Wednesday, 25 December 2013

tips sambut ulangtahun perkahwinan

Pelbagai cara orang meraikan ulangtahun perkahwinannya.  Wedding Anniversary kata omputih! Ada baiknya juga bagi pasangan yang meraikan ulangtahun perkahwinan mereka dengan saling bertukar hadiah antara satu sama lain. Mengeratkan lagi tali kasih sayang, makan berdua dan berbagai cara lagi yang boleh mengingatkan tarikh tersebut.

Sebenarnya semakin besar angka ulangtahun tu, itulah satu penghargaan yang sepatutnya dirai dan dibanggakan sungguh-sungguh.  Dalam dunia akhir zaman sekarang ini, berapa ramai yang bercerai-berai dan gagal mempertahan rumahtangga mereka. 

Bukan bermakna yang kahwin berpuluh tahun itu tidak ada badai yang melanda, ada tetap ada.  Semua rumahtangga akan diuji dengan pelbagai ujian. Hanya kesabaran dibentengi oleh keimanan dan ilmu yang mantap sahaja mampu mereka mengatasinya.

Sebenarnya ujian dalam rumahtangga itu adalah untuk diberikan kemanisan dan keindahan yang lebih baik lagi.  Tetapi tidak ramai yang menyedari hikmah disebalik semua itu.  Untuk dapat bahagia perlu berkorban dan susah payah terlebih dahulu.  Bukan mudah nak dapat syurga jika tidak diuji terlebih dahulu...

Pesanan buat pasangan, jika berlaku masalah dan dugaan, cepat-cepat kembali pada Allah mohon bantuan dan pertolongan.  Jangan sibuk bercerita sana sini, jangan sibuk mengadu sana sini, itu bukan jalan penyelesaian yang terbaik.  Jika mengadu pada Allah dalam solat, Dia akan membantu dalam diam tanpa menghebahkan pada sesiapa dan bantuanNya adalah yang terbaik dan excellent!!

Sebenarnya ujian yang diberi untuk kita kembali kepada Allah kerana mungkin selama ini telah jauh tersasar.  Allah sebenarnya sangat sayangkan kita dan mahu kita nanti menikmati syurga yang telah dijanjikannya.

No comments:

Post a Comment