Tuesday 30 October 2012

Produk slimming dan pemutih yg menipu

Terus terang aku dah tak percaya lagi dgn serbuk produk slimming yg berlambak di pasaran sekarang ni. Semua tu hanya nak mengaut keuntungan sahaja tanpa memikirkan kesihatan dan kesan jangka panjang terhadap pengguna.

Natural is better. Mengikut pengalaman aku, aku pernah makan berbagai2 kotak slimming dan kolagen, semua tu hanya indah khabar dari rupa. Dah lah harganya mahal, belum tentu lagi hasilnya benar seperti diharapkan.

Kalau semua nak tahu, harga sekotak produk serbuk yg keluar dari kilang tu sebenarnya murah je. Kadangkala cuma sekitar RM 20- RM30 sahaja modalnya. Tapi dijual dgn harga beratus. Kadangkala keuntungannya shj sehingga seratus ringgit dari harga asal. Semua itu penipuan shj.

Jika benar produk tu berkesan, sebaik kurus org dah x beli lagi kan?

So....dia akan cipta produk yg agak lambat proses penurunan berat badannya, agar pengguna terus beli dan beli lagi. Siapa yg untung? Silap ari bulan dia yg keluarkan produk tu pun x minum serbuk slimming tu. dia lebih rela berlapar makan buah- buahan segar daripada minum produknya sendiri. 

Sebab apa? 
Sebab dia tahu produknya ada bahan campuran bahan pengawet....tidak mustahil juga ada sekali campuran serbuk penguat tenaga seks. Kita tak nampak kan? Semua dalam bentuk serbuk, telan aja la......tengok testimoni, wow! Kembali dara, nafsu meningkat, suami tak mahu berenggang...bla,bla,bla....alahai...cuba tak minum serbuk tu, apa jadi?


ADAKAH PENGELUAR PRODUK KESIHATAN TERSEBUT BENAR2 BERILMU?

Kadangkala produk tu pula cuma rebranding atau tukar bungkusan shj dari jenama lain. Tukar jenama dan syarikat sahaja. Bukan hasil kajiannya pun! 

Dia bukanlah pandai sangat bab pemakanan pun.  Kalau tengok kelulusan pun, kadangkala belajar pun tak setinggi mana, SPM pun fail...tapi bercakap tentang produk dan kesihatan berdegar2 mengalahkan doktor pakar!

Nak cepat kaya punya pasal, buat iklan menipu, testimoni yg entah ya entah tidak....dunia akhir zaman. Tau2 kantoi tertangkap dek KKM sbb dalam produk slimming ada kandungan racun berjadual yg berbahaya ia itu sibutramine

Mulalah nak salahkan org sana sini...baru pecah tembelang rupanya produk cuma tukar jenama dari produk lain, nak salahkan sape tu...sape2 yang dah termakan tu...eemmm...terjegil je la biji mata je la yo...apo nak buek kan...udah ditelan....kira halalan toyyibah je la...nasib...nasib...mujur masih idup lagi! Hih..hih..


APA ITU SIBUTRAMINE DAN MENGAPA IA MERBAHAYA?

Sibutramine digunakan dalam kombinasi dengan penurunan kalori diet dan latihan khusus membantu orang-orang yang mempunyai berat badan berlebihan dalam menurunkan berat badan dan untuk mengekalkan penurunan berat badan.

Ia berada dalam kelas ubat yang disebut sebagai perencat nafsu makan dan bertindak di otak dengan merencat pusat  yang mengendalikan nafsu makan.

Sibutramine dikawal di bawah Akta Racun 1952, dan temasuk dalam ‘Group B Poison List’


APA KESAN PENGAMBILAN SIBUTRAMINE?

Pengambilannya tanpa perskripsi doktor boleh mendatangkan kesan sampingan, antaranya:

Pening kepala - perubahan selera makan -sembelit -pedih ulu hati-mulut menjadi kering - sakit di bahagian belakang - badan menjadi lemah - gemuruh - kesusahan untuk tidur - selsema - simptom mirip selsema (flu-like symptoms) - kepanasan - kesakitan semasa datang bulan.

Ada juga kesan sampingan lebih serius, dan symptom itu antaranya:

Denyutan jantung laju - sakit dada - sesak nafas - mual - sakit perut - muntah- keseronokan melampau (extreme excitement) - resah- gelisah- murung - pening - kepala menjadi ringan - pitam - keliru- pergerakan luar kawalan - kekejangan otot - tangan menggeletar - sawan- menggigil - peluh berlebihan - demam - sakit tekak - anak mata menjadi besar- ruam - gatal.

ANTARA MASALAH LAIN

Masalah bercakap,bernafas dan susah menelan 

Bengkak di muka, tekak, lidah, bibir, mata, tangan, kaki dan buku lalu

Unusual bleeding or bruising’

Sumber: medline plus 


Bila duit dah banyak, tidak terfikir nak belajar tambah ilmu, tetapi bergaya dengan rumah mewah, kereta mewah tunjuk sana sini. Semua majalah dia masuk.....kemewahan telah melalaikannya..

Yang paling kasihan, ada juga yang sanggup bayar untuk mendapatkan gelaran doktor, doktor pakar pemakanan la kiranya. Phd bagai...Bila tengok senarai universiti, jelas salah satu universiti tersebut tiada dalam perkhidmatan dan disenaraikan salah satu pengeluar sijil2 palsu yang pernah diserbu dan diambil tindakan tidak berapa lama dulu.


IMEJ PENGELUAR PRODUK PEMAKANAN KESIHATAN DI MALAYSIA

 Pakaian mesti pelik2, lip lap sana sini, barang kemas jgn cerita, satu cincin je dah tutup 4 jari yg lain. Rantai leher dan macam rantai basikal, kadangkala seperti hiasan lampu pokok krismas pun ada. Adakah itu lambang pakaian dan aksesori seorang pakar pemakanan yang profesional? Berlebih-lebihan dalam berpakaian dan berhias? Itukah idola kita? 

Dan yang paling kesian sekali, masing2 sanggup bayar berpuluh ribu semata2 nak dapatkan gelaran Dato' dan sebagainya. Itu yang dimegah2kannya...lebih baik dapatkan ilmu yang terkurang selama ni, dapatkan ijazah, Master atau Phd, barulah nampak gah dan profesional, jutawan Islam yang berilmu. Bukan yang kaya tapi kurang ilmu, memperagakan kemewahan, tapi dalam masa yang sama menonjolkan kecetekan ilmu. 

Cuba lihat jutawan yang benar2 berilmu, lihat cara mereka berpakaian dan mengenakan aksesori, bersederhana bukan? Kerana mrk ada ilmu mengawal penampilan peribadi agar tidak berhias berlebih- lebihan.

Jika dari pandangan Islam pun, jatuh haram hukumnya berdandan dan berhias berlebih-lebihan lip lap sana sini. Bukan saja boleh mendatangkan fitnah, tetapi akan menjadi buah mulut org yang melihat. Berhias bukan kerana suami, tetapi krn orang lain, mengharapkan pujian lelaki lain...musibah sentiasa menanti...aurat pula tidak ditutup dengan sempurna. Jika ada musibah yg menimpa, jgn salahkan org lain, tetapi salahkan lah diri sendiri.

Satu lagi yang sering diperhatikan, kebanyakan pengeluar makanan kesihatan yang berkobar2 bercerita kebaikan produk mereka yg akan jadi anggun la, menggoda dan menawan suami la,suami x cari lain la, bergetah dan gebu la, pinggang ramping bak kerengge  la bagai tu...tup...tup...tup...

Rupa2nya dia ibu tunggal, telah  bercerai dan diceraikan oleh suami, ditinggalkan suami, suami ada affair perempuan lain la dan bla..bla..bla...dan tak kurang juga belum ada jodoh sedangkan usia dah meningkat jauh....laa haaaiiii....apa suami sebelum ni tak tergoda dengan kegebuan dan kemontokan dan kemontelan tu ke? Tak de lelaki yang terpikat ke? Cer citer...cer citer...mengapa dan kenapa?

Satu yang dia lupa, suami bukan nak yang itu, suami cuma nakkan layanan dari isterinya.  Kadangkala suami tak kisah sangat pun penampilan luaran tu, pinggang bak kerengga tu x penting sgt pun, janji menyenangkan hati suami apabila memandangnya. Brp ramai artis jelita berbadan langsing seksi menggoda diceraikan suami? Cer fikir...cer fikir...

Jika hatinya ikhlas dan jujur terhadap suami, menjaga makan pakai suami sebaiknya, menjaga mata dan telinga suami sebaiknya, itu lah perkara yang paling penting. Lip lap lip lap dan calitan make-up warna warni tu cuma palsu dan hiasan luaran yg sementara. Sifat tersebut seolah2 cuba menggoda pandangan suami2 org lain atau lelaki lain pula, dimanakah keberkatannya?
 
Nak suami sayang mudah je, jaga aurat, jaga tingkah laku, jangan bentak2 suami, manja2 dengan suami je, rajin baca Quran, rajin doakan suami dan hidangkan makanan untuk suami, sah, suami tak cari lain. 
Sambil tu sentiasa berusaha menambah ilmu yg bermanfaat utk diri dan keluarga, sbb ilmu itulah yang mengawal segala tindak tanduk dan tingkah laku kita daripada tersasar. Bukan pangkat dan wang ringgit...itu pun perlu juga, tapi jgn biarkan ia mengawal kita, biar kita yang mengawalnya. Biar kita tundukkan nafsu, bukan tunduk pada nafsu.


SERBUK PEMUTIH....MASING-MASING NAK PUTIH...TERPEDAYA LAGI....

Satu lagi sekarang ni sibuk dengan serbuk nak putih, masing2 minum, berlumba2 nak jadi putih.  Dah putih pamer pulak dlm facebook, lupa yg diri tu isteri orang, ada juga isteri ustaz , tak kurang juga isteri pejuang agama la konon, bertopengkan gelaran hebat2. 

Posing sana sini untuk melariskan produk, mata yang memerhati juga terasa pelik. pujian yang diberi juga bukannya ikhlas, semata2 nak mengambil hati, maklum isteri dato', ada gelaran datin bagai....tak kurang juga berposing ala2 orang sedang kehausan, kegersangan, jelir2 lidah berbagai..mengapalah sampai jadi begitu sekali...kasihan sungguh....

Jadinya, ampu je la...puji je la...walaupun sebenarnya idok le cantik mana pun...jual produk pulak, mak aiii...mahal terlampau!!  Alasan nak bagi anak yatim, tapi tengok dia yang melaram dgn kereta mewah ke sana sini.

Saya cabar, cuba berhenti minum serbuk pemutih tu, apa jadi? Tak ke muka kembali coklat seperti azali semasa lahir dulu ke dunia dulu? Muka kekampungan sebenar akan terserlah kembali, tak percaya cubalah....see the result!

Jangan mudah terpedaya, iklan tu semata2 nak lariskan produk shj, kita pengguna yg jadi mangsa. Kena bijak memilih dan bijak membuat pilihan. Silap haribulan kita adalah sebahagian drp penderita buah pinggang dan pelanggan mesin hemodialisis, buah pinggang tidak dapat berfungsi dgn baik lantaran terlalu banyak mengambil produk hasil gabungan kimia dan pengawet tiruan.


PEMAKANAN SIHAT YANG SEBENAR....SEGAR DAN BEKHASIAT, ELAKKAN BAHAN PENGAWET 

Pengambilan berlebihan produk yang mengandungi bahan pengawet akan melemahkan sistem dalam tubuh dan badan berfungsi dalam keadaan yang tidak normal berikutan berlebihan kandungan pengawet. Sudah banyak kali pakar pemakanan menasihati kita agar menjauhi makanan segera yang diproses dan yang mengandungi bahan pengawet. Tetapi itulah yang kita kejar2 dizaman moden ini.

Kita disarankan mengambil buah-buahan segar, sayuran dan minuman natural tanpa sebarang bahan pengawet. Minum air kosong dicampur dengan perahan limau nipis, kasturi atau lemon jauh lebih baik dari meminum minuman yang kita sendiri tidak tahu apa isi kandungannya.

Jika pengeluar tersebut benar2 mementingkan kesihatan seperti yang sering diulang2 nya makanan kesihatan, mengapa dia tidak sarankan kita memakan buah2an dan sayuran segar? Mengapa dia tidak menggalakkan kita buat jus buah2 buahan sendiri, bukan kah itu lebih baik lagi jika dia benar2 pakar dalam pemakanan dan produk kesihatan? 

Apa yang diajar cumalah telan serbuk berperisa buah-buahan....minum....ulang minum berkotak2 dan tawarkan harga murah bagi kotak yang ketiga dan dan ada pula buy 2 get 1 free dan sebagai nya. 

JANGAN TERTIPU DENGAN KEINDAHAN BUNGKUSAN PRODUK KESIHATAN

Jika dilihat gambar pada bungkusan kotak luar sangat cantik dengan gambar buah-buahan segar, buka dalam sachet cuma serbuk yang dikatakan adalah extract buah-buahan. Ye la tu....berapa kali kita membenarkan diri kita diperdaya. Mata sendiri telah menyaksikan yang kita minum cuma serbuk atau bahan perasa buah-buahan, bukan jus buah-buahan segar.

Berfikir lah sejenak....manusia perlukan makanan segar, sihat dan natural untuk menyihatkan tubuh badan, tiada sebarang jaminan bahawa serbuk berperisa buah-buahan adalah makanan terbaik bagi manusia.

Beza sebelum minum cellfood dan selepasnya

Setelah aku meninggalkan minum cellfood dulu, badan makin lemah, lembik, mudah letih, x inovatif dan sentiasa malas untuk bergerak cergas.  Badan naik mendadak sehingga 20 kg. penat jgn cerita, x pernah berat badan aku naik sehingga 95 kg. sesak nafas rasanya apabila badan naik mendadak gini. Semua cincin aku ketat. Baju apatah lagi, cuma tinggal satu dua yg masih muat berbanding tiga almari penuh.

Bila duduk susah nak bangun. Bila baring lagi susah nak bangun. Bangun tidur rasa berat. Jari makin kembang dan macam penuh berisi air. Ketat rasanya. Genggam jari, semua sendi sakit2. Pendekkata memang sesak dan rimas bila gemuk begini.

Tapi selepas aku minum cellfood ni, rasa jari makin kecut. Kandungan air dlm badan makin kurang agaknya. Sebelum ni aku ambik RZ slimming 5+1, tapi dia cuma berkesan if puasa. Kalau x puasa, macam x turun2 la pulak. Pas tu bila minum tiap hari jadi muak. Macam seolah aku masukkan racun dlm badan. Habis semua bdn aku sakit2 . Aku pun stop. Minum jamu pun aku dah stop. Makin lama minum jamu dan serbuk2 tu, badan aku macam makin bertoksid. Badan rasa berat seberat2 nya.

Now, minum cellfood campur air kosong je segelas. Senang dan ringan. X de apa2 serbuk. Tapi badan ringan. Waktu pagi aku ambik 5 biji spirulina. Rasa happy and sihat walau baru satu hari. Anything perkembangan saya akan up date lagi from time to time.

CELLFOOD

Sejak akhir2 ni, badan aku selalu sakit2. Mungkin perubahan umur agaknya. Dah macam2 supplement yg hangat di pasaran telah aku cuba. Namun satu pun tidak berkesan. Tetapi bila baca testimoni, kussss semangat! Menaikkan nafsu untuk membeli berkotak2.

Dulu satu ketika sekitar 5 tahun lepas aku sering mengamalkan cellfood. Sejenis minuman untuk memperbaiki sel dalam badan dan menghasilkan oksigen dibahagian badan yang kekurangan oksigen. Entah macamana aku teringatkan produk ni. Harga memang agak mahal, RM170.

Tapi kesannya memang significant and excellent. Minda juga cergas hasil dari tindakannya yang memberi nafas baru pada sel, menghilangkan rasa letih dan penat badan seharian. Setelah aku beli dari kak Rohaya dealer ATM cellfod ni, aku apalagi, terus masukkan dlm air mineral dan minum dalam kereta.

Tak lama lepas tu aku sendawa berkali2 dan makin lama aku rasa makin fresh. Setelah dua kali membuang air , aku segar semula seperti tidak pernah letih dan penat.

Kini aku nekad, dah tak mau lagi minum serbuk yg pelik2 tu. aku cuma amalkan cellfood waktu bangun tidur sebanyak 8 titis setiap kali. Sesiapa yg nak cuba, taip di google and lihatlah betapa amazingnya cellfood ini. Jgn lupa tengok you tube sekali yer....info ini sgt bagus utk yg selalu sakit2 badan macam aku ni.

Friday 28 September 2012

manusia memang suka rehat dan berehat

hari ni aku penat, rasa penat sangat setelah membungkus entah berapa ratus goodies untuk doorgift perkahwinan anak buah ku. bila penat, mesti nak rehat, solat pun mula lah ala kadar je.  doa pun pendek2 je.

tetiba aku tersedar sesuatu, manusia ni bila penat je mulalah nak rehat. manjakan sangat badan tu. aku terfikir pulak, Allah tu tidak pernah penat memberikan nikmatnya kepada kami manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan ini. semua makhluknya sentiasa cukup dan di cukupkan keperluannya.....

kalau aku pulak, kerja sikit dah penat, bila penat nak rehat, bila rehat nak tidur.....bangun tidur je lapar, kerja ala kadar lepas tu fikir bila lak nak rehat lagi.....aduh...lemahnya aku sebagai manusia...memang makhluk Allah ini adalah hamba yg lemah dan tidak memiliki kekuatan yg luar biasa.

Wednesday 5 September 2012

Minum madu + serbuk kayu manis

Dah aku baca banyak petua tentang kebaikan minum madu campur serbuk kayu manis ni, aku pun try la. Eh...mcm x percaya, lepas minum memang berkhasiat rupanya. Badan jadi cergas dan segar.

Kalau dulu aku ni suka melingkar waktu pagi, badan jadi mcm malas malasan gitu, tapi selepas minum tu, memang different la...berpeluh2.... Makin bersemangat nak exercise and buat kerja2 umah ni.

Satu lagi bila lapar lak, aku sediakan roti fiber gardenia tu. aku bancuh madu ngan serbuk kayu manis gak tau. Pas tu aku letak sikit peanut butter kat roti tu, baru aku letakkan madu + serbuk cinnamon tu, sedap gila beb....Maklum, hari kayu manis sedunia namanya...uoll nak tau, aku rasa kenyang la ....really kenyang, macam x kisah nak makan.

Satu lagi petua aku terbaca kat blog yatt, aku cuba gak. Katanya nak cantik langsing blend timun ngan carrot. Aku buat gak, dgn kulit2 timun tu aku blend, timun hijau jepun tu yer...uuurrgh, rasa cam jamu la pulak. Sedap tu tolak tepi, nak cantik nyer pasal.

Pagi tadi sebelum gi jogging aku sempat gak rebus jintan manis mcm kat blog yatt tu cerita. Aku. Aku minum + cuka anggur yg beli kat cosway tu. tau apa jadi? Badan aku rasa panas, merayap keseluruh badan...feel fresh.....aku suka! Suka! Suka!

Pas tu, lepas antar anak sekolah, aku terus singgah jogging sambil jalan2 manja kat tasik cempaka di Bangi tu, fuh...memang bersemangat giler la...bertenaga. Aku nampak ada banyak bukit2 kat taman tasik cempaka tu, aku malas nak jalan jauh2, aku cuma tawaf bukit jer, turun naik bukit.  Amazing, mcm exercise kat gym lak rasanya, stretching...jauh lebih best dari berjalan2 di tempat landai tu, peluh pun mencurah2 keluar....

Tuesday 4 September 2012

nak kurus/cantik kena rajin la...

KBadan yang sihat datangnya dari aktiviti yang sihat.

Banyak tidur?

Badan lemah lesu, jadi malas, rupa kusut masai, tidak berseri, badan melendut, kulit x berseri dan jadi malas malasan sama seperti ular sawa kenyang!

Suri rumah ni, kalau x de anak kecil, lebih baik jadi lebih aktif. Jgn malas2, jgn sayangkan tidur, semua tu parasit jadi malas. bila malas, x bermaya. Bila badan lemah x cantik, mula lah jeolous tengok org lain badan cantik.

cik kak oiii...org yang badan cantik tu sbb dia rajin...! itu kaedahnya...

Dia rajin bersenam, rajin bersauna, rajin scrubbing badan, rajin belek muka agar jangan ada jerawat dan jeragat or bintik2 hitam.

Pendek kata, nak cantik ni memang kena rajin!

Boleh ke nak kurus cuma makan ubat kurus je?

Boleh percaya ke pada makanan pelangsing kat iklan2 tu?

99% aku garenti memang x leh kurus, cantik dan langsing kalau kita malas.  Kalau kita makan ubat pelangsing, serbuk kurus , jamu kurus, tapi kalau hidup x aktif, jgn harap lemak nak hancur, jgn harap nak ada stamina.

Akhirnya kita jadi addicted and ketagih pada ubatan kurus tu sbb secara x langsung dlm bahan2 tu juga ada beberapa % dadah atau bahan kimia utk dijadikan bahan pengawit agar produk tahan lama.  kadangkala bila makan produk tu, badan jadi lesu lemah longlai kan? ha....toksid pun duduk dlm produk tu!

Makanya cik kiah oiii...kenalah exercise keluarkan peluh!

Peluh tu adalah bahan toksid dari dlm badan yang keluar hasil dari aktiviti riadah, kecergasan atau apa jua aktiviti yang sihat yang mengeluarkan peluh. sauna pun boleh...sebaiknya kena ada exercise la juga...baru badan slim, cantik sihat dan segar!!!

Barulah x jealous pada org yang badan langsing cantik dan menarik...!

Sunday 2 September 2012

isteri ustaz don

Selamat Pengantin Baru Ustaz Don! semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan terus berbahagia hingga ke Akhirat.
Satu perkara menarik hendak dikongsikan di sini, ialah pakaian dan busana perkahwinan isteri Ustaz don. Tidak berlebih-lebihan dan tidak merubah dirinya dari rupa paras yang asal. Dia tetap Husna yang pernah dilihat di Laman FB ustaz Don dan wajahnya tetap senyum dan bersih tanpa calitan make-up yang keterlaluan.

Dia juga tidak perlu meletakkan gambar before/after sebab itu adalah dia yg memang tidak perlu di solek keterlaluan sehingga merubah rupa paras sebenarnya.

Wahai setiap pasangan pengantin atau bakal pengantin, seri wajah kita yg sebenarnya adalah dari hati yg ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk kecantikan kita di khalayak ramai. wajah yang di salut solekan tebal itu adalah wajah palsu dan secara tidak langsung menutup keserian wajak yang sebenar.

Seri dari kesan air wuduk juga terlindung dari calitan make up tersebut, sehinggakan pengantin nampak sangat kaku dan palsu semata-mata.  sedangkan majlis tersebut adalah untuk mencari keredhaan Allah, mengapa kita masukkan unsur2 yg haram dalam majlis yg mulia itu?

ini satu contoh ikutan yg baik...syabas Ustaz don dan Husna.....satu tarbiah yg terbaik.

Kebersihan di musim raya

Bila tiba musim raya, bulan syawal diraikan sebulan. Masing2 dengan program open house. Satu perkara nak diingatkan, org kita ni kurang peka pada kebersihan. Baik dari segi penyediaan makanan hinggalah kepada kebersihan tandas atau bilik air.

Kita sepatutnya kena faham, bila ramai yg dtg kerana makan2, maka akan ramai juga yg akan membuang bahan2 yg x diperlukan oleh sang perut. Masalahnya, apabila masuk ke tempat2 pembuangan itu, MasyaAllah, nak buang pun boleh jadi x jadi nak buang. Dia pun merajuk sama.

Wahai kaum muslimin dan muslimat yg mengaku Islam dan memang beragama Islam. Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. X beriman seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri, keluarga, rumahtangga dan sekelilingnya.

Ibadah solat memerlukan bersuci, bermakna perlu bersih luaran dan dalaman. Bagaimana kita hendak mengambil wuduk jika persekitaran tempat berwuduk pun sangat menjijikkan? Itulah pentingnya faham Islam dan faham mengapa kita menganut agama Islam. Jangan abaikan kebersihan.

Friday 31 August 2012

Hari raya...tudung raya, baju raya dan kuih raya......

Bila musim raya, umat Islam di Malaysia ni sangat mewah...bulan makan, bulan melaram bulan pesta, bulan kunjung mengunjung. Meriah disajikan makanan yg berwarna warni. Meriah juga dengan  fesyen pakaian berbagai2 and meriah tengokk fesyen tudung yang beraneka jenis.

Ropol sana, ropol sini, bertingkat2 mcm kek lapis pun ada, macam pelangi pun ada, pendek kata, bukan saje kuih lapis yg sangat di gemari ramai itu laris, tudung berlapis2 pun memang sangat laris lah buat masa ni.

Kepada penjual tudung, jgn ingat nak untung saje. Kena fikir juga apakah tudung yg dijual itu menepati kehendak syarak atau tidak? Kepada pereka2 tudung, jgn ingat nak untung di dunia ni shj, nanti anda akan muflis di akhirat.

Jika tiada anda mereka fesyen yg pelik2, tiadalah fesyen itu menjadi ikutan ramai. Bayangkan kalau berjuta yg memakai fesyen rekaan anda yg x menepati hukum syarak, tidak menutup aurat dgn sempurna, tidak menutupi bahagian dada yg merupakan sebahagian dari perhiasan wanita itu, anda sedang mengumpul saham muflis di akhirat

Secara logiknya, penjual tudung hari ni lebih mengikut sistem kapitalis.  Menjual dgn harga yg tinggi sedangkan harga sebenarnya mengikut kewajaran jauh lebih rendah hanya kerana jenama tertentu. Anda menjual jenama, bukan menjual atau memperdagangkan sesuatu utk memenuhi tuntutan syarak, dan tidak menggalakkan wanita menutup aurat dgn sempurna.

Anda lebih menggalakkan kaum wanita muslimah kini hanyut dlm kegilaaan pada jenama dan mengikut arus fesyen. Hinggakan ada yg memakai tudung hanya kerana berfesyen , semata2 kerana fesyen yg semakin up to date, tanpa mengetahui mengapa dan kenapa sebenanya seseorang wanita itu perlu menutup auratnya..

Tuesday 28 August 2012

Ceramah ustaz pujaan ramai...

Satu masa dulu, waktu pertama kali aku dengar ceramah ustaz ni di You Tube and facebook, aku memang x leh terima, sbb kata2 dia agak kasar. Dgn loghat Terengganu nya yg pekat kelumit gitu.

Tapi, bila semakin banyak you tube nya dimuatkan dlm facebook, aku dengarlah juga, katanya lucu sangat...pernah dlm satu minggu tu aku asyik dengar ceramah dia. Walaupun kata2 nya kasar, tapi ada unsur2 lawak dan happy, kira layan je la....

Tapi kan, sejak akhir2 ni, hati aku mcm menolak lak bila nak dgr ceramah atau cara dia menjawab soalan. Bukan apa, kdgkala cara dia tu agak kasar dah satu hal, yg aku paling x suka dia mcm suka kondem org lain. Seolah cuma dia seorg aje yg paling betul di Malaysia ni.

Aku pun google lah, cari biodata dia, ingatkan graduate dari negara Arab, Mesir, Syria, Jordan or paling kurang graduan dari dlm Malaysia ni. Rupa2 nya x pernah masuk mana2 Universiti pun, cuma berguru di pondok dgn beberapa org guru.

Oooo...patutlah ada dalam berkomunikasinya agak kurang, kurang pendedahan ilmiah dan metodologi dakwah juga agak kurang.  Cara dia menjawab soalan juga penuh dgn unsur humor dan bikin gelak ketawa...kdgkala terlena dlm arus glamor pun ada, maklum dikelilingi oleh para artis....bila lagi?
Baru tahu, rupa2nya, dia dulu pun asalnya artis juga...rockers gitu....no wonder.

kalaulah ulamak zaman silam seperti Imam Shafie melihat keadaan ini, beristighfar banyak2 agaknya, apalagi imam al-Ghazali yg terkenal dgn tasawufnya dan amat takut terlalu banyak ketawa kerana bimbang akan banyak menangis dikemudian hari nanti. ilmu agama kini dijadikan bahan gelak ketawa...

Barulah aku sedar selama ini, org meminatinya hanya kerana lawak jenakanya. Org lupa nak merujuk pada pakar dan ahli ilmu yg sebenanya oleh kerana taksuban yg amat sgt. paling ramai peminat taksuban dari kalangan pelajar universiti sendiri, renung2kan lah...

aku lebih suka mendengar cara dato' dr. harun din, dr. Zaharuddin, dr. Zahazan, Dr. Abdullah yassin, sheikh Nuruddin al-banjari, Habib Ali Zainal Abidin  dan lain2 penceramah agama yg memang  jelas berilmu dan berkelulusan yg tidak diragukan dan bijak dlm bidang masing2.

 Mereka ini beradab dalam menjawab soalan, penuh dgn dalil2 dari sumber ma'thur, berpandukan hadith Rasulullah, sahabat, tabiin dan tabi' tabiin.

satu lagi ustaz fathul bari, walaupun dia muda, tapi setiap kata2nya adalah benar dan tepat. penuh dgn dalil dari hadith dan petikan ayat quran. sejarah Islam juga dalam mindanya.  bila trg google, tengok2 dia memang pakar dlm ilmu hadith, degree dari Madinah dan Ijazah master dari Jordan yg kedua2nya dalam bidang al-Hadith.  No wonder setiap jwpannya memang bernas dan tegas, kerana dia ahli hadith.


jarang sekali mereka menjawab soalan berpandukan akal fikiran mereka sendiri...kecuali dlm bab2 tertentu. inilah ulamak yg sebenar...beradab dlm berkata-kata, tidak menghina kelompok yg lain dan niat berdakwah untuk semua umat manusia di Malaysia ini.

bukalah mata, bukalah minda......jika berguru, jgn berguru dgn hanya seorang guru.  dapatkan ilmu dan pandangan dari guru yg lain pula. lihat dan dengar pandangan org lain, nasihat org lain.  kadangkala kita tidak sedar, barangkali dalam nasihat yg diberikan itu, itu adalah ilham dari Allah untuk menyedarkan kita.

sebelum kita terlalu taksub dgn seseorang itu, lihat dulu latar belakangnya, taraf pendidikannya dan dalam bidang apa pengajiannya sebelum ini. supaya kita tidak terkeliru apabila mendapat jawapan dari setiap soalan yg diajukan.

yg paling baik, lebih baik kita sendiri yg belajar secara formal dlm bidang agama. now ni dah ada byk kuliah formal dlm bidang agama secara part time utk diploma atau degree agama . cth di OUM, UKM, UM, Kolej2 Islam dan lainnya. trg google...sure jumpa byk. 

bila kita dah berilmu, kita sendiri dapat nilai samada jawapan yg diberikan oleh penceramah tu boleh digunapakai atau tidak. jangan taksub terlampau terhadap manusia, minat pada manusia ada batasannya.  setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya, tidak semua perfect. sama-samalah kita menjadi manusia bijak dalam menilai dan menerima sesuatu ilmu.