Pasangan suami isteri ni memang sebaiknya sentiasa bersangka baik. Eratkan hubungan suami isteri seperti baru kawin walaupun telah berpuluh tahun berkahwin.
Cuma kekadang apabila ada pasangan suami isteri yg terlalu tunjuk sangat daring mereka dikhalayak ramai tu, eloklah kurangkan sedikit. Mesra lah dalam rumah dan dibilik tidur sahaja. Itu lebih baik dan sebaiknya.
Jangan terlampau menunjuk sangat dalam facebook atau instagram atau twitter tu. Mungkin ramai yang tak tau tentang penyakit ain,iaitu penyakit pandangan mata orang yang berniat jahat terhadap kita.
Dalam beratus atau beribu pasang mata yg menatap wajah kita, tidak semuanya mendoakan yg baik-baik, malahan ada juga yang berniat jahat yg mengharapkan perceraian suami isteri.
Niat jahat itu satu langkah pertama utk menjatuhkan seseorang. Kata2 buruk itu juga satu hasad dengki. Belum lagi yg berniat jahat terhadap suami atau isteri kita sendiri. Yg berminat pd isteri atau suami kita pun ada juga. Yang mengintai2 pun ramai juga.
Contoh dah banyak sangat kita lihat, terutama dikalangan artis. Lihatlah r/tangga mereka. Majlis kahwin meriah bagai nk rak...'wedding of the Year' lagi. Lepas tu posing sana sini daring sgt, tunjuk2 sangat. Tup..tup..x lama lepas tu dengar berita badai melanda..gambar pakai cermin mata hitam, pakai selendang pun terpampang di akhbar...apalagi kalau bukan....??
Masyarakat awam pun mcm percaya dgn tidak..nampak berpeluk sakan. Romantik jangan cerita lah...gambar yg berbicara disebalik kepalsuan....
Hati2 la...sayangilah r/tangga kita dan biarlah kemesraan sebenar hanya kita shj yg tahu. Mohonlah bantuan Allah selalu agar memelihara r/tangga yang dibina.