Saturday, 1 December 2018

Buat Pemeriksaan Kesihatan umur 40 keatas

Bila umur dah masuk angka 40an, sebaiknya buat pemeriksaan kesihatan. Banyak faedah kita boleh dapat darinya. Pemeriksaan kesihatan untuk umur lebih 40an lebih menyeluruh termasuk pemeriksaan jantung ECG, ujian air kencing, darah, tekanan darah, X-ray paru-paru dan sebagainya. 
Pemeriksaan ini dipanggil:
 ‘Above 40 Medical Check Up’. 

Lebih baik buat bagi yang belum pernah buat. Saya juga baru selesai buat medical check up ni. Ni nak share sikit pengalaman. Saya buat di klinik kesihatan sahaja. Bayaran dalam RM257 gitu. 
Mula-mula ambil berat dan ukur ketinggian. Selepas tu buat ECG untuk cek jantung samada ada masalah atau tidak. Setelah itu ambil darah untuk diuji di makmal. Darah tak ambil banyak pun, cukup dalam 1 syringe kecil je. Nurse yang cekap tau je mana urat yang mudah ambil darah. Tak rasa apa-apa pun. 

Kemudian setelah itu diberi borang untuk kita isi. 

Antara kandungannya soalan tentang  sejarah penyakit keluarga, ibu bapa dan adik beradik. Pernah buat pembedahan apa sebelum ini. Penyakit terkini atau alahan. Ubat atau supplement yang kita ambil setiap hari.

 Jangan tipu, tulis yang benar sebab semua akan dapat dilihat dalam ujian darah dan air kencing tu nanti. 

Selepas selesai isi borang, tunggu sekejap, doktor akan datang periksa kita. Doktor akan lihat borang yang kita isi dan tanya serba sedikit terutama mengenai ubat atau supplement yang kita ambil. ‘History’ penyakit keluarga juga penting. 

Setelah itu doktor akan cek perut, buat pemeriksaan buah dada bagi wanita untuk memastikan tiada benjolan. Doktor juga akan ajar cara buat pemeriksaan buah dada sendiri dirumah. Sebaiknya 10 hari selepas habis period. 

Doktor juga akan buat pemeriksaan diperut, untuk memastikan tiada benjolan yang mencurigakan atau pembengkakan dikawasan abdomen. Alhamdulillah semua tiada yang mencurigakan. Cuma kena buang lebihan lemak je la ...haha

Kemudian doktor cek lutut guna alat pengetuk lutut tu. Saya tak de masalah apa-apa kat situ sbb selalu buat exercise pun.  Setelah berpuas hati doktor tanya ada rasa apa-apa masalah tak selesa pada badan kita atau tak? Rasa ada benjolan dimana-mana anggota badan? Kena beritahu doktor ye puan-puan. 

Bila dah ok semua, kita kena pergi ke bahagian x-ray pula untuk paru-paru. Itu penting untuk lihat samada paru-paru kita normal atau bermasalah. 

Jika tiada apa-apa lagi, doktor minta kita datang semula pada sebelah petang untuk lihat laporan ujian darah, air kencing dan keputusan x-ray dan ECG.

Saya datang semula jam 3pm seperti yang dijanjikan. Tak sabar rasanya nak tau keputusan. Dalam hati risau pun ada. Tapi saya rasa tak ada apa-apa sebab rasa sihat je. Makan memang jaga, begitu juga dengan exercise. 

Tiba masa nombor giliran dipanggil. Masuk jumpa doktor yang sama pagi tadi. Dia senyum sambil suruh ambil tekanan darah. Semua normal macam biasa. 

Kemudian tiba masa terangkan keputusan ujian air kencing. Alhamdulillah semua ok, tiada masalah. Buah pinggang sihat dan tiada apa-apa yang akan menimbulkan masalah. Alhamdulillah syukur. 

Ujian jantung ECG juga normal, tiada apa-apa yang mencurigakan. Alhamdulillah.

Keputusan ujian darah untuk melihat kadar kolesterol dalam darah. Asid urik dan sebagainya. Alhamdulillah semua ok, tidak memerlukan ubat kolesterol untuk menurunkan kolesterol. Semua dalam keadaan terkawal. Tidak ada diabetic. Semua normal.

Cuma doktor pesan teruskan makan makanan sihat. Jaga pemakanan. Lakukan exercise lebih dari 3x seminggu. Kalau 30 minit setiap hari pun lagi baik, yang penting sentiasa melakukan dan berterusan. 

Doktor tanya apa rahsianya, nampak awet muda je. Tak nampak umur above 40? Wah! Itu satu bonus. Doktor kata macam tak percaya umur above 40. Yang tu buat nak tersenyum lama tu. Lama juga la tersenyum. Tak tau nak jawab apa. Cuma rasanya sebab jaga pemakanan dan regular exercise. Itu je. Oh ye, satu lagi saya memang jenis happy go lucky je. Tak suka fikir masalah. Kalau ada masalah pun buat rilex je. Gi jalan-jalan, gi ronda shopping mall, release masalah. Tak suka fikir masalah orang lain. Satu lagi baca al-Quran pun boleh bantu selesaikan masalah, hati sentiasa tenang. 

Tiba masa lihat keputusan x-ray pula. Alhamdulillah semua ok, paru-paru sihat kata doktor. Syukur semuanya ok. 

Kemudian doktor bercerita dan beri penerangan tentang gaya hidup sihat. Katanya nak kurus tujuan untuk sihat. Jaga pemakanan dan syorkan jenis makanan yang baik untuk umur above 40 ni. Galakkan ambil minyak kelapa atau virgin coconut oil, itu yg terbaik katanya. 

Supplement, kalau tak perlu tak payah ambil. Bimbang akan ujud masalah lain pada buah pinggang, hati dan darah. Utamakan pemakanan sihat dan natural seperti buah-buahan dan sayuran. 

Doktor galakkan beli alat cek tekanan darah sendiri dan simpan dirumah. . Buat pemeriksaan sendiri sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Itu sangat penting katanya. Kalau nampak tekanan agak rendah atau lebih tinggi dari biasa, cepat-cepat datang jumpa doktor.

Sebagai tindakan susulan, doktor pesan datang lagi dalam 6 bulan lagi untuk pemeriksaan lanjutan. InsyaAllah akan datang lain. Pemeriksaan ni sangat penting. Jangan takut jumpa doktor. Be happy je. 

Alhamdulillah setelah selesai, keluar dari bilik doktor, rasa lega. Yang penting kena berusaha lagi kurangkan berat badan dan amalkan gaya hidup sihat. Senaman penting dan lakukan berterusan, tapi jangan sampai mencederakan diri sendiri. Buat ikut kemampuan. Yang penting berterusan. 


No comments:

Post a Comment