Saturday, 20 June 2015

Tips rumah sentiasa kemas

Bangun tidur terus kemaskan katil. Pastikan katil sentiasa kemas. Bilik yang kemas mempunyai suasana yang selesa dan nyaman. Jangan letak terlalu banyak barangan dalam bilik tidur.  sekiranya perlu letak dalam almari. Jadikan bilik tidur kita sentiasa selesa dan tidak berserabut.

kemaskan tempat tidur sekiranya mahu keluar daripada bilik

Bilik air pastikan sentiasa bersih. Basuh bilik mandi setiap kali selesai mandi pagi. biasakan mengemas rumah diawal pagi.  biasakan juga suka tinggal dalam rumah yang bersih dan kemas.  bayangkan rumah kita adalah hotel yang sentiasa bersih. sentiasa ingat pesan Nabi Muhammad saw.....'Kebersihan itu sebahagian daripada iman.'


Untuk bilik air yg sentiasa berbau harum letakkan botol minyak wangi didalamnya sebagai hiasan. spray minyak wangi dalam bilik air...Bersihkan toilet bowl setiap kali selesai membuang air besar. 


Letakkan cecair pencuci setiap kali selesai menggunakannya.

Vacum atau sapu ruangan bilik setiap kali ternampak habuk atau rambut bersepah dilantai.
Jangan samakan ruang tamu untuk tetamu dan ruangan menonton tv.

Ruangan menerima tetamu

Pastikan ruangan ini sentiasa bersih dan kemas.  anda tidak perlu kelam kabut mengemas sekiranya tetamu datang secara mengejut

Kalau boleh asingkan kerana tamu dan ruang menonton tv. ruang menonton tv selalunya akan berselerak kerana sering digunakan. Sekiranya tidak ada dinding  pengadang, gunakan pengadang mudah alih.


Ruang menonton tv

Meja makan didapur jangan biarkan berselerak. Kemaskan setiap kali selesai makan. Jangan letak barangan yang tidak diperlukan atas meja makan. sekiranya ia berbentuk oval atau segi empat memanjang, letakkan kaca bulat berpusing untuk memudahkanmengambil makanan.


Pastikan sinki sentiasa bersih dan kemas. Basuh pinggan atau cawan setiap kali selesai menggunakannya. Lap keliling sinki dengan cecair pencuci atau cuka setiap kali selesai membasuh pinggan yang banyak.


Tempat memasak hendaklah sentiasa dibersihkan setiap kali selesai memasak. sentiasa bersihkan peralatan memasak seperti periuk atau cerek air, sebaiknya gunakan barangan stainless steel kerana mudah dibersihkan. dan nampak bersih,  Gunakan cuka makan untuk lebih bersih sewaktu mengelap.


Kabinet dapur pun sama, sentiasa lap dengan cuka makan sekiranya ternampak kotoran mula melekat. Jaga dari awal, jangan biarkan terlalu lama untuk mengelap.


Dapur yang bersih menimbulkan keseronokan sewaktu memasak.  Elakkan meletak terlalu banyak barangan dikawasan memasak. Susun denga teliti dan letakkan dalam rak ataupun almari simpanan atau laci.

No comments:

Post a Comment