarket or fridge di kedai2 runcit.