Namun apa yang penting ialah mensyukuri saki baki usia yang ada. Menggunakan sepenuhnya nikmat pertambahan usia tersebut dengan memperbanyakkan beramal dan meraih seberapa banyak ilmu yang boleh. Sia-sia jika dalam sehari tidak ada pertambahan ilmu yang baharu.
Pemberian hadiah juga sangat besar ertinya bagi seseorang yang menyambut hari kelahirannya. Sebenarnya dia memang mahu dihargai, diraikan dan diingati. Tipulah kalau dia gembira orang lain tidak mengingati hari lahirnya, terutama orang yang dikasihi dan kaum keluarga terdekat. Jangan tipu diri sendiri...biasa la tu kan....
Tapi yang palinq dinantikan ialah pemberian hadiah atau kejutan dari suami atau isteri, anak atau ibu bapa sendiri. Begitu juga dari adik- beradik atau rakan taulan yang rapat. Rakan sekerja atau teman istimewa, kerana tarikh tersebut sangat lah istimewa bagi kita.
Satu yang perlu kita ingat, bertambahnya usia kita bukan bermakna akan bertambah usia kita di dunia ini.
No...no..no...listen! listen! listen....
Menyambut hari kelahiran tu bermakna secara tak langsung kita juga menyambut hari pendeknya usia kita di dunia ini. Semakin banyak usia, semakin hampirlah kita akan kembali kepada pencipta...
Ha...itu pun kena ingat dan beringat selalu...pokok pangkalnya, jika nak meraikannya, raikanlah cara Islami, mengingatkan kita akan usia yang masih sedikit dan memenuhinya dengan memperbanyakkan amal kebaikan dan ilmu yang bermanfaat. Perbaiki akhlak dan indahkan ia lagi dengan cahaya ilmu dan cahaya keimanan.....InsyaAllah hidup kita akan berkat selamanya.
No comments:
Post a Comment