Monday, 19 May 2014

Seni pengurusan waktu

Antara seni pengurusan waktu yang dibaca dalam sebuah rencana baru ni, katanya utamakan kerja yang susah dahulu dan kemudian yang senang. Tujuannya apabila memulakan kerja diawal waktu selalunya minda kita masih cergas dan mampu menjadikan kerja yang susah menjadi senang. Nak cuba lah, selalunya mesti nak buat yang senang dulu kan...yang susah esok lusa, akhirnya buat kelam kabut, hasil tak seberapa...ada betulnya juga..

Menurutnya lagi, jika anda mahir akan sesuatu perkara, jangan hanya melakukan kerja yg anda mahir sahaja tetapi meninggalkan kerja yang anda tidak mahir. Cuba juga melakukan kerja yang anda tidak mahir supaya anda mahir dalam segala hal. Bagus juga ye...

Katanya lagi dalam rencana tu, jangan sesekali bertamu ke rumah orang lain secara tiba-tiba, sebaiknya rancanglah terlebih dahulu agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Elakkan sama sekali menziarahi orang lain tanpa pengetahuannya....buat kejutan la konon....barangkali dia tidak bersedia dengan kedatangan anda dan anda akan kecewa dengan layanannya yang tidak seberapa lantaran dia sendiri  ada urusan lain, tetapi terpaksa melayan anda.

Dalam berziarah, elakkan berlama-lamaan, sebaiknya segerakan dan tidak berbual kosong terlalu lama. Kemungkinan tuan rumah ada urusan lain yang lebih perlu dan kita juga perlu menghormati privasi mereka. Betul juga...

Jika anda ditanya atas sesuatu urusan, jangan teragak-agak memberi jawapan.  Seolahnya anda tidak mempunyai pendirian.  Beri jawapan segera. Contoh, jika anda sedang ada urusan lain yang lebih penting, tetapi rakan anda minta menemankannya minum atau berjalan-jalan, anda perlu pandai mengelak dan memberi alasan. Dengan cara itu tidak akan membazir waktu anda dan anda terselamat dari membuang masa begitu sahaja. Konon nak ambil hati kawan la tu agaknya...

Utamakan apa yang lebih utama dan jangan membuang masa memikirkan perkara yang remeh temeh.  Ilmu yang wajib dipelajari, pelajarilah bersungguh-sungguh.  Mana yang difikirkan kurang penting dan hanya cabang-cabang kecil yang sekiranya ditinggalkan tidak menjadi hal, ketepikan sahaja. Sibuk baca gossip kut...mengaji pun masih tak betul...agaknya lah!

Antara yang paling menarik dalam rencana tersebut, katanya lagi jangan membuat pelbagai kerja dalam satu masa, tetapi fokus pada satu-satu kerja secara bergilir kerana hasilnya jauh lebih baik daripada membuat segala macam urusan dalam satu masa. Ikut jadual la kiranya tu....
(Arabiyyah Baina Yadaik, kitab 5, Kingdom of Saudi Arabia)


No comments:

Post a Comment