Manusia mudah lupa, sangka diri yang terbaik, sebenarnya dia lupa bahawa dia semakin lalai dan jauh dari Allah. Dia terlupa sebenarnya dia telah takbur dan bangga diri, rasa hebat dan megah. Sebenarnya diri sendiri telah dijajah oleh Iblis sejak sekian lama, tapi sibuk mencari Iblis dan syaitan dari diri orang lain.
Memang sifat manusia mudah lupa, lupa memuhasabah diri sendiri, lupa mengubati penyakit diri sendiri. Tetapi tidak pernah lupa mencari aib dan kesalahan orang lain, sentiasa berusaha mencanang keburukan orang lain. Terjegil biji mata berbicara hal buruk orang lain. Tapi terlupa satu hari nanti dia akan terjegil biji mata apabila segala amalan nya dipapar di hadapan mata saat kematian mengunjunginya.....masa itu sudah tidak sempat lagi untuk memohon maaf dan minta diampunkan...
Itulah saat yang telah diceritakan dalam al-Quran sejak dahulu lagi, pada hari kebangkitan, mereka menjadi muflis. Segala amal kebaikannya telah disalurkan kepada orang yang pernah dicaci maki dan diaibkan, malah kebaikannya juga telah mengalir kpd orang yang dikutuk dan dihina sewang-wenangnya dan segala amal kebaikannya berlalu begitu sahaja untuk bersama dengan insan yang pernah dihinanya semasa hidup di dunia...
Tidak ada gunanya penyesalan dan tidak ada gunanya ratap tangis. Yang ada hanyalah hilai tawa dan tepukan sorak kegembiraan Iblis dan kuncu-kuncunya krn meraikan kemenangan mereka berjaya menarik kita yang lalai bersamanya di sana....bukan di syurga, tetapi ditempat yang berlawanan dengannya...
No comments:
Post a Comment