Friday, 29 November 2013

Para ustaz saling mengata antara satu sama lain

Sejak akhir-akhir ni, semakin pelik senario sebahagian para agamawan di negara Malaysia ni. Saling cemuh -mencemuh antara satu sama lain.  Pantang orang tu ada pandangan lain sikiit dari dia, mula lah kafir mengkafir, hina-menghina dan kata-mengata. Apa yg dapat disimpulkan, mereka ni cuma tahu bab agama je, bila tanya bab lain melopong tak boleh jawab.

Pandai guna gadget canggih iphone, ipad, tablet dan sebagainya, bila ditanya tentang penciptaan teknologi tu, daya ketahanan, sustainability, bagaimana untuk lebih berkesan lagi penggunaan, semua tak tahu. Bab sains teknologi failed.  Belum lagi tanya bab engineering, lagi la geleng kepala. Yang tau bab agama sahaja  tak abis-abis mencari salah orang lain, orang tu jatuh kafir, orang ni ni jahil, itu ahli neraka, ini ahli maksiat....dia sorang je ahli syurga kut...

Sedarlah, dalam kita sibuk mencerca dan mencemuh orang lain, orang bukan Islam di seluruh dunia semakin ke hadapan dalam bidang sains dan teknologi. Mereka lebih advance dalam bidang keilmuan berteknologi tinggi. Mereka juga sedang rancak mencipta senjata untuk memusnahkan umat Islam, kita juga yang masih syok sendiri...kafir mengkafir orang disana sini. Kita masih berada di tahap yang sama, entah2 sifir 1-12 pun tak hafal, duk sibuk menghentam orang sana sini.

Saya cadangkan para agamawan ni kena belajar ilmu kaunseling dan psikologi lebih mendalam lagi.  Supaya apabila berdakwah tidaklah terjerit2 sampai kembang leher.  Ilmu tu sangat penting untuk dikuasai. Manusia ni lebih mudah menerima dakwah jika dakwah dijalankan dengan penuh kasih sayang dan bahasa yang sedap di dengar. Elakkan sama sekali sebagai pendakwah menggunakan bahasa "aku" atau "engkau"  dalam berdakwah. Sungguh kurang adab dan kurang sopan penggunaan perkataan itu.

Apa yang sedihnya, sebahagian besar pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam sendiri khususnya di UKM menggunakan gelaran tersebut dalam dewan kuliah. Sangat malang, walau ada gelaran Phd, tapi masih ada adab sopan yang tercicir dari dalam diri.  Barangkali juga kerana bangunan di sana buruk-buruk belaka, maka memberi kesan aura diri yang buruk juga? Bangunan pulak yang disalahkan..

Bab bangunan universiti ni pun satu, sediakanlah kemudahan yang selesa sikit untuk para pelajar.  Kasihan yang datang dari jauh untuk menuntut ilmu, segala kemudahan lapuk belaka.  Bayar tetap mahal juga, bukan percuma pun. Barangan zaman sejak sebelum merdeka pun masih tersimpan lagi kut...kasihan...kurang selesa, maaf cakap lah...sangat2 jauh beza daripada universiti lain, apalagi jika nak dibandingkan dengan universiti swasta, macam langit dengan bumi kemudahannya. Nama bangunan sains teknologi, tapi entah dimana teknologinya pun x tahu la...dalam dewan kuliah, siling pun tunggu masa nak rebah, dengar citer tangga naik ke syiling tu dah tiga tahun di situ, entah lah..

                                     

Berbalik pada sebahagian daripada para asatizah yang syok sendiri tadi, yang terasa mereka ni alim ulamak ni, boleh jadi juga mereka ini terlupa melihat bagaimana adab Rasulullah saw dalam berdakwah dan berkata-kata.  Dia sangka dia telah hebat kerana memiliki ilmu tertinggi, tetapi pada masa yang sama, dia telah meletakkan dirinya setaraf dengan golongan yang tidak berilmu.  Barangkali terasa diri adalah ahli syurga, manakala orang lain adalah ahli neraka, maka dalam dewan kuliah juga dijadikan tempat meluahkan rasa ketidakpuasan hati.....sungguh kasihan golongan intelek bersikap sedemikian...

Apabila diteliti dan diperhatikan, golongan dari kalangan para profesional yang mempunyai ilmu dalam bidang sains teknologi, matematik, fizik kimia, perubatan dan sebagainya, jika mereka ada ilmu Islam dalam dirinya, mereka ini lebih hebat dari golongan ustaz ustazah yang hanya mengetahui bidang agama sahaja.  Contohnya Prof.dr. Muhaya (Perubatan), Dr. pahrol Mohd Joui ( perubatan), Prof. Dr. Mat Rofa (Matematik) dan lain-lain. Cuba dengarkan cara mereka berkata-kata, meresap hingga ke jantung hati. Kekal lama dalam ingatan dan sanubari.

 Golongan profesional lebih bersopan dalam berbicara, beradab dan enak didengar tutur katanya berbanding golongan ustaz ini, yang apabila berceramah sahaja menjerit-jerit dan mencaci cerca. Kembalikanlah semula kehebatan para ilmuan silam yang mempunyai ilmu al-Quran dan al Hadis tetapi pada masa yang sama mereka juga adalah ahli sains, perubatan, ahli fizik, kimia, geografi, sejarah dan lainnya.

Golongan sedemikianlah yang layak digelar alim ulamak, mempu menguasai pelbagai bidang ilmu. Sifat orang berilmu itu, sentiasa merendah diri, tidak suka mndabik dada.  Tidak akan mencaci cerca orang lain. Sangat kagum dengan cara Dr. Zulkifli al-Bakri dalam berdakwah, lembut dan tidak pernah mendabik dada. Sentiasa dihormati oleh umat Islam di Malaysia ini sehingga menjadi rujukan orang-orang besar. Sekiranya sikap seperti ini diikuti oleh para asatizah di Malaysia ini, yakinlah semua mereka akan sentiasa dihormati, tidak ada siapa yg akan mencemuh mereka.

Jika berdakwah dalam keadaan yang angkuh dan sombong, orang akan benci dan lari.  Mulalah cemuhan terhadap mereka dilemparkan. Mulalah masing-masing keluarkan usul...jangan mencerca ulamak...ulamak itu dan ini...fullstop! Jangan salahkan masyarakat, tetapi carilah salah diri sendiri.  Ada sebab orang benci dan ada sebab orang sayang.  Bukankah rahmah dan kasih sayang itu datangnya dari Allah?

No comments:

Post a Comment