Tapi, bila semakin banyak you tube nya dimuatkan dlm facebook, aku dengarlah juga, katanya lucu sangat...pernah dlm satu minggu tu aku asyik dengar ceramah dia. Walaupun kata2 nya kasar, tapi ada unsur2 lawak dan happy, kira layan je la....
Tapi kan, sejak akhir2 ni, hati aku mcm menolak lak bila nak dgr ceramah atau cara dia menjawab soalan. Bukan apa, kdgkala cara dia tu agak kasar dah satu hal, yg aku paling x suka dia mcm suka kondem org lain. Seolah cuma dia seorg aje yg paling betul di Malaysia ni.
Aku pun google lah, cari biodata dia, ingatkan graduate dari negara Arab, Mesir, Syria, Jordan or paling kurang graduan dari dlm Malaysia ni. Rupa2 nya x pernah masuk mana2 Universiti pun, cuma berguru di pondok dgn beberapa org guru.
Oooo...patutlah ada dalam berkomunikasinya agak kurang, kurang pendedahan ilmiah dan metodologi dakwah juga agak kurang. Cara dia menjawab soalan juga penuh dgn unsur humor dan bikin gelak ketawa...kdgkala terlena dlm arus glamor pun ada, maklum dikelilingi oleh para artis....bila lagi?
Baru tahu, rupa2nya, dia dulu pun asalnya artis juga...rockers gitu....no wonder.
kalaulah ulamak zaman silam seperti Imam Shafie melihat keadaan ini, beristighfar banyak2 agaknya, apalagi imam al-Ghazali yg terkenal dgn tasawufnya dan amat takut terlalu banyak ketawa kerana bimbang akan banyak menangis dikemudian hari nanti. ilmu agama kini dijadikan bahan gelak ketawa...
Barulah aku sedar selama ini, org meminatinya hanya kerana lawak jenakanya. Org lupa nak merujuk pada pakar dan ahli ilmu yg sebenanya oleh kerana taksuban yg amat sgt. paling ramai peminat taksuban dari kalangan pelajar universiti sendiri, renung2kan lah...
aku lebih suka mendengar cara dato' dr. harun din, dr. Zaharuddin, dr. Zahazan, Dr. Abdullah yassin, sheikh Nuruddin al-banjari, Habib Ali Zainal Abidin dan lain2 penceramah agama yg memang jelas berilmu dan berkelulusan yg tidak diragukan dan bijak dlm bidang masing2.
Mereka ini beradab dalam menjawab soalan, penuh dgn dalil2 dari sumber ma'thur, berpandukan hadith Rasulullah, sahabat, tabiin dan tabi' tabiin.
satu lagi ustaz fathul bari, walaupun dia muda, tapi setiap kata2nya adalah benar dan tepat. penuh dgn dalil dari hadith dan petikan ayat quran. sejarah Islam juga dalam mindanya. bila trg google, tengok2 dia memang pakar dlm ilmu hadith, degree dari Madinah dan Ijazah master dari Jordan yg kedua2nya dalam bidang al-Hadith. No wonder setiap jwpannya memang bernas dan tegas, kerana dia ahli hadith.
jarang sekali mereka menjawab soalan berpandukan akal fikiran mereka sendiri...kecuali dlm bab2 tertentu. inilah ulamak yg sebenar...beradab dlm berkata-kata, tidak menghina kelompok yg lain dan niat berdakwah untuk semua umat manusia di Malaysia ini.
bukalah mata, bukalah minda......jika berguru, jgn berguru dgn hanya seorang guru. dapatkan ilmu dan pandangan dari guru yg lain pula. lihat dan dengar pandangan org lain, nasihat org lain. kadangkala kita tidak sedar, barangkali dalam nasihat yg diberikan itu, itu adalah ilham dari Allah untuk menyedarkan kita.
sebelum kita terlalu taksub dgn seseorang itu, lihat dulu latar belakangnya, taraf pendidikannya dan dalam bidang apa pengajiannya sebelum ini. supaya kita tidak terkeliru apabila mendapat jawapan dari setiap soalan yg diajukan.
yg paling baik, lebih baik kita sendiri yg belajar secara formal dlm bidang agama. now ni dah ada byk kuliah formal dlm bidang agama secara part time utk diploma atau degree agama . cth di OUM, UKM, UM, Kolej2 Islam dan lainnya. trg google...sure jumpa byk.
No comments:
Post a Comment