Tetapi bagaimana dengan pelajar dalam bidang Pengajian Islam? Sudahlah tidak mampu menguasai Bahasa inggeris dengan baik, Bahasa Arab pun tidak mampu dikuasai!
Sedih sungguh melihat keadaan ini, terutama bagi pelajar Pengajian Islam dalam negara. Majoriti tidak mampu membaca teks dalam bahasa Arab dengan kaedah bacaan yang betul. Apalagi untuk fasih berbahasa Arab, sedih sekali.
Kajian yang dilakukan menunjukkan walaupun mereka ini telah bergelar ustaz dan Ustazah, tetapi kemahiran berbahasa Arab sangat rendah sekali. Kadangkala ada yang telah memiliki Ijazah Master dan Phd, tetapi tidak mampu mengusai Bahasa Arab dengan baik.
Bagaimana mereka mahu memahami Bahasa al-Quran dan hadis, jika Bahasa Arab cuma tahu sedikit-sedikit sahaja. Apalagi untuk menguasai ilmu Nahu/sorof/balaghah dll, jauh sekali. Perkara ini bukan lagi satu hal remeh temeh yang harus dibiarkan.
Setiap pelajar pengajian Islam perlu mahir dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, apatah lagi bahasa Arab, kerana mereka terdedah dalam bidang dakwah. Berusaha lah menguasai nya walau dgn apa cara sekali pun. Kalau perlu berguru secara bersendirian pun, rasanya sangat perlu. Sudah tahap kritikal...apa gunanya mengenggam segulung ijazah dalam Pengajian Islam, tetapi tidak memahami Bahasa Arab!
Imam as-Syafie pernah mengatakan bahawa sejahil-jahil orang Islam ialah orang yang tidak tahu berbahasa Arab dan tidak mampu mengusai bahasa Arab.
Bukan hanya bijak mengkritik ahli politik, bijak berbicara soal politik, tetapi apabila disuruh membaca teks Bahasa Arab dan Inggeris, tergagap-gagap. Apa yg wajib dikuasai tidak diendahkan, tetapi lebih peka pada yang tidak sepatutnya dia melibatkan diri....
Ayuh, sedarlah duhai pelajar Islam, kuasai seberapa banyak ilmu, kita lah yang bakal mengagungkan kembali dunia ilmu pengetahuan ini, bukan hanya pandai mengkritik bab politik, tetapi dangkal dalam banyak ilmu lain yang sepatutnya dikuasai.
Assalamualaikum. Apa ilmu yg perlu sya kuasai dulu utk bljr arab. antara ilmu loghat, nahu dan sorof mna satu saya perlu mula dulu. Tq
ReplyDelete