Friday 3 August 2018

Sambungan Kisah Diet

Sudah lama tak update blog. Sambungan mengenai penurunan berat badan dengan cara sebelum ini. Memang tak dinafikan diet yang ketat sebelum ini berjaya menurunkan berat badan dengan mudah. Cuma perlukan kesabaran. Bukan semua orang mampu melakukannya. Sebenarnya cara itu yangpaling mudah turun. 

Kesan daripadanya baju banyak yang telah dikecilkan. Pakai apa pun mudah. Dan yang paling penting semasa berkonvo yang lepas, rasa sangat konfiden atas pentas dengan saiz jubah M ye. Sebelum ni kalau konvo, pandang saya je, petugas akan bagi saix XL. Tak pelik pun, sebab apa-apa pun memang akan cari saiz besar. Kali ni berbeza, siap pergi cuba berkali-kali saiz M jubah tu, boleh butangkan, dan masih longgar. Alhamdulillah...seronok sangat. 

Gambar konvo pun cantik, bahagia sangat rasanya. Menjelang hari konvo tu saya dah tamat ambil ubat dari doktor. Genap 3 bulan. Saya tak mahu sambung lagi walau dah berhenti lama. Sekarang cuma maintain sahaja sambil menjaga makan.

Apa yang saya lakukan kini, join aktiviti pula bersama kumpulan JK1M anjuran Kevin Zahri. Cari kawasan terdekat. Ikut program yang telah diatur. Bagus sebenarnya program seperti itu, banyak manfaat. Bila badan dah mula ringan, tak rasa malu nak join program. Ada ramai lagi yang lebih besar dari kita.

Dalam program juga ada diajar cara pengambilan makanan dengan cara yang betul. Pengiraan kalori, BMI dll. Cara senaman yang akan membantu penurunan berat badan sepanjang proses berdiet. Ilmu yg sangat baik dan berfaedah seumur hidup.

Selesai program dalam 3 bulan, saya daftar diri dengan Gym pula dikawasan yang berhampiran. Maknanya sentiasa ada usaha yang berterusan untuk kekal sihat dan cergas. Ilmu dari program JK1M (Jom Kurus 1 Malaysia) tersebut banyak membantu ketika senaman di gym. 

Kemudian saya nampak ramai juga dari kalangan pengusaha gym atau trainer penurunan berat badan buat program “online coaching”. Atau program secara berkumpulan secara persendirian. Group berkumpulan hanya dalam 4 orang, 6 atau 8 orang. Kumpulan yang kecil memudahkan coach untuk pantau.  Teknik senaman dan panduan makan lebih kurang sama dengan JK1M. 

Sebenarnya untuk kurus, perkara paling penting jaga makan, kawal makan dan cara makan yang betul. 70-80% jaga makan. Selebihnya adalah senaman untuk membantu mempercepatkan penurunan berat badan. 

Bijak membeli menang memakai, bijak membuat pilihan kita akan dapat hasilnya. Yang penting usaha berterusan dan istiqamah insyaAllah akan membuahkan hasil. Selamat mencuba.