Masyarakat Malaysia kini dah semakin canggih, pelbagai gadget berteknologi tinggi dijual dipasaran kita. Anak-anak muda makin mengejar gadget cangggih, sanggup papa dan muflis asalkan bergaya. bukan itu sahaja, suri rumah pun dah terkena penyakit ni, sejak pandai berfacebook dan berwhatssApp ni, makin aktif nampaknya….sudah semacam ketagih.
Ilmu yang wajib belajar dah tak kisah lagi dah, mengadap facebook berjam-jam lamanya. Macamlah facebook tu penyelamatnya di Akhirat kelak. Tanpa kita sedar diri kita telah dilalaikan oleh gadget canggih ciptaan manusia…
Tanda dunia semakin hampir pada penamatnya, manusia hari ini tidak lagi bersilatur rahim seperti dahulu. Perhubungan jadi semakin moden, tanpa perlu berbicara, hanya dihujung jari segala perkataan. Boleh pulak bergaduh sakan tidak bertegur sapa sesama ahli keluarga hanya kerana tulisan sahaja…salah faham dalam menulis pun boleh bercerai berai..ish..ish..
Mari kita lihat salah satu faktor kelemahan umat Islam masa kini. Kerana Yahudi? itulah alasan yang sering kita dengar. Salah sikit tuduh sana sini, lupa lihat silap diri sendiri. Orang yang dituduh semakin maju, kita juga masih begitu.
Mereka siang malam bekerja keras mencipta pelbagai kemajuan teknologi, kita siang malam tidur bertemankan gadget henfon canggih. Orang lain dah meneroka angkasa lepas, kita masih ditahap yang sama. Apabila hidup dalam kelalaian, memang suka menyalahkan orang lain. Tidak dinafikan sama sekali!
Orang Yahudi cipta pelbagai aplikasi canggih, orang Islam juga pengguna tegar yang melanggannya. Bila kita ditindas dan terasa lemah, nak salahkan yahudi juga? Sape yang bijak dan siapa yang terpedaya di sini…kita juga kan…
Ayuhlah saudara ku, bersama menambah ilmu yang kurang, umat islam kini kekurangan ilmu. Walau ada wang berkarung atau setinggi gunung, andai tiada ilmu, dengan mudah kita akan dipergunakan. Dengan mudah kita ditipu, diperlekehkan dan diperbodohkan.
Jika tiada ilmu, kata-kata kita tiada siapa yang mahu mendengarkan biarpun wang kita setinggi gunung…kerana kita cuma ada peluru tetapi tiada senjata untuk melancarkan peluru tersebut.
No comments:
Post a Comment