Diriwayatkan dalam Kitab Sairus Salikin bahawa ada sepasang suami isteri yang telah berkahwin lebih tiga puluh tahun. Mereka hidup di dalam aman bahagia. Si suami seorang peniaga kain dan emas dan isterinya pula hanyalah surirumah tangga. Isterinya yang taat itu sentiasa menjaga maruah diri dan suaminya. Tiap-tiap hari ada lelaki yang menghantar air kerumahnya untuk pelbagai kegunaan mencuci dan minum. Lelaki itu tidak pernah sekali pun melihat wajah perempuan tersebut. Dia hanya menjalankan kewajipan majikan untuk menghantar air kerumah pelanggan.
Pada suatu hari tiba-tiba lelaki tukang angkat air itu telah menemui perempuan tersebut dan memegang tangannya sebagai pegangan orang yang bernafsu. Setelah perempuan itu meronta-ronta maka dilepaskannya dan dia terus pergi.
Apabila suaminya pulang, si isteri menceritakan peristiwa yang berlaku . Kemudian terus bertanyakan kepada suaminya apakah yang berlaku pada hari itu di kedainya. Mula-mula suaminya mengatakan tiada apa-apa yang ganjil berlaku. Setelah didesak akhirnya si suami menceritakan bahawa pada siang tadi ada seorang pelanggan perempuan cantik membeli gelang emas. 'Aku terpesona melihat kecantikan tangannya dan memegang tangannya seketika dengan penuh perasaan..'
Maka di jawab oleh si isteri ' Jatuh qisas (balasan) perbuatan abang itu terhadap diri saya.'
Dari kisah ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan salah seorang dari suami atau isteri yang curang akan diterima kesan oleh pihak yang satu lagi. Kiranya isteri berlaku curang maka suaminya akan menerima kesan. Dalam ibarat lain, kalau suami berbuat jahat dengan perempuan lain, orang lain pun akan berbuat jahat dengan isterinya. Peliharalah diri dan keluarga kita dari azab apa neraka..
No comments:
Post a Comment