Setibanya disini, kami rasa berada disuatu tempat yang lain. Menyelusuri sepanjang jalan disini dihidangkan dengan pemandangan yang sangat indah. Laut membiru terbentang luas disamping terdapat banyak kawasan untuk pelancung bergambar mengabdikan kenangan disini.
Disetiap tempat menarik akan disediakan tempat bergambar seperti backdrop kecil atau tulisan lambang tempat tersebut. Mudah urusan. Tak perlu cari kedudukan sesuai sebab memang semua telah disediakan.
Banyak sangat pantai yang cantik disini. Untuk cover semua dalam masa satu hari memang agak memenatkan. Jika ada yang ambil pakej private disini, atau tempah khas untuk group sendiri boleh tambah lagi sehari disini.
Kebanyakan pakej ke Aceh hanya satu hari di Sabang. Sebenarnya yang paling cantik dan menarik adalah di Pulau Sabang. Jika di Banda Aceh banyak melawat tempat sejarah.
Cuaca disini agak panas dan kering. Kami pergi bulan januari tetapi panas dan kering yang amat sangat rasanya. Minum air secukupnya dan kalau boleh bawa topi bersama. Sediakan sunblock yang sesuai jika mahu ke pantai.
Dikawasan pantai ada banyak air kelapa muda. Jangan lupa singgah dan beli serta minum disitu sambil santai melihat lautan yang terbentang luas. Untuk elak hidrasi air kelapa muda memang bagus untuk kita.
Bagi yang membawa anak-anak, jangan bimbang. Tidak ada pandangan yang menjolok mata disini. Semua menutup aurat. Tidak perlu susah hati dengan pandangan mata.
Makanan disini memang sedap. Makan tiga kali shari jika kita ikut pakej yang telah disediakan. Sedap semua. Nasi kosong disini pun rasa sedap sangat. Sesuai dengan selera kita. Sambal mesti ada berbagai jenis. Bab makan ni memang sangat puashati.
No comments:
Post a Comment