# Beramal tanpa ilmu tidak berguna, manakala ilmu tanpa amal juga tidak ada maknanya.
# Orang bijak selalu berfikir sebelum berkata-kata, tetapi orang jahil akan berkata sebelum sempat berfikir.
# Hati yang mati adalah hati yang merasakan dirinya lebih hebat dari orang lain.
# orang yang jahil seringkali menyalahkan orang lain apabila berdepan dengan masalah, orang yang bijak akan mencari dimana kesilapan diri dan berusaha membetulkannya.
# semakin banyak mengeluh , semakin banyak masalah yang akan menimpa. Semakin banyak bersyukur, semakin bertambah rezeki tanpa diduga.
# Rezeki sangat suka datang pada yang rajin bersedekah dan liat untuk menghampiri orang yang bakhil.
# Orang yang berhutang wajib menjelaskan hutangnya apabila sampai tempoh dan dikira zalim sekiranya dia melengah-lengahkannya sedangkan dia mampu berbuat demikian.
# orang yang perasan dirinya cantik, sebenarnya dia tidak cantik.
# orang yang benar-benar bijak jarang sekali suka menunjuk-nunjuk kebijakannnya kerana akhlak dan adabnya sahaja telah menggambarkan segalanya.
# keimanan seorang lelaki bukan diukur dengan pakaian yang sentiasa berjubah berserban, tetapi dengan adab dan budi pekerti yang mulia sahaja sudah mencantikkan dirinya.
# orang suka menghina orang lain adalah orang yang kurang bijak dan rasa diri lebih baik dari lain. Merekalah sebenarnya sangat hina disisi Allah berbanding orang yang dihina.
# bersangka baik mampu mententeramkan diri sendiri manakala sering bersangka buruk hanya meletihkan diri sendiri.
# orang yang tenang mampu membahagiakan orang lain manakala orang yang kelam-kabut hanya akan menyusahkan orang lain.
# orang yang bahagia ialah orang yang hatinya tenang kerana ketenangan hanya dari Allah. Orang yang derita adalah orang yang sombong kerana Allah tidak memberinya rasa tenang dan jauh dari rahmatNya.
No comments:
Post a Comment