Wednesday, 29 October 2014

Pelajar universiti ranking pertama di Malaysia suka berdemonstrasi

Katanya universiti ranking pertama di Malaysia, hebat dan gah. Pelajar pun rasa gah dan bangga berada disana. Tetapi akhlak dan sahsiah pelajarnya berada diranking ke berapa ye? Bukan semua tetapi sebahagian. Bangga merosakkan kemudahan tempat belajar sendiri, bangga bertempik sorak menghina pihak pentadbiran tempat dia menuntut ilmu, bangga mencerca dan bangga melanggar peraturan dan akta universiti sendiri. 


Setiap peraturan ada kebaikannya agar kita lebih berdisiplin. Majoriti kelihatan pelajar muda beragama Islam, yang sepatutnya memberi contoh terbaik kepada yang bukan Islam, menjadi Dai'e mencontohi akhlak Rasululllah dalam setiap urusan, tetapi jauh menyimpang dari sifat tersebut. Malah sifat tersebut menjauhkan orang bukan Islam dari mahu mendekati Islam. Disangka itulah Islam, tanpa disedari telah mencemari adab dan nilai2 murni agama sendiri. 


Apabila mengenal Islam melalui pintu politik, ahli politiklah jadi idola. Sanggup bermati-matian membela mereka. Apabila mengenal Islam melalui pintu taksub, taksublah yang akan menguasai diri, tidak akan menerima pandangan orang lain walaupun pandangan itu benar. Dalam menimba ilmu, jangan hanya melihat menggunakan satu kacamata shj, kita akan jumud. Jangan hanya menerima satu pandangan sahaja, kita akan sesat, jangan hanya bertaqlid pada satu pendapat sahaja, kita akan binasa dan rugi. Buang kacamata politik, buang kacamata taksub.


 Belajarlah menerima pandangan orang lain yang lebih berilmu dari kita. Dalam membuat penilaian, belajarlah melihat sudut kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Kita akan mampu berfikiran normal. Jika melihat keburukan melebihi kebaikan, tinggalkan kerana ia hanya akan membinasakan diri sendiri, Sesuatu yang mula dilupakan oleh anak muda Islam kini ialah beriman dengan Qada' dan Qadar. Lupa memahami Qada' dan Qadar dan lupa bahawa Allah lebih tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. 


Bacalah surah al-Kahfi setiap hari jumaat, kerana dengan beramal dengannya kita akan dapat melihat sendiri yang mana benar atau salah, mampu menangkis fitnah jika ianya memang fitnah. Mampu memberi jawapan yang kita perlukan dan setiap tindakan akan dipandu oleh Allah swt dgn cara yg bijaksana. . Apa juga bentuk fitnah dan berita yang tidak benar sukar sekali diterima kerana penglihatan menggunakan mata hati akan lebih terang dari pandangan mata luaran. Hidup akan jadi lebih tenang kerana pandangan mata hati tidak pernah menipu.


Tidak perlu bertempik sorak terkinja2 merusuh merosakkan harta benda awam. Itulah orang yang bijaksana, memelihara harta benda awam sama seperti memelihara harta sendiri. Jangan bangga menjadi pelajar yang melanggar peraturan, tetapi banggalah menjadi pelajar yang berdisiplin dan ada sakhsiah diri yang baik, itulah yang sepatutnya ada dalam diri setiap pelajar dan patut dijadikan idola.

DEMONSTRASI BUKAN BUDAYA ISLAM

Ramai mahasiswa yg telah dibuang dan akan di buang universiti kerana ikut demonstrasi.
Siapa yg bersalah? 

Larangan demonstrasi: atau menjerit-jerit dijalanan sabda Rasululah saw maksudnya:

" Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit dijalanan."  (riwayat ibnu abi dunya dari jabir Nabi s.a.w bersabda maksudnya:  "Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat :

1). tempat makmur(masjid) telah lengang dan tempat lengang(pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai). 

2) orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan(demonstrasi) .

3) Seorang menggesel Amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu ."  (Riwayat imam at-tabrani dalam al-kadir).

HADIS di atas menerangkan bahawa pada akhir zaman nanti timbul di kalangan umat islam mereka yang berjuang bagi menyatakan dan menzahirkan tuntutan dan tentangan terhadap pemerintah Islam melalui cara demontrasi / tunjuk perasaan. 

Ketika mengulas hadis permulaan di atas. 'Allaamah mufti brunei dalam kumpulan fatwanya  katanya: 

" SALAH SATU PERKARA YANG TIMBUL SEKARANG INI DIKALANGAN ORANG ISLAM IALAH MEREKA MENGIKUT CARA ORANG KAFIR, CARA ORANG EROPAH / CARA ORANG BARAT, IAITU MEREKA BERARAK DI JALANAN DENGAN MENINGGIKAN SUARA DAN MENJERIT-JERIT MENZAHIRKAN TUNTUTAN MEREKA, DENGAN BERIKTIQAD BAHAWA CARA ITU ADALAH SUATU JIHAD.  SEDANGKAN NABI S.A.W. TELAH MELARANG BAHAWA PERBUATAN BERJUANG CARA BERARAK DI JALANAN DAN MEMEKIK-MEKIK ITU SEBAGAI MENGIKUT CARA ORANG JAHILIAH YANG BUKAN ISLAM. WALLAHU A'LAM

Tuesday, 20 May 2014

Suami isteri jangan terlalu menunjuk kemesraan di khalayak ramai

Pasangan suami isteri ni memang sebaiknya sentiasa bersangka baik. Eratkan hubungan suami isteri seperti baru kawin walaupun telah berpuluh tahun berkahwin.

Cuma kekadang apabila ada pasangan suami isteri yg terlalu tunjuk sangat daring mereka dikhalayak ramai tu, eloklah kurangkan sedikit. Mesra lah dalam rumah dan dibilik tidur sahaja. Itu lebih baik dan sebaiknya.

Jangan terlampau menunjuk sangat dalam facebook atau instagram atau twitter tu. Mungkin ramai yang tak tau tentang penyakit ain,iaitu penyakit pandangan mata orang yang berniat jahat terhadap kita.

Dalam beratus atau beribu pasang mata yg menatap wajah kita, tidak semuanya mendoakan yg baik-baik, malahan ada juga yang berniat jahat  yg mengharapkan perceraian suami isteri.

Niat jahat itu satu langkah pertama utk menjatuhkan seseorang. Kata2 buruk itu juga satu hasad dengki. Belum lagi yg berniat jahat terhadap suami atau isteri kita sendiri. Yg berminat pd isteri atau suami kita pun ada juga. Yang mengintai2 pun ramai juga.

Contoh dah banyak sangat kita lihat, terutama dikalangan artis. Lihatlah r/tangga mereka. Majlis kahwin meriah bagai nk rak...'wedding of the Year' lagi.  Lepas tu posing sana sini daring sgt, tunjuk2 sangat. Tup..tup..x lama lepas tu dengar berita badai melanda..gambar pakai cermin mata hitam, pakai selendang pun terpampang di akhbar...apalagi kalau bukan....??

Masyarakat awam pun mcm percaya dgn tidak..nampak berpeluk sakan. Romantik jangan cerita lah...gambar yg berbicara disebalik kepalsuan....

Hati2 la...sayangilah r/tangga kita dan biarlah kemesraan sebenar hanya kita shj yg tahu. Mohonlah bantuan Allah selalu agar memelihara r/tangga yang dibina.

Monday, 19 May 2014

Rakyat Malaysia yang semakin leka dengan gadget canggih

Masyarakat Malaysia kini dah semakin canggih, pelbagai gadget berteknologi tinggi dijual dipasaran kita.  Anak-anak muda makin mengejar gadget cangggih, sanggup papa dan muflis asalkan bergaya. bukan itu sahaja, suri rumah pun dah terkena penyakit ni, sejak pandai berfacebook dan berwhatssApp ni, makin aktif nampaknya….sudah semacam ketagih.

Ilmu yang wajib belajar dah tak kisah lagi dah, mengadap facebook berjam-jam lamanya.  Macamlah facebook tu penyelamatnya di Akhirat kelak.  Tanpa kita sedar diri kita telah dilalaikan oleh gadget canggih ciptaan manusia…

Tanda dunia semakin hampir pada penamatnya, manusia hari ini tidak lagi bersilatur rahim seperti dahulu.  Perhubungan jadi semakin moden, tanpa perlu berbicara, hanya dihujung jari segala perkataan.  Boleh pulak bergaduh sakan tidak bertegur sapa sesama ahli keluarga hanya kerana tulisan sahaja…salah faham dalam menulis pun boleh bercerai  berai..ish..ish..

Mari kita lihat salah satu faktor kelemahan umat Islam masa kini. Kerana Yahudi? itulah alasan yang sering kita dengar. Salah sikit tuduh sana sini, lupa lihat silap diri sendiri.  Orang yang dituduh semakin maju, kita juga masih begitu.

Mereka siang malam bekerja keras mencipta pelbagai kemajuan teknologi, kita siang malam tidur bertemankan gadget henfon canggih. Orang lain dah meneroka angkasa lepas, kita masih ditahap yang sama. Apabila hidup dalam kelalaian, memang suka menyalahkan orang lain. Tidak dinafikan sama sekali!

Orang Yahudi cipta pelbagai aplikasi canggih, orang Islam juga pengguna tegar yang melanggannya. Bila kita ditindas dan terasa lemah, nak salahkan yahudi juga? Sape yang bijak dan siapa yang terpedaya di sini…kita juga kan…

Ayuhlah saudara ku, bersama menambah ilmu yang kurang, umat islam kini kekurangan ilmu.  Walau ada wang berkarung atau setinggi gunung, andai tiada ilmu, dengan mudah kita akan dipergunakan. Dengan mudah kita  ditipu, diperlekehkan dan diperbodohkan.

Jika tiada ilmu, kata-kata kita tiada siapa yang mahu mendengarkan biarpun wang kita setinggi gunung…kerana kita cuma ada peluru tetapi tiada senjata untuk melancarkan peluru tersebut.

Seni pengurusan waktu

Antara seni pengurusan waktu yang dibaca dalam sebuah rencana baru ni, katanya utamakan kerja yang susah dahulu dan kemudian yang senang. Tujuannya apabila memulakan kerja diawal waktu selalunya minda kita masih cergas dan mampu menjadikan kerja yang susah menjadi senang. Nak cuba lah, selalunya mesti nak buat yang senang dulu kan...yang susah esok lusa, akhirnya buat kelam kabut, hasil tak seberapa...ada betulnya juga..

Menurutnya lagi, jika anda mahir akan sesuatu perkara, jangan hanya melakukan kerja yg anda mahir sahaja tetapi meninggalkan kerja yang anda tidak mahir. Cuba juga melakukan kerja yang anda tidak mahir supaya anda mahir dalam segala hal. Bagus juga ye...

Katanya lagi dalam rencana tu, jangan sesekali bertamu ke rumah orang lain secara tiba-tiba, sebaiknya rancanglah terlebih dahulu agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Elakkan sama sekali menziarahi orang lain tanpa pengetahuannya....buat kejutan la konon....barangkali dia tidak bersedia dengan kedatangan anda dan anda akan kecewa dengan layanannya yang tidak seberapa lantaran dia sendiri  ada urusan lain, tetapi terpaksa melayan anda.

Dalam berziarah, elakkan berlama-lamaan, sebaiknya segerakan dan tidak berbual kosong terlalu lama. Kemungkinan tuan rumah ada urusan lain yang lebih perlu dan kita juga perlu menghormati privasi mereka. Betul juga...

Jika anda ditanya atas sesuatu urusan, jangan teragak-agak memberi jawapan.  Seolahnya anda tidak mempunyai pendirian.  Beri jawapan segera. Contoh, jika anda sedang ada urusan lain yang lebih penting, tetapi rakan anda minta menemankannya minum atau berjalan-jalan, anda perlu pandai mengelak dan memberi alasan. Dengan cara itu tidak akan membazir waktu anda dan anda terselamat dari membuang masa begitu sahaja. Konon nak ambil hati kawan la tu agaknya...

Utamakan apa yang lebih utama dan jangan membuang masa memikirkan perkara yang remeh temeh.  Ilmu yang wajib dipelajari, pelajarilah bersungguh-sungguh.  Mana yang difikirkan kurang penting dan hanya cabang-cabang kecil yang sekiranya ditinggalkan tidak menjadi hal, ketepikan sahaja. Sibuk baca gossip kut...mengaji pun masih tak betul...agaknya lah!

Antara yang paling menarik dalam rencana tersebut, katanya lagi jangan membuat pelbagai kerja dalam satu masa, tetapi fokus pada satu-satu kerja secara bergilir kerana hasilnya jauh lebih baik daripada membuat segala macam urusan dalam satu masa. Ikut jadual la kiranya tu....
(Arabiyyah Baina Yadaik, kitab 5, Kingdom of Saudi Arabia)


Tuesday, 13 May 2014

Warga Afrika yg gigih menuntut ilmu

Da lama x menulis disini..nk share sikit. Masa di UKM tadi terserempak dgn encik Hassan, warga Afrika. Dulu pernah sekelas masa subjek kaunseling/psikologi kt kolej.

Dulu tu BM dia x lah ok sgt. Panggil kami pun 'saudari'...bhs buku! tadi terjumpa di libry, tgh buat Phd now ni di UKM juga. Tajuk thesisnya, mak aii..'Perbandingan atr tafsir al-Azhar(Hamka) dan al Maraghi'.

Thesis dlm BM lagi tu...kami ni tafsir Hamka pun x abis bc lagi dia da nk buat perbandingan lak. dlm berbual tu nampak BM dia dah terlalu baik, improved a lot,  lebih baik dari org kita sendiri.

Semangat bljrnya x pernah padam. Siap ada dua Master, dlm pd buat Master buat Diploma juga, sambung Phd lagi...pembelajaran sepanjang hayat sungguh.

Fasih in English,France,Arabic n Malay and tambah lagi bhs ibunda sendiri. well...org yg benar2 cintakan ilmu sebenarnya x pernah rasa penat dan jemu. Itulah sumber kebahagiaan dia sebenarnya...

Wednesday, 29 January 2014

Kerenah rakan yg pelbagai

Dalam berkawan, kita akan jumpa pelbagai kerenah, ada yg ok, ada yg x ok, ada yg alim, ada yang pura-pura alim, ada yang extreme, ada juga yang cool and tak kurang juga yang very perfectionist.

Apa nak buat bila dikelilingi oleh pelbagai rakan yang mempunyai pelbagai karekter ni ek...kekadang pening gak nak handle. 

What I always did, bila dia suka cakap tinggi sangat, i rendah sikit.  Bila dia terlalu rasa rendah sangat, i up kan dia sikit bagi semangat. Kekadang kita jumpa lak yang keret sikit, x leh orang lain nak buat joke sikit, dia mulalah keluarkan kata-kata pujangga dia tu, konon dia lah yg terbaik.

Ha...yang ni kena bijak sikit, jangan lawan dengan pujangga juga, tapi beri kata2 lawak sikit, dia akan cool down punya. Silap aribulan malu sendiri. 

 Bagi yang suka berlagak alim sangat, itu tak leh, ini x leh, yang ni pun satu hal.  Kita jangan tunjuk sangat yang kita ni tau, buat2 tak tau, biar dia bercerita panjang lebar.  Yang ni, lau nak handle kena pastikan kita ada ilmu tu la, lau tak susah juga.  Tapi sebenarnya yg suka tunjuk pandai tu, dia bukan pandai sgt pun, cakap pun sekadar ikut2 org jer....

Yang penting apa tau? Kita sendiri kena siap sedia dgn ilmu di dada, belajar jangan sama sekali berhenti cukup sekadar SPM je, tak leh...x cukup tu.  Belajar dan terus belajar tanpa henti, janji jangan berhenti menghadiri majlis ilmu.  

Ingat....org yg berilmu lah sebenarnya x suka cakap meninggi diri, tak suka bermegah2, tak suka tunjuk pandai dan berlagak alim.  Org berilmu sebenarnya lebih byk diam daripada berkata2, kata2nya umpama emas permata, sekali keluar penuh dgn nilaian yang tinggi.  Dia tidak akan berckp perkara nonsence, jauh sekali menunjuk2 pandai dan meninggi diri, kata2nya adalah azimat dan zahir dari hati yg ikhlas dan bijaksana. 

Oleh itu, kenalah bijak memilih kawan, kawan yg baik bawa bahagia.

Sunday, 19 January 2014

Jangan hanyut dalam percintaan

Kerapkali terdengar ramai pelajar cemerlang gagal dalam pelajaran gara-gara gagal dalam bercinta.  Sayang sekali, lebih mementingkan perkara lain berbanding pelajaran sendiri.  Jangan mempersiakan waktu yang ada, disaat usia masih muda, tenaga masih banyak, mata masih terang dan fikiran masih kuat, gunakan sepenuh peluang yang telah diberikan untuk mengaut seberapa banyak ilmu di dada.  Itulah bekalan terbaik untuk hari tua.  Tidak akan rugi orang yang menuntut ilmu dan tidak akan miskin orang yang berilmu.
                         

Akhlak yang baik disukai ramai...

Walau wajah tidak seindah suria, tetapi andai akhlak seindah akhlak para anbia', diri akan disanjung dan jadi ikutan ramai.  Dihormati dan dimuliakan oleh segenap penghuni langit dan bumi.  Hiasilahdiri seindah bunga yang sedang mekar, dipuja dan diminati ramai.  Elakkan menjadi seperti lalat yang sukakan sesuatu yang busuk dan jelek, dibenci dan jauhi oleh manusia.

                        

Teruskan Belajar tanpa henti

Orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengambil peluang disaat orang lain sedang leka dengan keselesaannya. Orang yang berilmu sentiasa dahagakan ilmu dan sanggup bersusah payah untuk meraih seberapa banyak ilmu tanpa mengenal erti kepayahan.  Tetapi orang yang lalai sangat selesa dengan segala yang ada.  Merasa cukup dengan yang sedikit tanpa menyangka bahawa ilmunya sangat kritikal. 
                          

Sunday, 5 January 2014

Pelajar pengajian Islam, tetapi tidak boleh berbahasa Arab

Kalau pelajar aliran sains boleh berbahasa Inggeris, kita tak hairan kan! Memang mereka perlu mahir bahasa Inggeris sebab itu bahasa perantaraan dalam pembelajaran. Paling tidak pun mereka mampu membaca berbagai ilmu lain dalam Bahasa Inggeris, terdedah juga pada pelbagai ilmu luar. Memahami bahasa lain selain Bahasa Melayu... Fair enough!

Tetapi bagaimana dengan pelajar dalam bidang Pengajian Islam? Sudahlah tidak mampu menguasai Bahasa inggeris dengan baik, Bahasa Arab pun tidak mampu dikuasai! 

 Sedih sungguh melihat keadaan ini, terutama bagi pelajar Pengajian Islam dalam negara. Majoriti tidak mampu membaca teks dalam bahasa Arab dengan kaedah bacaan yang betul.  Apalagi untuk fasih berbahasa Arab, sedih sekali.

Kajian yang dilakukan menunjukkan walaupun mereka ini telah bergelar ustaz dan Ustazah, tetapi kemahiran berbahasa Arab sangat rendah sekali. Kadangkala ada yang telah memiliki Ijazah Master dan Phd, tetapi tidak mampu mengusai Bahasa Arab dengan baik.

Bagaimana mereka mahu memahami Bahasa al-Quran dan hadis, jika Bahasa Arab cuma tahu sedikit-sedikit sahaja. Apalagi untuk menguasai ilmu Nahu/sorof/balaghah dll, jauh sekali. Perkara ini bukan lagi satu hal remeh temeh yang harus dibiarkan.  

Setiap pelajar pengajian Islam perlu mahir dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Inggeris, apatah lagi bahasa Arab, kerana mereka terdedah dalam bidang dakwah.  Berusaha lah menguasai nya walau dgn apa cara sekali pun. Kalau perlu berguru secara bersendirian pun, rasanya sangat perlu.  Sudah tahap kritikal...apa gunanya mengenggam segulung ijazah dalam Pengajian Islam, tetapi tidak memahami Bahasa Arab!

Imam as-Syafie pernah mengatakan bahawa sejahil-jahil orang Islam ialah orang yang tidak tahu berbahasa Arab dan tidak mampu mengusai bahasa Arab.

Bukan hanya bijak mengkritik ahli politik, bijak berbicara soal politik, tetapi apabila disuruh membaca teks Bahasa Arab dan Inggeris, tergagap-gagap.  Apa yg wajib dikuasai tidak diendahkan, tetapi lebih peka pada yang tidak sepatutnya dia melibatkan diri....

Ayuh, sedarlah duhai pelajar Islam, kuasai seberapa banyak ilmu, kita lah yang bakal mengagungkan kembali dunia ilmu pengetahuan ini, bukan hanya pandai mengkritik bab politik, tetapi dangkal dalam banyak ilmu lain yang sepatutnya dikuasai.


Thursday, 2 January 2014

Cantik kan kulit muka dengan harga yang sangat murah

Suka minum kopi tak? Macam? Persepsi bila bercakap pasal kopi kan! Heii...jangan tak tau, kopi ada banyak manfaatnya tau....disamping rasanya seringkali jadi idaman penggemar kopi, ia juga boleh menjadikan kulit muka kita cantik, lembut, cerah dan bersih....saya suka buat cara ni, halus and bersih je wajah jadinya...
                                 

Guna serbuk kopi tu je, kapal api atau apa2 serbuk kopi yg ada la...saya guna serbuk tu je..
Caranya tuang sikit kat piring, basahkan sikit guna air, lumur pada wajah, buat mcm scrub gitu, gosok2 sikit pd wajah kita. 

Pas tu cuba basuh sebelah, nampak bersih sangat yang dah kena scrub tu. Kalau rajin basuh n scrub lagi. Pas tu basuh, marvellous! Kulit lembat, cerah dan mulus, halus berseri. 

Pas tu pakai la pelembab atau moisturiser, kulit menyerap dgn pantas sekali, cantik gitu bila sapu bedak.  Bedak powder pun dah cantik...cubalah!!