Kita sepatutnya kena faham, bila ramai yg dtg kerana makan2, maka akan ramai juga yg akan membuang bahan2 yg x diperlukan oleh sang perut. Masalahnya, apabila masuk ke tempat2 pembuangan itu, MasyaAllah, nak buang pun boleh jadi x jadi nak buang. Dia pun merajuk sama.
Wahai kaum muslimin dan muslimat yg mengaku Islam dan memang beragama Islam. Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman. X beriman seseorang yang tidak menjaga kebersihan diri, keluarga, rumahtangga dan sekelilingnya.
Ibadah solat memerlukan bersuci, bermakna perlu bersih luaran dan dalaman. Bagaimana kita hendak mengambil wuduk jika persekitaran tempat berwuduk pun sangat menjijikkan? Itulah pentingnya faham Islam dan faham mengapa kita menganut agama Islam. Jangan abaikan kebersihan.
No comments:
Post a Comment