Tuesday, 3 December 2013

Berbaik sangka sesama manusia

Sikap berbaik sangka sesama manusia akan menghalang terjadinya permusuhan.  Sifat ini sangat terpuji dan Allah akan sentiasa memberikan rahmatnya kepada pemilik hati ini.  Jauhkan sikap suka bersangka buruk dan memburukkan orang lain.  Sifat ini sifat terkeji dan buruk hingga boleh membawa kepada persengketaan dan perbalahan.

Amalkan sikap yang mulia setiap masa.  Contohi akhlak Rasulullah dalam berdakwah dan berhubungan sesama manusia.  Contoh akhlak terbaik adalah dariNya, akhlak yang telah dididik oleh Allah dan itulah akhlak yang terpuji buat umatnya.  

Apa perlunya mengambil akhlak orang yang tidak pernah mahu beriman dengan Islam dan menolak Islam.  Walau ada nampak baiknya mereka dimata manusia, tetapi mereka tetap buruk disisi Allah.  Sifat menolak hidayah dan Islam adalah satu sifat tercela yang akan memusnahkan diri sendiri samada di dunia maupun di Akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment