Kalau dulu aku ni suka melingkar waktu pagi, badan jadi mcm malas malasan gitu, tapi selepas minum tu, memang different la...berpeluh2.... Makin bersemangat nak exercise and buat kerja2 umah ni.
Satu lagi bila lapar lak, aku sediakan roti fiber gardenia tu. aku bancuh madu ngan serbuk kayu manis gak tau. Pas tu aku letak sikit peanut butter kat roti tu, baru aku letakkan madu + serbuk cinnamon tu, sedap gila beb....Maklum, hari kayu manis sedunia namanya...uoll nak tau, aku rasa kenyang la ....really kenyang, macam x kisah nak makan.
Satu lagi petua aku terbaca kat blog yatt, aku cuba gak. Katanya nak cantik langsing blend timun ngan carrot. Aku buat gak, dgn kulit2 timun tu aku blend, timun hijau jepun tu yer...uuurrgh, rasa cam jamu la pulak. Sedap tu tolak tepi, nak cantik nyer pasal.
Pagi tadi sebelum gi jogging aku sempat gak rebus jintan manis mcm kat blog yatt tu cerita. Aku. Aku minum + cuka anggur yg beli kat cosway tu. tau apa jadi? Badan aku rasa panas, merayap keseluruh badan...feel fresh.....aku suka! Suka! Suka!
Pas tu, lepas antar anak sekolah, aku terus singgah jogging sambil jalan2 manja kat tasik cempaka di Bangi tu, fuh...memang bersemangat giler la...bertenaga. Aku nampak ada banyak bukit2 kat taman tasik cempaka tu, aku malas nak jalan jauh2, aku cuma tawaf bukit jer, turun naik bukit. Amazing, mcm exercise kat gym lak rasanya, stretching...jauh lebih best dari berjalan2 di tempat landai tu, peluh pun mencurah2 keluar....
No comments:
Post a Comment