Sunday, 24 February 2013

Pelajar yang tidak bersyukur

Masih lagi bergelar pelajar, tapi terasa sangat bijak mengkritik.  Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya. Pelajar hari ini terasa mereka lebih bijak dari para cendikiawan yang sedia ada. Merasakan bahawa pandangan mereka sahaja yang betul, sedangkan orang yang telah berpuluh tahun memajukan negara sendiri, dikatakan bodoh, zalim, haprak dan sebagainya.

Pelajar kena tanya diri sendiri, sudah cukpkah ilmu di dada? Sudah berapa banyak persatuan yang kamu ceburi dan telah berapa kali menjadi pemimpin persatuan? Sudah berapa banyak negara dijelajahi dan sudah mengenali berapa ramai pembesar dan pemimpin negara lain?

Jika masih belum ada satu pun, sedarlah, anda masih jauh ke belakang dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Tidak pernah memimpin persatuan, tetapi pandai mengkritik kepala segala kepimpinan. Sebenarnya andalah yang dungu dan zalim terhadap diri sendiri, kerana membiarkan diri terus- terusan dalam dosa dengan menyebarkan fitnah dan kata nista.

Lebih malang  lagi apabila anda pelajar aliran agama yang tidak memahami bagaimana cara mendidik hati dengan sempurna. Jika mereka ini gagal mendidik hatinya dengan sempurna, amat malang sekali.  Malahan lebih malang dari pemimpin atau ketua negara yang dihinanya itu.

Kerana anda tidak pernah berjasa pada negara, tetapi menghina orang yang sering berpenat lelah dan tidak tidur lena hanya kerana mahu memastikan anda dapat belajar dengan selamat sempurna di tempat pembelajaran anda.  Mereka juga yang  memastikan anda pulang dengan selamat jika berlakunya pemberontakan dari pemimpin yg benar2 zalim ditempat anda belajar. Tetapi berapa ramai di antara kamu wahai para pelajar yang sedar dan bersyukur?

No comments:

Post a Comment