Sunday, 11 June 2017

Turun 15kg dalam masa 4 bulan

Salam semua. Lama tak update blog ni kan. Saya pun sibuk juga sebenarnya. Tak sempat nak update. Sekarang bulan Ramadhan. Proses diet jadi sangat mudah.

Saya dah berhenti ambil ubat dari klinik untuk menurunkan berat badan sebab dah  3 bulan. Berhenti sejak bulan Mei lepas.

Apa yang berlaku, kesan dari diet yang diajarkan, berat badan tetap turun walaupun agak lambat progressnya.

Saya tetap diet macam biasa, tidak mengambil nasi sebab dah terbiasa. Banyak makan sup sayur dan lauk2. Buah2 pun ambil juga. Cuma tak ketat macam dulu.

Breakfast masih ambil oat dengan air panas suam 'O' dan minum kopi O. Tghri saya makan, cuma tak ambil nasi. Mlm berhenti makan sebelum jam 9 mlm. 

Berat sebelum 97.6kg   :    22 Feb 2017

Rujuk entri sebelum ye...

Berat sekarang 81.5kg   :   11 Jun 2017

Bila dah kurus, jari kaki pun dah kecik. Kasut pun boleh longgar. 

Alhamdulillah...baju lama habis longgar semua. Skirt labuh yang dulunya ketat macam sarung nangka sekarang dah longgar.

Baju dah turun dari saiz 48 kepada 46 atau 44 pun dah boleh masuk. 
Kalau dulu saiz XXL tapi sekarang dan boleh masuk L.  

Walaupun bagi org yang dah kurus itu masih besar, bagi saya ini satu perubahan yang cukup baik. 

Target saya 70kg. Biasanya dengan rangka saya yg agak besar ni, berat 70kg saya boleh pakai saiz 42 dan M saiz. 
Itulah saiz baju saya 7 tahun lepas. 

Bagi saya, jumpa doktor dan ambil ubat yang disarankan adalah pemangkin kepada penurunan berat badan saya. Kalau tak saya tak akan ada motivasi. 

Bila dah kurus kesan dari diet yang di ajar, kita akan terus bersemangat untuk melakukannya. Kita ada ilmu cara pemakanan yang sebenar dan tahu apa yang yang perlu diambil dan apa yang perlu di elakkan.

Tuesday, 4 April 2017

Sambung diet di England

Salam semua. 

Sambung lagi cerita diet. Kebetulan minggu ni saya berada di England. Ada urusan disini.

Bayangkan, agak susah juga nak diet tanpa karbo. Terutama masa dlm flight. Kena pandai pilih menu. Kalau ada ayam atau ikan bersama dgn nasi atau noodle, ambil je. Makan lauk shj. Apa nak buat, waktu travel memang agak lapar. Apalagi 13 jam fly.

Air, minum air putih je. Alhmdulillah bertahan.


Dah sampai hotel. Jurys Inn Hotel Oxford. Cantik kwsan sekitar. Baru nak masuk musim bunga. 

Belum sempat ambil banyak gambar lagi. Nnti saya upload gambar lagi. 

Bagaimana nak teruskan diet waktu travel?
 Sebenarnya tak susah. Saya memang dah ada mini rice cooker. Bawa sekali kesini. Masak semua dalam tu je. 

Tengok apa yg saya beli dekat Tesco sini. Banyak pilihan healthy food. 


Tadaaaa...
Ada ikan salmon..sayur campur..mushroom butang putih dll. Cili padi saya dah bawa siap2 dari Malaysia. 
Tudia...siap ada sudu pisau pinggan bagai. Botol2 garam/black white pepper bawa dari rumah. Garlic pepper beli di Tesco. 

Tu mini rice cooker saya. Rebus semua dalam tu. Masukkan mushroom dulu, kemudian bila dah mendidih masukkan ikan salmon. 

Masukkan pepper dll akhirnya. Sedap juga. Memang sangat sihat dan mengenyangkan. 

Oat dan kopi pun saya bawa sekali. Senang tak de la kelam kabut waktu mula2 sampai tu. 

Kalau lapar masa berjalan2 tu boleh singgah Tesco. Ada byk sayur yang dah siap dipotong dan dibungkus untuk dimakan. Buah dah siap potong pun ada. 

Makan tu je alas perut kalau rasa lapar sangat. Harga pun tak mahal. Jimat banyak. 

Beli strawberry...sedap sangat. Besar2 buahnya. 

Sedap dan manis strawberry sini. 

Sayuran dah siap potong ada jual. Mudah sangat. 

Pokok pangkal nak dengan tidak aje. Disiplinkan diri dan amalkan makanan sihat walau dimana pun kita berada. 

Berat terkini sebelum bertolak ke England 85.5kg. Tak sempat ambil gambar sbb nak cepat masa tu. Maknanya keseluruhan dah turun 12kg dari sebelum ni. 

Alhamdulillah..

Monday, 27 March 2017

Turun 10kg dalam masa 34 hari

Salam semua. Jumpa lagi pada entri kali ni. Semakin hari saya rasa badan semakin ringan dan bertambah bertenaga. Baju yang lama dah rasa longgar. Baju yang asalnya ketat dah boleh masuk.

Mari tengok timbang hari ni. Masuk hari ke 34.

Genap 34 hari saya turun lagi 2 kg dari sebelum ni 89kg.

Genap 10kg turun bermula dari hari pertama diet 97.6 kepada 87.5kg.

Alhamdulillah

Macam mimpi pulak dapat tengok angka bawah 90kg.  Kalau sebelum ni jangan harap lah.

Cepat pulak penurunan kali ni. Memang saya jga diet betul-betul. Dah tak mau main ciluk menciluk lagi. 





Thursday, 23 March 2017

Genap sebulan turun 8kg

Salam semua. Lama tak bersiaran. Hari ni dah masuk sebulan diet. Saya sibuk sangat. Tak sempat buat exercise pun. Makan tetap macam biasa tetap ikut diet tapi kadang-kadang ada tercuri sikit. Ciluk-ciluk sbb ada banyak majlis wedding dan jamuan.

Berat terkini 89.2
Sebelum diet 97.6

Turun 8kg dalam masa sebulan

Saya target 10kg hilang tapi tak dapat. Saya tau sbb ada curi-curi makan. Sikit je tak banyak tapi tetap ada kesannya. 

Patutnya kena  buat exercise, tapi tak buat. Memang salah saya!

Semalam jumpa doktor. Kali ni tukar doktor lain. Agak tegas sikit. Saya suka, bagi rasa takut sikit!

Dia kata seeloknya dalam masa dua minggu kena turun dalam 5kg. Ni mesti ada curi-curi makan katanya. Hehe..

Dalam hati kata memang ada. Satu lagi saya tak sempat buat exercise. 

Tapi yang penting saya rasa sihat sangat. Badan rasa ringan dari sebelum. Baju lama dah dikecikkan. Longgar dah baju yg ketat dulu. Itu yg penting.

Untuk 2 minggu akan datang ni saya janji tak mau curi-curi makan lagi.

Doktor kata kalau ambil karbohiderat akan ganggu sistem metabolisme. Lambat turun berat badan. Janji akan taat! 

Tunjuk sikit gambar sebelum selepas. 
Yang kiri tu masa berat 97kg dulu. 

Yang kanan gambar baru sebelum jumpa doktor baru ni. Baju tu dah dikecikkan 1 inci bahagian pinggang kiri dan kanan. 

Saya kena buang dalam 27kg dalam masa 3 bulan treatment ni. Harap-harap dapat lah. Target dalam 70kg. 

Tak payah lah tengok muka ye...malu! 
Sbb tak  cantik pun. Yg penting result kan...


Thursday, 9 March 2017

Tips mudah sediakan makanan waktu berdiet

Bila kita dalam proses nak menurunkan berat badan ni, dugaannya memang besar. Waktu tgh lapar tu terbayang macam-macam makanan. Mula-mula susah juga elak, tapi lama-lama dah  biasa.

                    Apa yang saya buat...
Saya sangat terhutang budi pada Magic Pan saya ni. Sangat...sangat...bermanfaat.

Saya beli masa pergi Langkawi 2 tahun lepas. Murah je masa tu dlm RM99 je. Kalau kat KL agak mahal lagi rasanya.

Senang sangat rupanya masak guna ni. Tak payah sibuk2 nak menumis bagai. Letak je segala yg nak dimasak dlm ni. Tak sampai 10 dah masak. 
Ginilah...senangkan..
Saya suka bungkus makanan tu dlm foil. Segala air yg keluar dari bahan yg kita masak berkumpul dlm foil tu.

Tak letak minyak, tak letak air pun. Sihat dan berkhasiat. 

Saya banyak guna Magic Pan ni sejak start diet ni. Sebelum ni lebih suka mengoreng guna kuali. Dah lah guna minyak, masa kat dapur pun lama. Badan pulak makin naik, hihi. 

Dengan Magic Pan senang sangat. Banyak keje lain boleh buat. Sambil tu dia masakkan makanan kita. Api kecil je.

Senang sangat.

Sape kata nak masak makanan diet susah?
Sebenarnya makan utk kurus tu lebih mudah, jimat dan senang. 


Kalau nak keluar rumah takut singgah restoran pun senang. Kbykan makanan kita di restoran masak guna minyak dan santan. 
Hati2...
Masukkan je foil tu dlm bekas. Makan bila tiba waktunya. 

Saya pun baru je tau. Sebelum ni fikir nak kena sediakan macam2 menu la...ikan la..ayam la..telur la....bla..bla...

Kononnya susah la berdiet.  Susah nak gi jamuan la...ada majlis kenduri kawin la..
macam2 susah yang kita  fikir. 

Sebenarnya kita yang malas...

Rupanya kalau kita makan waktu kita benar-benar lapar, semua makanan akan rasa sedap..walaupun cuma scramble egg dengan air je..

Selamat Mencuba! Tak cuba tak tau. 

Wednesday, 8 March 2017

Hari ke 15 Diet: Turun lagi 1kg

Hari ini hari ke 15 diet. Menu breakfast tukar kepada buah. Saya ambil buah jambu waktu pagi. Selepas tu makan ubat pecah lemak.

 1/2 jam lepas tu minum kopi kosong tanpa gula.

                                Tghri:
Tak makan, minum air kosong + chia seed je.
                       Timbang hari ni:
                            Jeng...jeng...

90.6kg

Turun satu kilo lagi.
Semalam akhir 91.6kg

Alhamdulillah...sudah 7kg turun. 

Banyak minum air, banyak buang, mudah pulak turunnya kali ni. 

Tapi tak tau berapa lama pulak 90.6kg ni. Kadang2 2-3 hari macam tu. Kalau ada turun pun sikit sangat beza angkanya.

Bukan senang nak kurus oooo...

Kali ni dah kena exercise. 
Treadmill ada kat rumah tapi guna sekali sekal je sebelum ni.

Lepas ni kena exercise guna treadmill je.
 1/2 jam dah cukup pesan doktor.


Tuesday, 7 March 2017

Menu Baru Diet Selepas Minggu Kedua

Bila dah masuk minggu kedua, kena jumpa doktor lagi. Kena ambil ubat baru sebab yang lama dah habis.

Selepas ditimbang, doktor kata "Good!"
Penurunan yang normal dan sihat. Kata doktor dlm 2 minggu memang antara 4-5kg akan turun.

Setelah ambil tekanan darah, semua normal. Boleh sambung ubat lagi katanya. Tapi dengan menu baru.

Tadaaa...
Tu menu baru start esok.

Pagi:
Mulai esok cuma ambil buah sahaja. Oh lala...

Buah yang dibenarkan cuma tembikai dan guava. Betik tidak dibenarkan sama sekali.

Selang sehari  boleh ambil oat atau menu sebelum ni. Pilihan saya tetap oat. 

Tghri:
Macam biasa minum air.
Kali ni saya akan buat mcm biasa banyak minum air. Lebih 3 liter atau yg sewaktu dengannya. 

Kena letak chia seed bagi kurang rasa lapar. 

Ptg/Mlm:
Dinner macam biasa.

Exercise?

3x seminggu

Yes! Dah tiba masanya. Menu yang paling besar dicatat, haha...

Rasanya saya akan lakukan 2 jam selepas makan. Sebelum makan rasa memang tak larat. Macam bulan puasa je rasanya walaupun boleh minum air. 


Ada nampak 3rd Menu?

Oh! Itu utk selepas dua minggu lagi. 

Akan datang guna menu yang sama barangkali.

Kena Exercise setiap hari selepas sebulan...
ingat! Setiap hari!


Minggu Kedua Diet: Turun 6kg

Kali ni dah masuk minggu kedua. Penurunan tidak serancak minggu pertama. Kali ni dah mula slow sikit. Tapi Alhamdulillah masih ada penurunan daripada langsung tak ada.

         

                              Awal diet 97.6kg


Minggu kedua 91.6kg
Dari mula diet sampai sekarang turun 6kg. 

Lama juga nak dapat turunkan 1kg kali ni. Makan tetap jaga macam biasa. Cuma agak kurang minum air sbb ada kursus seminggu ni. 

Bila kena pergi kursus, kena berwaspada waktu makan. Terpaksa bawa bekal sendiri masak dari rumah.


Masak dlm foil utk elak bercampur. 
Ikan Dori frozen bhgian bawah tu. Ats nya tabur sayuran. Tanpa minyak. Salut ikan dgn chili kering serbuk, garam, paper, rosemery leaf. 

Masak dlm Magic Pan. Tak sampai 10 minit siap.
Bila dah siap masukkan dlm bekas utk bawa bekal.

Gitulah. 
Telur tanpa minyak masak dlm kuali non stick. Nampak mcm goreng guna minyak kan..

Tghri:
Tak boleh makan. Minum air je. Tugggu ptg pukul 6pm cadangnya nak makan. Tapi sebab kurang minum air, rasa lapar sangat, pukul 5.30 ambil dinner. 
Awal sangat kan...tak pe. 

Alhamdulillah kenyang. Sampai malam. 
Gitulah rutin diet saya sepanjang berkursus. Tengahari waktu org lain menjamu selera, saya tak pergi ke dewan makan.

Walaupun penurunan minggu ni tak banyak, tapi saya rasa badan jadi ringan dan sangat selesa. Mungkin kandungan air dlm badan berkurang dan lemak cair dan mula hilang. Solat rasa sangat selesa. 

Baju dah mula longgar. Muka dah mula mengecil. Kulit rasa makin bersih. Mungkin kerana pemakanan yang sihat gitu...

Selepas minggu kedua digalakkan melakukan senaman utk mempercepatkan pembakaran lemak..


 


Tuesday, 28 February 2017

Sihat sepanjang berdiet. Jangan amal diet yang salah.

Alhamdulillah masuk seminggu mulakan diet. Badan rasa lebih ringan selepas hilang 5kg. Solat pun rasa lebih selesa. Baru 5kg turun, kalau 10 mesti berganda keselesaannya.

InsyaAllah, bermotivasi utk meneruskan diet ini.

Sebelum ni dah mcm2 ikhtiar yang saya buat. Duit habis beratus2 beli produk slimming. Kalau dikumpul dah beribu2 juga jumlahnya.

Harga setiap produk hampir kesemuanya mahal2 belaka. Tapi tak de satu pun yang menjadi.

Khidmat nasihat dari orang yang pakar dalam bidang pemakanan sangat perlu. Itulah kunci utama.

Saya bermotivasi ikut program diet doktor ni sebab setiap 2 minggu akan jumpa doktor dan dia akan timbang kita. Sekiranya masih belum turun, dah tentu dia akan nasihatkan kita cara2 utk mengurangkan lemak yang berlebihan dalam badan.

Kenapa tak digalakkan ambil karbohidrat?

Sebab apa yang kita makan seharian akan ditukarkan kepada karbohidrat. Kemudian bertukar kepada glukos dalam badan. Glukos atau gula yg tidak digunakan dalam badan akan bertukar menjadi lemak.

Sebab tu lah kalau kita cuma berdiet, tapi masih mengambil karbohidrat yg banyak tanpa melakukan exercise, berat badan tidak akan turun. Makan lah berkotak2 produk slimming pun!
Diet akan yoyo...pagi turun petang naik semula.

Dari sini saya belajar, selama hari ini cara diet saya sangat salah.

Saya makan produk slimming, tapi tetap makan roti +kaya + butter waktu sarapan pagi.

Kadang2 mee atau mee hoon. Bila lapar mula cari makanan. Kurang minum air putih.

Minum kopi 3 in 1 atau apa2 je 3 in 1. Tghri makan nasi dan malam pun kadang2 makan lagi.

Memang tak turun. Satu lagi sebab tak exercise. Banyak mengadap komputer atau hp.

Itulah kesalahan saya. Dan saya yakin kesalahan ramai lagi orang2 yg obesiti diuar sana.

Di negara kita ni mewah makan. Cakap lah teringin nak makan apa saja semua boleh dapat. Kalau malas keluar ada pulak delivery service hantar ke rumah. Tepuk dada tanya selera.

Ramai yang kata "saya makan tak banyak tapi berat badan tak turun2".

Dia yang rasa makan tak banyak, padahal hakikatnya apa yang dimakan semua akan menyumbang kepada pembentukan lemak dlm badan. Termasuk saya dulu! hehe..

Sebab itulah dikatakan penurunan berat badan bergantung kepada apa yang kita makan. 80% penjagaan makan. 20% dari exercise.

Nampak kan jurang perbezaan antara jaga makan dan exercise? Saya berani membenarkan sebab dah terbukti betul.

Makan apa yang perlu sahaja dan makan apabila rasa lapar serta berhenti apabila rasa kenyang.

Bijak memilih makanan itulah kunci utama untuk turunkan berat badan. Bertanyalah kepada yang lebih arif tentangnya sekiranya kita tidak mengerahui.

Genap Seminggu Diet Turun 5kg

Hari ini hari ketujuh diet. Genap seminggu. Seperti biasa timbang dan betapa gembiranya telah turun sebanyak 5kg sepanjang berjuang selama seminggu ini. Inilah hasilnya:

                   Hari pertama diet: 97.6kg

Hari ketujuh diet: 92.5kg

Alhamdulillah syukur sangat. Saya memang ikut nasihat doktor. Tanpa karbohiderat yg byk, tanpa gula, tanpa susu atau sebarang produk yg ada kandungan susu serta tanpa kandungan minyak. 

Lebihkan protein. Boleh ambil buah dan sayur tapi ikut kuantiti yang ditetapkan. 

Karbohiderat cuma boleh ambil waktu pagi shj. Itu pun ikut kuantiti yg tlh ditetapkan. Saya suka oat. Boleh turunkan kolesterol sekali. 

Jadual/menu dari doktor

Pagi:
Cuma ambil 2 sudu oat kasar dan campur dengan satu sachet Slim Max Sendayu Tinggi. Minum campur air panas. 

Selepas tu ambil 2 biji pil pecah lemak yg doktor bagi. 

1/2 jam kemudian saya minum kopi o tanpa gula. 


Kopi jenis ni mudah dibancuh tanpa ada serdak. Saya beli di Giant Grocer Bangi. 

Ambil 1 sudu besar, masuk dalam mug dan masukkan air panas. Tambah air sejuk sikit terus minum. Tak perlu nak kena tapis...
Mudah kan!

Tujuan minum kopi hitam tanpa gula ini untuk mempercepatkan proses pemecahan lemak dan  cepatkan metabolisme badan. Itu kata doktor. 

Tghari:
Memang tak makan macam menu atau jadual yang diberi. Minum air kosong shj campur sedikit chia seed supaya elak lapar.

Petang: 
Dalam pukul 4pm saya ambil 5 biji chlorella cosway dan 5 biji spirulina. Cukup nutrisi yang diperlukan. Selebihnya cuma minum air kosong campur chia seed mcm entri saya sebelum ni. 

Saya dapati apabila ambil spirulina dan chlorella tu, cepat kenyang bila makan ptg jam 6.30 tu. Malam langsung tak rasa lapar sbb selepas 8 mlam memang tidak dibenarkan makan apa2 lagi. 

Dinner:

Masakan petang utk dinner yang paling mudah:

Saya tak perlu sibuk2 nak masak atau tumis macam2. Saya gaulkan ayam dengan rempah kari Baba's, sedikit  cili kering flakes atau serbuk,  rosmery leaf herbs atau daun kari pun boleh, sedikit kicap dan garam. 
Bungkus dlm aluminium foil, buat macam mangkuk supaya airnya tak keluar. Masukkan dlm Magic Pan dan tutup. 
Masak guna api perlahan. ..
10 minit masak!!
Sedap tau...

Masak sayuran hijau tanpa minyak (rebus) atau ambil salad bersama. 

Dinner saya selalu ambil jam 6.30 ptg.
Malam lepas makan ambil pil pecah lemak 2 biji dan pil pelawas 2 biji selang sehari. 

Tambahan lepas 1/2 jam saya ambil 1 sudu Psyllium Herbs. Boleh beli di farmasi. Murah je. Serat yang memudahkan proses pembuangan. 

Psyllium Husk. Bagus bagi yang susah membuang. 
Amalkan diet sihat dan pastikan dapat nasihat doktor terlebih dahulu. 

Saturday, 25 February 2017

Hari kelima Diet

Semalam hari keempat saya tak sempat post entri.  Sibuk sikit ada program disekolah anak siang malam.

 Hari ni hari kelima, bangun pagi timbang lagi.

Risau juga sebab malam tadi melayan anak-anak makan shellout kat Ocean Horizon, Bangi.

Memang sedap masakannya. 
Tapi ingat, cuma boleh makan protein je. Udang, sotong ketam ikan. Balik dah pukul 11 malam. Cepat2 makan pil pelawas yang doktor beri.

                     Bangun pagi timbang.
                           Jeng...jeng..jeng...


Alhamdulillah...turun jadi 93.6kg. 

Hari pertama sebelum diet 97.6kg

Bermakna sejak hari mula diet saya dah turun sebanyak 4kg dalam masa 5 hari sahaja!

Patutlah bangun rasa macam lebih ringan dari biasa. Perut rasa macam kecik sikit. Walaupun baru turun 4kg, tapi diri sendiri dapat rasa perubahannya. 

Pelan2 kayuh... step by step.  

Thursday, 23 February 2017

Diet Hari Ketiga 24/2/17

Bangun pagi macam dah jadi habit mesti nak naik atas timbang dulu. Jeng...jeng..jeng...

94.3kg

Semalam 95.1kg
Hampir 1kg lagi turun. Alhamdulillah

Hari ketiga dan seterusnya biasanya turun tak banyak macam hari pertama. Tapi syukur ada penurunan daripada langsung tak de. Sebelum ni turun sekilo naik pun sekilo. Kadang-kadang 2kg sekali naik. Ikut lah, kalau banyak makan, banyak lah naik.


Breakfast:

Masih macam biasa. Sebelum subuh ambil pil tahan lapar sebiji. Pil ni makan selang sehari je.
Agak2 dah setengah jam lepas tu saya ambil breakfast macam biasa.

Saya suka oat sebab pada masa yang sama oat boleh kurangkan kolesterol dalam badan. Oat tanpa susu ye. Saya campur dgn slim max oat sendayu tinggi. Asalkan tiada kandungan susu dalamnya.

Ikut sukatan macam dalam kertas menu yang diberi oleh klinik.

Sekarang nak diet atau turunkan berat badan saya akan gunakan khidmat doktor. Doktor lebih tau bab kesihatan dan apa keperluan badan kita. Lebih baik gunakan khidmat orang yang arif dalam bidangnya.

Dalam al-Quran ada pesan "bertanyalah kepada yang lebih arif dalam bidangnya jika kamu tidak mengetahui."

Saya tak ingat ayat dari surah mana tapi saya hafal ayat tu. 

Sebenarnya kalau kita ikut al-Quran, mudah hidup kita. Segala maklumat ada dalam tu, cuma kita kena banyak belajar ilmu tafsirnya.

Belajar, ambil pengajaran darinya dan amalkan.

Tengahari:

Sebab urusan kerja terlupa minum kopi pagi.
Bancuh kopi o tanpa gula secawan. 

Kemudian macam biasa minum air + chia seed
Letak dlm botol 1 liter.


Petang: 6.30pm
 sebelum makan timbang dulu
Jeng...jeng...jeng


Alhamdulillah turun jadi 94.0kg.
Banding pagi tadi 94.3

Masih ada pengurangan. Selalunya kalau timbang petang mesti naik 1kg sebab makan macam2 tghri tu. Kadang2 sampai 2kg sebelum ni. 

Harap2 pagi esok jadi 93kg.

Makan malam: 6.45pm

Masak sendiri. Ayam gaul dengan rempah kari Baba's, letak cili kering kisar (flakes) sikit, rosmarry leaf, kicap dan garam sikit. 
Masak dlm magic Pan Fryer. Dlm 10 minit siap.

Ni lah hasilnya


Wednesday, 22 February 2017

Hari Kedua Diet 23 Feb 2017

Alhamdulillah bangun pagi rasa badan ringan sikit. Apalagi, terus naik atas timbang.

Nampak tak apa yang dah berlaku? 

Semalam sebelum mula diet 97.6kg
Maghrib semalam turun jadi 96.8
Bangun pagi ni 95.1kg.
Turun sebanyak 2.5kg dalam masa sehari semalam. 

Alhamdulillah...sebelum ni kalau bangun tidur susahnya nak dapat turun byk mcm ni. 


Breakfast:

Macam biasa saya ambil oat dan slim max sendayu tinggi. 
Ambil ubat pecah lemak 2 biji
1/2 jam lepas tu minum kopi hitam tanpa gula secawan

Ubat tahan lapar tu bertahan 2 hari. Tak perlu ambil setiap hari. 

Sebenarnya peringkat permulaan ni proses membuang air yg berlebihan dlm badan. Air yg berlebihan dlm badan akan menyebabkan  muka dan badan sembab. Muka pun nampak kembang je. Cincin pun selalu jadi ketat sebab kandungan air berlebihan dalam badan.

Proses penurunan berbeza dari seorang keseorang yg lain. Makin banyak berat bdan, makin banyak angka turun.

 Jangan nak samakan dengan berat yang lebih rendah dari saya ye..

Kena faham proses bermula dgn membuang air yg berlebihan dalam badan dahulu. Kemudian pencairan lemak yg kurang tepu. Akhir sekali selepas dua minggu akan mula mencairkan lemak yg tepu dan pejal. 

Selepas 2 minggu biasanya proses penurunan nanti agak lambat sedikit. Perlukan exercise. Sebab tu lah dalam masa dua minggu ni doktor pesan jangan exercise dulu. Exercise hanya digalakkan selepas dua minggu nanti.

Mengikut pengalaman saya dahulu macam tu lah.. Nanti kita tengok lagi result seterusnya. 



Tengahri:

Minum air putih je sehingga jam 6.30 ptg. Tapi saya campurkan dengan chia seed. Kurang sikit rasa lapar. Sehingga menjelang petang saya hanya berteman botol air 1liter tu. Kadang2 sampai 5x refill. 

Hari ni rasa kurang lapar berbanding semalam. Tak de rasa pening mcm semalam. Sihat dan cergas. 

Dinner:
6.30 ptg. 

Telur buat macam scramble egg. Masak guna air je tanpa minyak. Letak udang, carrot, kobis, sawi, salad dan seaweed. 

Alhamdulillah tetap kenyang. 
Makanan yang cukup nutrisi selalunya tak perlu ambil banyak pun. Kenyang lama. 

Sekejap je buat macam ni. Tak perlu lama dekat dapur.

Lepas makan:
 ambil 2 biji pil pecah lemak.
1/2 jam selepas tu ambil 2 biji pil pelawas