Friday, 29 November 2013

Jangan Bertuhankan Manusia dan Ahli Politik

Semakin lama semakin tenat pemikiran masyarakat sekarang.  Sanggup putus saudara hanya kerana beza pandangan tentang politik.  Barangkali ahli politik yang dipuja-puji tu mampu menolong mereka ketika di padang mahsyar gamaknya!

Ingatlah, pada hari kebangkitan semula, hanya amalan soleh yang mampu membantu kita, disamping anak-anak yang soleh dan solehah.  Jika di dunia tidak habis-habis menghentam sesama Islam sendiri.     Fikir-fikirkanlah...

Jangan ikut nafsu, jangan letak politik di hadapan dan akidah di belakang.  Allah turunkan kita ke dunia ini untuk mencari seberapa banyak ilmuNya agar kita menjadi insan mulia yang bertaqwa dan sentiasa menurut akhlak dan jejak langkah Rasul Nya Muhammad saw.  Siapa ikutan kita di akhir zaman ini?  Adakah kita rasa ahli politik jauh lebih mulia daripada Rasulullah?

Betapa ramai yang tertipu pada hari ini. Ahli politik terus memburu kuasa dengan memperkudakan para pengikut dan penyokongnya.  Penyokong bergaduh, dihukum penjara, bertindak ganas, mencaci maki, manakala ahli politik dokongan mereka seronok2 dapat gaji bulanan beribu-ribu, puluhan ribu dengarnya kini, projek masuk bertali arus, hidup mewah, senang lenang, pindah hotel mewah sana sini, makan pun mewah, anak isteri lagi tambah mewah....silap aribulan isteri pun makin bertambah, tukar pucuk muda!

Meh kita fikir sikit....kita penyokong ni dapat apa? Silap aribulan nak dapat serpihan projek pun sakit, bila nak minta tolong, dia asyik sibuk.  Nak jumpa dah kena ada protokol, ada PA jaga.  Kena ada temujanji berbagai....alahai kesiannn....

Tak payah fikir jauh2, saya sendiri dah merasa tempiasnya.  Dulu masa dia sibuk bertanding sana sini, sibuk berkempen sana sini, kamilah yang jadi mangsa hantar dan jemput anaknya sekolah. Tak mengapalah, kita anggap biasa je, kebetulan anak-anaknya sekolah sama. Anak saya sorang, anak dia 3 orang...akhirnya dia menang juga bertanding, dengar dah jadi Exco, wah! Alhamdulillah...Walaupun kita tak pernah pun menyokong dan membantunya berkempen, dan tak juga menyokong mana-mana parti, buang masa memikir semua tu. Dia nak bertanding, dalam kesempitan, kita bantu, anggap bantu sesama Islam...

Biasalah bila dah jadi orang besar-besar, bahasa dah mula tinggi, maklum jadi sanjungan ke sana sini. Call memang dah tak berangkat, nak minta tolong itu ini jangan harap la.... Waktu dia minta pertolongan kita, lembut gigi dari lidah. Memang manusia mudah lupa. Sbb itulah jangan terlalu mengharap pada manusia, kita akan merana. Jangan terlalu menyanjung manusia selain para Nabi, mereka bukan maksum. Nafsu masih menguasai diri...berpada-pada lah ye...

Lebih baik kita abadikan diri dengan mencari seberapa banyak ilmu.  Dengan adanya ilmu Allah akan naikkan darjat kita, Allah akan muliakan kita di sisi manusia juga.  Tak perlu menyapu bontot ahli politik nak dapat nama dan perhatian, nak projek dan sebagainya, rugi akan balik pada diri sendiri, kita akan jadi umpama melukut ditepi gantang, lama-lama dia pulak meluat tengok kita...

Pastikan diri sendiri berilmu, mampu menguasai bahasa Arab dan bahasa Ianggeris sebaiknya, yakin ilmu hanya berada di hujung jari sahaja.  Kita tidak akan ketinggalan dari segenap sudut krn kebanyakan sumber lmu datang daripada dua bahasa ini.  Dalami bahasa al-Quran, disitulah kehebatan kita sebenarnya.  Jika kita dah memiliki ilmu ini, baru kita nampak bahawa dalam diri manusia sangat banyak tipu daya.  Dekatkan diri pada Allah dan yakinlah hanya Allah yang mampu memberikan kita kebahagiaan dan ketenangan.

Para ustaz saling mengata antara satu sama lain

Sejak akhir-akhir ni, semakin pelik senario sebahagian para agamawan di negara Malaysia ni. Saling cemuh -mencemuh antara satu sama lain.  Pantang orang tu ada pandangan lain sikiit dari dia, mula lah kafir mengkafir, hina-menghina dan kata-mengata. Apa yg dapat disimpulkan, mereka ni cuma tahu bab agama je, bila tanya bab lain melopong tak boleh jawab.

Pandai guna gadget canggih iphone, ipad, tablet dan sebagainya, bila ditanya tentang penciptaan teknologi tu, daya ketahanan, sustainability, bagaimana untuk lebih berkesan lagi penggunaan, semua tak tahu. Bab sains teknologi failed.  Belum lagi tanya bab engineering, lagi la geleng kepala. Yang tau bab agama sahaja  tak abis-abis mencari salah orang lain, orang tu jatuh kafir, orang ni ni jahil, itu ahli neraka, ini ahli maksiat....dia sorang je ahli syurga kut...

Sedarlah, dalam kita sibuk mencerca dan mencemuh orang lain, orang bukan Islam di seluruh dunia semakin ke hadapan dalam bidang sains dan teknologi. Mereka lebih advance dalam bidang keilmuan berteknologi tinggi. Mereka juga sedang rancak mencipta senjata untuk memusnahkan umat Islam, kita juga yang masih syok sendiri...kafir mengkafir orang disana sini. Kita masih berada di tahap yang sama, entah2 sifir 1-12 pun tak hafal, duk sibuk menghentam orang sana sini.

Saya cadangkan para agamawan ni kena belajar ilmu kaunseling dan psikologi lebih mendalam lagi.  Supaya apabila berdakwah tidaklah terjerit2 sampai kembang leher.  Ilmu tu sangat penting untuk dikuasai. Manusia ni lebih mudah menerima dakwah jika dakwah dijalankan dengan penuh kasih sayang dan bahasa yang sedap di dengar. Elakkan sama sekali sebagai pendakwah menggunakan bahasa "aku" atau "engkau"  dalam berdakwah. Sungguh kurang adab dan kurang sopan penggunaan perkataan itu.

Apa yang sedihnya, sebahagian besar pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam sendiri khususnya di UKM menggunakan gelaran tersebut dalam dewan kuliah. Sangat malang, walau ada gelaran Phd, tapi masih ada adab sopan yang tercicir dari dalam diri.  Barangkali juga kerana bangunan di sana buruk-buruk belaka, maka memberi kesan aura diri yang buruk juga? Bangunan pulak yang disalahkan..

Bab bangunan universiti ni pun satu, sediakanlah kemudahan yang selesa sikit untuk para pelajar.  Kasihan yang datang dari jauh untuk menuntut ilmu, segala kemudahan lapuk belaka.  Bayar tetap mahal juga, bukan percuma pun. Barangan zaman sejak sebelum merdeka pun masih tersimpan lagi kut...kasihan...kurang selesa, maaf cakap lah...sangat2 jauh beza daripada universiti lain, apalagi jika nak dibandingkan dengan universiti swasta, macam langit dengan bumi kemudahannya. Nama bangunan sains teknologi, tapi entah dimana teknologinya pun x tahu la...dalam dewan kuliah, siling pun tunggu masa nak rebah, dengar citer tangga naik ke syiling tu dah tiga tahun di situ, entah lah..

                                     

Berbalik pada sebahagian daripada para asatizah yang syok sendiri tadi, yang terasa mereka ni alim ulamak ni, boleh jadi juga mereka ini terlupa melihat bagaimana adab Rasulullah saw dalam berdakwah dan berkata-kata.  Dia sangka dia telah hebat kerana memiliki ilmu tertinggi, tetapi pada masa yang sama, dia telah meletakkan dirinya setaraf dengan golongan yang tidak berilmu.  Barangkali terasa diri adalah ahli syurga, manakala orang lain adalah ahli neraka, maka dalam dewan kuliah juga dijadikan tempat meluahkan rasa ketidakpuasan hati.....sungguh kasihan golongan intelek bersikap sedemikian...

Apabila diteliti dan diperhatikan, golongan dari kalangan para profesional yang mempunyai ilmu dalam bidang sains teknologi, matematik, fizik kimia, perubatan dan sebagainya, jika mereka ada ilmu Islam dalam dirinya, mereka ini lebih hebat dari golongan ustaz ustazah yang hanya mengetahui bidang agama sahaja.  Contohnya Prof.dr. Muhaya (Perubatan), Dr. pahrol Mohd Joui ( perubatan), Prof. Dr. Mat Rofa (Matematik) dan lain-lain. Cuba dengarkan cara mereka berkata-kata, meresap hingga ke jantung hati. Kekal lama dalam ingatan dan sanubari.

 Golongan profesional lebih bersopan dalam berbicara, beradab dan enak didengar tutur katanya berbanding golongan ustaz ini, yang apabila berceramah sahaja menjerit-jerit dan mencaci cerca. Kembalikanlah semula kehebatan para ilmuan silam yang mempunyai ilmu al-Quran dan al Hadis tetapi pada masa yang sama mereka juga adalah ahli sains, perubatan, ahli fizik, kimia, geografi, sejarah dan lainnya.

Golongan sedemikianlah yang layak digelar alim ulamak, mempu menguasai pelbagai bidang ilmu. Sifat orang berilmu itu, sentiasa merendah diri, tidak suka mndabik dada.  Tidak akan mencaci cerca orang lain. Sangat kagum dengan cara Dr. Zulkifli al-Bakri dalam berdakwah, lembut dan tidak pernah mendabik dada. Sentiasa dihormati oleh umat Islam di Malaysia ini sehingga menjadi rujukan orang-orang besar. Sekiranya sikap seperti ini diikuti oleh para asatizah di Malaysia ini, yakinlah semua mereka akan sentiasa dihormati, tidak ada siapa yg akan mencemuh mereka.

Jika berdakwah dalam keadaan yang angkuh dan sombong, orang akan benci dan lari.  Mulalah cemuhan terhadap mereka dilemparkan. Mulalah masing-masing keluarkan usul...jangan mencerca ulamak...ulamak itu dan ini...fullstop! Jangan salahkan masyarakat, tetapi carilah salah diri sendiri.  Ada sebab orang benci dan ada sebab orang sayang.  Bukankah rahmah dan kasih sayang itu datangnya dari Allah?

Thursday, 28 November 2013

Perangai rakan yang mengada-ngada

Apa yang perlu dilakukan jika bertemu dengan rakan yang perangainya mengada-ngada? Rasa meluat jer....macam dia sorang yang hebat je....macam dia sorang yang pandai je.... macam dia sorang yang boleh kontrol je... boleh arah kita itu ini jer....  mcm kita ni kuli babu dia jer....

             
Lepas direnung-renung, difikir-fikir, bersabar dan terus bersabar dengan karenahnya, mula hati rasa meluat. Mula hati rasa nak menjauhkan diri, rasanya itu yang terbaik daripada bergaduh dan berbalah dengannya. Biarlah dia cari sendiri apa yang dia nak, biar dia buat sendiri apa yang dia mahu, biar dia cari sendiri tanpa sibuk menanya dan menalipon aku....

Kadang-kadang dek sebab nak menjaga hati orang, tak de siapa yang peduli hati kita.  Kita dok memendam rasa sorang-sorang, buat penat je.  Banyak lagi keje lain yang nak difikirkan.  Tak de maknanya menjeruk rasa hanya kerana dia, buang masa jer....

Caranya kan....meh bagi tips sikit.  Kalau dia call suruh itu ini, jangan layan.  Kalau dia asyik sms/ whatsap tanya itu ini jangan layan.  Biarkan dia berusaha sendiri, biar dia pandai2 cari jalan sendiri...biar dia tahu susah senangnya nak hidup.  Biar dia tau yang orang lain pun ada perasaan juga...

                         


Bukan niat kita nak putuskan tali persahabatn, salah tu.  Tapi niat kita nak mengajar dia. Biar dia tahu berfikir tanpa suka bergantung pada orang lain.  Imam al-Ghazali pernah pesan dalam kitanya Ihya Ulumuddin, katanya:

"Musuh kamu yang sebenar di akhir zaman adalah sahabat karib kamu sendiri."

        


Maksudnya jangan terlalu percayakan sahabat mengalahkan ibu bapa dan adik beradik sendiri.  Jangan terlalu mementingkan sahabat daripada ahli keluarga sendiri.  Sangat banyak terjadi hari ini sahabat yang memakan sahabat sendiri.  Sahabat menikam sahabat sendiri dari belakang,  Sahabat mengkhianati sahabat sendiri....dan macam2 lagi. Pokoknya...beringat sebelum kena!

        


Apa yang penting....berwaspada.....jangan keterlaluan dalam bersahabat.  Jangan beri segala-galanya, kelak menyesal sendiri.

Tuesday, 26 November 2013

Berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan

Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang dia ada.  Memang sifat semulajadi manusia suka bermegah-megah untuk menunjukkan kehebatannya di sisi manusia.  Dan manusia juga sangat sukar mengawal hawa nafsunya, tetapi sangat mudah tunduk pada nafsunya sendiri.

Sikap sesetengah masyarakat yang bangga dengan majlis perkahwinan yang gah dan mewah, sedikit sebanyak menunjukkan masyarakat kita sekarang sedang mengalami satu gejala yang menunjukkan ilmu rohani semakin kurang.  Tidak tahu membezakan yang mana satu wajib, sunat dan harus. Pada masa yang sama menunjukkan kecetekan ilmu dan kerendahan moral dan pemikiran.

Cuba perhatikan apa yang telah terjadi pada pasangan yang pernah dinobatkan sebagai pelopor 'wedding of the year' satu masa dulu? Mengadakan majlis yang hebat, mendapat liputan setiap media, tapi akhirnya perkahwinan cuma mampu bertahan beberapa tahun sahaja dan berakhir dengan perceraian. Dimanakah keberkatan 'wedding of the year' tersebut?

Kini kita melihat seorang demi seorang artis yang sangat bongkak dan jahil dalam usaha membina rumahtangga. Pakaian dan gambar pra-perkahwinan sahaja sudah mencecah ratusan ringgit. Dimanakah hebatnya? Sedangkan pakaian yang disarung tidak menutup tubuh badan dengan sempurna.

Jika ditegur, jawapannya adalah " itu hak peribadi saya, saya punya duit, itu saya punya suka,  jangan cuba masuk campur dalam urusan hidup saya, saya tak minta duit anda pun!". 

Bongkak dan sombong sungguh manusia, angkuh dan besar diri.  Dia lupa bahawa orang yang menegur itu sebenarnya membantunya agar tidak disiksa teruk oleh Allah, tetapi begitu cara jawapannya.  Tidak ubahnya seperti manusia zaman jahilliyyah.

Hebat sangat kah kamu? Cantik sangat kah? Mulia sangat kah perlakuan sedemikian? Barangkali juga dia terasa dirinya lebih baik dan hebat daripada yang lain, maka dia lupa sesuatu bahawa dirinya itu sebenarnya hak Allah, yang pada bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambil kembali roh dan nyawanya.  Pada masa itu sudah tiada siapa lagi yang akan sudi menegur dan menasihati anda, berdepanlah dengan tuan empunya diri sendirian, tiada siapa lagi yang boleh membantu anda.

Manusia ego tidak ada nilainya disisi Allah.  Sombong dengan kecantikan sendiri. Sedangkan hampir 80% adalah palsu semata-mata. Manusia sebenar yang sangat cantik di sisi Allah dia tidak akan mempamerkan kecantikannya dikhalayak ramai.....sentiasa menjaga akhlak dan tingkah lakunya. Sayang sekali, anda tertipu dengan nafsu sendiri dan terjerat dengan kebodohan diri sendiri....

Pergilah belajar cik kiah....tuntut ilmu banyak-banyak. Orang yang benar-benar berilmu tidak suka menunjuk-nunjuk dan bermegah-megah dengan kehebatan dirinya. Makin tuduk makin berisi kata pepatah Melayu. So...kita faham sendirilah orang suka menunjuk-nunjuk tu dalam kategori mana...

Friday, 1 November 2013

Tips hilangkan sakit gigi

Ramai antara kita mengeluh apabila sakit gigi kan...macam2 penawar dan petua yang kita akan cuba untuk legakan sakit gigi betul tak? Sakit gigi ni dah macam satu malapetaka besar apabila ia menyerang, serba tak kena kita dibuatnya, betul dok?

                                      

Saya juga berpengalaman sakit gigi semenjak dua menjak ni.  Maklumlah gigi dah berusia lama ni, macam-macam kerenah lah mula datang.  Dari rasa nyilu kena air, tak kira sejuk atau panas, sampailah sakit mengunyah terutama geraham. kekadang sakit berdenyut2 ye dok? Seksa weh...seksa sungguh bila sakit gigi ni, mood pun ilang, mula rasa nak marah je, tul dak?

Nyilu gigi kena air tu selalunya mesti ada masalah dgn bhgian saraf gigi....jumpa doktor gigi la ye..

        


Kumur air garam udah, kunyah cengkih udah, ruqyah dibacakan untuk ilang sakit pun udah juga, tapi idoknyer sembuh2 juga, makin lama makin sakit.  Nak jumpa doktor takut la pulak, bimbang di cabut je! Buat kata arwah ayah saya, "nama nak ke doktor gigi idok ler komer...." bior ler tercabut sendiri dari di cabut dek doktor katanya! "Jumpa doktor gigi? Langkah mayat aku dulu!" Eh...memacamlah ayat yang keluar dari lidah yang tak bertulang tu bila disuruh jumpa doktor gigi....macam nak jumpa malaikat maut je gamaknya!


         


Itu lah ceteknya ilmu kita ye, masih takut lagi nak jumpa orang yang pakar dalam bidang penyakit.  Kita lebih percaya bomoh, pawang, natural healing yang kekadang mustahil apabila penyakit tersebut sebenarnya memerlukan rawatan dari orang yang benar2 mahir dalam bidangnya.

        
Mari kita berfikir sejenak, bila tak tahu, kita kena bertanya pada orang yang pakar atau ahli dalam bidang tu kan? Itu salah satu usaha kita. Jangan nak memandai-mandai sendiri yer....buruk padahnya....elok lah kalau sakit gigi berjumpa dengan doktor gigi...selesai masalah!



Tak bermakna bila sakit gigi penyelesaiannya berakhir dengan cabutan.  Itu persepsi yang sangat salah. Doktor akan cadangkan kita buat sesuatu untuk selamatkan gigi kita. Kalau berlubang dia akan tampal. Kalau ada cebisan makanan yang menyebabkan gusi bengkak dan sakit dia akan rawat. 

Kadang-kadang sakit tu disebabkan gusi kita bernanah dan ada jangkitan kuman, dia akan buang nanah tu dan tampal serpihan gigi dan berbagai lagi yang akan dilakukan untuk menyelamatkan gigi kita. Lepas tu dia akan bekalkan kita dengan ubat tahan sakit, antibiotik untuk matikan kuman dan ubat bengkak.  Haa...itulah ubat yang paling mujarab sebenarnya....bukan tampal dengan cengkih la, apa la...x berkesan punya, saya dah buat ye....x de makna nya!    
       
        

Jumpa doktor memang penyelesai masalah....tips paling bijaksana, tidak ada jalan lain lagi...tak percaya cubalah....cengkih ker, apa ker....sume tak jalan. Yang penting matikan kuman yang menyerang gigi dan gusi dan hentikan ia dari terus merebak ke tempat lain atau ke gigi bersebelahan...

                       

Doktor gigi la tips paling berkesan bila sakit gigi...larat ker nak hadap jer denyut berdenyut tu kawan....denyut mendenyut tu selalunya nanah sedang berkumpul dalam gusi...memang sakit, nanah perlu di keluarkan. Kadangkala kita tak nampak sbb duduk dalam gusi, doktor gigi je yang boleh keluarkan nanah tu. Kalau dibiar merebaklah ia ke sebelah pula...

                   
Cengkih mengkih tu buat masak kicap jer sedap...tapi kalau sakit gigi nak makan pun tak de selera kan...hik..hik...


Banyak jasa doktor gigi ni....saya pun dah mengalami peringkat demi peringkat sakit gigi. Dah tak percaya lagi dgn penawar traditional tu, doktor lebih baik dan lebih pakar dalam bidangnya. alhamdulilllah selepas dirawat dan dirawat, gigi tetap utuh sempuna walau umur telah banyak. Gosok gigi pun da tak berdarah lagi....gigi sihat, kuat dan tidak ada masalah lagi untuk mengunyah makanan. Tidak ada lagi rasa gatal dan sakit apabila makan daging seperti sebelum ni. Tak de lagi terlekat makanan celah gigi.....aman....

        


Nak jadi doktor gigi pun bukan alang-alang belajarnya, result SPM pun perlu cemerlang beb...bukan boleh ambik sembarangan je. Diajar di Universiti, bukan di pondok atau kolej2 murahan. Belanja juga banyak dan profesional....jangan pandang sebelah mata profesyen doktor gigi ni, banyak jasanya pada kita manusia ni....


Ilmu yang paling bermanfaat untuk membantu orang lain sihat adalah ilmu kedoktoran di samping ilmu-ilmu lain.  Kalaulah kita tahu kelebihan ilmu dan tugas doktor ni satu tugas yang paling mulia dan tinggi darjatnya di sisi Allah, pasti semua nak jadi doktor ye dok? Tapi kena akur, tak semua orang layak...Ia memerlukan kebijaksanaan dan keberanian dan kemahiran yang tinggi...syabas dan tahniah pada para doktor yang bertungkus lumus belajar dan bekerja demi untuk memastikan orang lain sihat walafiat.