Friday 11 October 2013

Cara mudah segarkan badan yang lesu

Kita ni manusia biasa, memang tidak mampu bekerja seharian tanpa rehat. Kalau nak kerja berterusan, lebih baik kita jadi robot daripada menjadi manusia kan? Fitrah manusia perlu rehat, kasihanilah badan kita, mereka juga nak rest...rehat...santai dan dibelai dan disayangi.

Satu cara yang paling berkesan setakat ni, saya sering melakukan senaman regangan atau floor exercise setiap kali selesai menaip atau menyiapkan kerja2 penulisan tesis. Maklum, kekadang kerja ni perlu explore merata negara dihujung jari mencari info dan maklumat, sape kata tak penat kan? memang penat, mata, mental dan fizikal juga letih....

Mari kita lakukan regangan mudah ni....

Bila pinggang rasa letih, saya suka buat step yang pertama tu, memang release....sgt release, tak percaya cuba sendiri! Release dari pinggang hingga ke peha dan seluruh anggota badan.

 Kalau boleh cecah till lantai kepala tu, marvellous...kira hingga seratus, kalau larat lagi tambah seratus lagi, kira lam hati je la...buat gerakan perlahan2, jgn laju2, ala2 yoga gitu!

Kemudian buat pulak macam gambar yang kedua disebelahnya tu, yang tu memang lega bahagian pinggang. Kira cam yg tadi juga, dlm hati je. Pinggang boleh ramping and ada shape gitu!! Bahagian tengkuk dan badan memang release. Maklum kepala asyik mengadap komputer kan....

Yang ketiga tu saya x buatlah, idok ada kemampuan! Sape2 yg rasa mampu, silakanlah...

Yang akhir tu memang release....bahagian pinggang, belakang dan lengan....kira cam biasa till 100-200 ikut larat. Dalam hati je, x perlu kuat2, malu....ish..ish...

Percaya atau tidak terserahlah, senaman regangan ni mampu menghilangkan sakit pinggang tau. Saya selalu buat, x lama, sometimes less than 10 minutes dah siap, lepas tu leganya hingga tak terkata. Darah rasa berjalan laju dan lancar....segar sungguh selepas tu.

Kadangkala saya buat regangan tu sebelum tidur, bila bangun esoknya, rasa peha, pinggang kaki dan anggota badan macam makin slim, segar dan kemas...tak percaya cuba!! Anda sihat, mental sihat, akal cergas, wajah berseri2 tau....

No comments:

Post a Comment