Friday 28 September 2012

manusia memang suka rehat dan berehat

hari ni aku penat, rasa penat sangat setelah membungkus entah berapa ratus goodies untuk doorgift perkahwinan anak buah ku. bila penat, mesti nak rehat, solat pun mula lah ala kadar je.  doa pun pendek2 je.

tetiba aku tersedar sesuatu, manusia ni bila penat je mulalah nak rehat. manjakan sangat badan tu. aku terfikir pulak, Allah tu tidak pernah penat memberikan nikmatnya kepada kami manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan ini. semua makhluknya sentiasa cukup dan di cukupkan keperluannya.....

kalau aku pulak, kerja sikit dah penat, bila penat nak rehat, bila rehat nak tidur.....bangun tidur je lapar, kerja ala kadar lepas tu fikir bila lak nak rehat lagi.....aduh...lemahnya aku sebagai manusia...memang makhluk Allah ini adalah hamba yg lemah dan tidak memiliki kekuatan yg luar biasa.

Wednesday 5 September 2012

Minum madu + serbuk kayu manis

Dah aku baca banyak petua tentang kebaikan minum madu campur serbuk kayu manis ni, aku pun try la. Eh...mcm x percaya, lepas minum memang berkhasiat rupanya. Badan jadi cergas dan segar.

Kalau dulu aku ni suka melingkar waktu pagi, badan jadi mcm malas malasan gitu, tapi selepas minum tu, memang different la...berpeluh2.... Makin bersemangat nak exercise and buat kerja2 umah ni.

Satu lagi bila lapar lak, aku sediakan roti fiber gardenia tu. aku bancuh madu ngan serbuk kayu manis gak tau. Pas tu aku letak sikit peanut butter kat roti tu, baru aku letakkan madu + serbuk cinnamon tu, sedap gila beb....Maklum, hari kayu manis sedunia namanya...uoll nak tau, aku rasa kenyang la ....really kenyang, macam x kisah nak makan.

Satu lagi petua aku terbaca kat blog yatt, aku cuba gak. Katanya nak cantik langsing blend timun ngan carrot. Aku buat gak, dgn kulit2 timun tu aku blend, timun hijau jepun tu yer...uuurrgh, rasa cam jamu la pulak. Sedap tu tolak tepi, nak cantik nyer pasal.

Pagi tadi sebelum gi jogging aku sempat gak rebus jintan manis mcm kat blog yatt tu cerita. Aku. Aku minum + cuka anggur yg beli kat cosway tu. tau apa jadi? Badan aku rasa panas, merayap keseluruh badan...feel fresh.....aku suka! Suka! Suka!

Pas tu, lepas antar anak sekolah, aku terus singgah jogging sambil jalan2 manja kat tasik cempaka di Bangi tu, fuh...memang bersemangat giler la...bertenaga. Aku nampak ada banyak bukit2 kat taman tasik cempaka tu, aku malas nak jalan jauh2, aku cuma tawaf bukit jer, turun naik bukit.  Amazing, mcm exercise kat gym lak rasanya, stretching...jauh lebih best dari berjalan2 di tempat landai tu, peluh pun mencurah2 keluar....

Tuesday 4 September 2012

nak kurus/cantik kena rajin la...

KBadan yang sihat datangnya dari aktiviti yang sihat.

Banyak tidur?

Badan lemah lesu, jadi malas, rupa kusut masai, tidak berseri, badan melendut, kulit x berseri dan jadi malas malasan sama seperti ular sawa kenyang!

Suri rumah ni, kalau x de anak kecil, lebih baik jadi lebih aktif. Jgn malas2, jgn sayangkan tidur, semua tu parasit jadi malas. bila malas, x bermaya. Bila badan lemah x cantik, mula lah jeolous tengok org lain badan cantik.

cik kak oiii...org yang badan cantik tu sbb dia rajin...! itu kaedahnya...

Dia rajin bersenam, rajin bersauna, rajin scrubbing badan, rajin belek muka agar jangan ada jerawat dan jeragat or bintik2 hitam.

Pendek kata, nak cantik ni memang kena rajin!

Boleh ke nak kurus cuma makan ubat kurus je?

Boleh percaya ke pada makanan pelangsing kat iklan2 tu?

99% aku garenti memang x leh kurus, cantik dan langsing kalau kita malas.  Kalau kita makan ubat pelangsing, serbuk kurus , jamu kurus, tapi kalau hidup x aktif, jgn harap lemak nak hancur, jgn harap nak ada stamina.

Akhirnya kita jadi addicted and ketagih pada ubatan kurus tu sbb secara x langsung dlm bahan2 tu juga ada beberapa % dadah atau bahan kimia utk dijadikan bahan pengawit agar produk tahan lama.  kadangkala bila makan produk tu, badan jadi lesu lemah longlai kan? ha....toksid pun duduk dlm produk tu!

Makanya cik kiah oiii...kenalah exercise keluarkan peluh!

Peluh tu adalah bahan toksid dari dlm badan yang keluar hasil dari aktiviti riadah, kecergasan atau apa jua aktiviti yang sihat yang mengeluarkan peluh. sauna pun boleh...sebaiknya kena ada exercise la juga...baru badan slim, cantik sihat dan segar!!!

Barulah x jealous pada org yang badan langsing cantik dan menarik...!

Sunday 2 September 2012

isteri ustaz don

Selamat Pengantin Baru Ustaz Don! semoga bahagia hingga ke akhir hayat dan terus berbahagia hingga ke Akhirat.
Satu perkara menarik hendak dikongsikan di sini, ialah pakaian dan busana perkahwinan isteri Ustaz don. Tidak berlebih-lebihan dan tidak merubah dirinya dari rupa paras yang asal. Dia tetap Husna yang pernah dilihat di Laman FB ustaz Don dan wajahnya tetap senyum dan bersih tanpa calitan make-up yang keterlaluan.

Dia juga tidak perlu meletakkan gambar before/after sebab itu adalah dia yg memang tidak perlu di solek keterlaluan sehingga merubah rupa paras sebenarnya.

Wahai setiap pasangan pengantin atau bakal pengantin, seri wajah kita yg sebenarnya adalah dari hati yg ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk kecantikan kita di khalayak ramai. wajah yang di salut solekan tebal itu adalah wajah palsu dan secara tidak langsung menutup keserian wajak yang sebenar.

Seri dari kesan air wuduk juga terlindung dari calitan make up tersebut, sehinggakan pengantin nampak sangat kaku dan palsu semata-mata.  sedangkan majlis tersebut adalah untuk mencari keredhaan Allah, mengapa kita masukkan unsur2 yg haram dalam majlis yg mulia itu?

ini satu contoh ikutan yg baik...syabas Ustaz don dan Husna.....satu tarbiah yg terbaik.

Kebersihan di musim raya

Bila tiba musim raya, bulan syawal diraikan sebulan. Masing2 dengan program open house. Satu perkara nak diingatkan, org kita ni kurang peka pada kebersihan. Baik dari segi penyediaan makanan hinggalah kepada kebersihan tandas atau bilik air.

Kita sepatutnya kena faham, bila ramai yg dtg kerana makan2, maka akan ramai juga yg akan membuang bahan2 yg x diperlukan oleh sang perut. Masalahnya, apabila masuk ke tempat2 pembuangan itu, MasyaAllah, nak buang pun boleh jadi x jadi nak buang. Dia pun merajuk sama.

Wahai kaum muslimin dan muslimat yg mengaku Islam dan memang beragama Islam. Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. X beriman seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri, keluarga, rumahtangga dan sekelilingnya.

Ibadah solat memerlukan bersuci, bermakna perlu bersih luaran dan dalaman. Bagaimana kita hendak mengambil wuduk jika persekitaran tempat berwuduk pun sangat menjijikkan? Itulah pentingnya faham Islam dan faham mengapa kita menganut agama Islam. Jangan abaikan kebersihan.