Tuesday, 10 December 2013

Kata-kata mutiara

# Jangan terlalu banyak mengeluh, tetapi banyakkan berdoa, kerana doa membuatkan kita sentiasa mengingati Allah.

# Orang sabar berhak mendapat bahagia, orang yang kurang sabar bersiap sedia mendapat derita.

# Jika sering mencari salah orang lain, kita akan letih.  Tetapi jika banyak mencari salah sendiri kita akan tenang dan malu sendiri.

# Bekerja tanpa ilmu memenatkan, bekerja dengan adanya ilmu sangat membahagiakan.

# Orang yang bodoh ialah orang yang merasakan dirinya pandai. 

 # Al-Quran bukan hanya untuk dipertanding dan dilagukan, tetapi untuk difahami makna dan diambil pengajaran darinya.

# Ilmu yang sebenar dari al-Quran manakala keterangannya dari as-Sunnah.  Pelajarilah ilmu al-Quran dan ambillah pengajaran darinya.

# Orang yang sakit adalah orang yang sentiasa ada perasaan cemburu dan irihati.  Manakala orang yang sihat adalah orang yang sentiasa memaafkan orang lain.

# Orang yang baik adalah orang yang sentiasa menjaga hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga, manakala orang yang zalim adalah orang yang memutuskan hubungan kekeluargaan dan enggan bersilaturrahim.

# Menyesal di dunia jauh lebih baik daripada menyesal di Akhirat.

# Orang yang baik bukan hanya mentaati perintah Allah, tetapi baik juga hubungannya sesama manusia.

# Ilmu yang dimiliki bukan digunakan untuk mengkafir sesama Islam, sebaiknya hendaklah digunakan untuk saling bantu-membantu agar keimanan semakin bertambah.

# Orang yang sombong adalah orang yang sentiasa merasakan orang lain tersesat sedangkan dia sentiasa benar.

# Urusan dakwah adalah urusan setiap muslim, bukan urusan kita menentukan syurga dan neraka seseorang.

No comments:

Post a Comment