Tuesday, 26 November 2013

Berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan

Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang dia ada.  Memang sifat semulajadi manusia suka bermegah-megah untuk menunjukkan kehebatannya di sisi manusia.  Dan manusia juga sangat sukar mengawal hawa nafsunya, tetapi sangat mudah tunduk pada nafsunya sendiri.

Sikap sesetengah masyarakat yang bangga dengan majlis perkahwinan yang gah dan mewah, sedikit sebanyak menunjukkan masyarakat kita sekarang sedang mengalami satu gejala yang menunjukkan ilmu rohani semakin kurang.  Tidak tahu membezakan yang mana satu wajib, sunat dan harus. Pada masa yang sama menunjukkan kecetekan ilmu dan kerendahan moral dan pemikiran.

Cuba perhatikan apa yang telah terjadi pada pasangan yang pernah dinobatkan sebagai pelopor 'wedding of the year' satu masa dulu? Mengadakan majlis yang hebat, mendapat liputan setiap media, tapi akhirnya perkahwinan cuma mampu bertahan beberapa tahun sahaja dan berakhir dengan perceraian. Dimanakah keberkatan 'wedding of the year' tersebut?

Kini kita melihat seorang demi seorang artis yang sangat bongkak dan jahil dalam usaha membina rumahtangga. Pakaian dan gambar pra-perkahwinan sahaja sudah mencecah ratusan ringgit. Dimanakah hebatnya? Sedangkan pakaian yang disarung tidak menutup tubuh badan dengan sempurna.

Jika ditegur, jawapannya adalah " itu hak peribadi saya, saya punya duit, itu saya punya suka,  jangan cuba masuk campur dalam urusan hidup saya, saya tak minta duit anda pun!". 

Bongkak dan sombong sungguh manusia, angkuh dan besar diri.  Dia lupa bahawa orang yang menegur itu sebenarnya membantunya agar tidak disiksa teruk oleh Allah, tetapi begitu cara jawapannya.  Tidak ubahnya seperti manusia zaman jahilliyyah.

Hebat sangat kah kamu? Cantik sangat kah? Mulia sangat kah perlakuan sedemikian? Barangkali juga dia terasa dirinya lebih baik dan hebat daripada yang lain, maka dia lupa sesuatu bahawa dirinya itu sebenarnya hak Allah, yang pada bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil kembali roh dan nyawanya.  Pada masa itu sudah tiada siapa lagi yang akan sudi menegur dan menasihati anda, berdepanlah dengan tuan empunya diri sendirian, tiada siapa lagi yang boleh membantu anda.

Manusia ego tidak ada nilainya disisi Allah.  Sombong dengan kecantikan sendiri. Sedangkan hampir 80% adalah palsu semata-mata. Manusia sebenar yang sangat cantik di sisi Allah dia tidak akan mempamerkan kecantikannya dikhalayak ramai.....sentiasa menjaga akhlak dan tingkah lakunya. Sayang sekali, anda tertipu dengan nafsu sendiri dan terjerat dengan kebodohan diri sendiri....

Pergilah belajar cik kiah....tuntut ilmu banyak-banyak. Orang yang benar-benar berilmu tidak suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan kehebatan dirinya. Makin tuduk makin berisi kata pepatah Melayu. So...kita faham sendirilah orang suka menunjuk-nunjuk tu dalam kategori mana...

No comments:

Post a Comment