Chiang Mai kota yang tenang
Pertama kali sampai di sini terpegun dengan layanan mesra penduduk tempatan. Bermula pertama kali menjejakkan kaki di Lapangan terbang sehinggalah berada di hotel dan menelusuri setiap jalan disini akan disapa mesra oleh penduduk yang ramah dengan senyuman dan ucapan "sawadikkap..."
Bermula dari sikap sopan pemandu teksi ketika melayan kita dalam perjalanan dari Airport ke hotel penginapan. Sikap hormat kepada pelancung jelas kelihatan. Bahasa yang sopan dan senyuman manis. Dari situ terasa dihormati dan dihargai oleh kita sebagai musafir.
Tiba di hotel juga disambut mesra. Kami telah menempah hotel Duangtawan Chiang Mai. Hotel ini sangat strategik kerana dihadapannya akan ada pasar malam setiap malam dari jam 6pm-11.30pm. Sepanjang malam disekitar kawasan ini hidup dengan peniaga. Kami teruja sangat apabila malam tiba...pelbagai jualan yang ada. Pilih sahaja...sediakan wang yang mencukupi.
Layanan peniaga sangat baik dan lembut. Bahasa yang sangat sopan. Tidak terjerit-jerit memanggil pelanggan seperti apabila berkunjung ke Indonesia yang membuatkan saya sangat serik untuk membeli barang ketika di sana. Baru tanya dah diikut kemana kita nak pergi...oh! Sungguh menakutkan...
Tapi di sini tidak, mereka hanya senyum hormat jika kita tidak beli dan hanya sekadar bertanya. Terasa aman berurusan disini, Chiang Mai.
HALAL STREET:
Masjid dan kedai makan halal boleh didapati hanya dengan berjalan kaki keluar dari hotel ke kanan kemudian belok ke arah kiri. Jalan sahaja ke arah kiri dan kurang dari 10 minit berjalan kita akan nampak pintu gerbang HALAL STREET di sebelah kanan.
Lintas jalan dan masuk ke lorong tersebut. Akan nampak masjid dan Islamic Centre tersergam indah disebelah kiri lorong. Jalan lagi ke hadapan akan jumpa kedai makan muslim. Di sebelah kiri ada menjual nasi ayam dan nasi biryani ayam. Kami dah cuba, memang sedap. Ada juga jual mee rebus, mee kari dan mee sup. Makcik yang jaga kedai tu boleh cakap Melayu. Dia akan bagitau menu apa yang ada. Tapi tidak lancar macam kita sbb dia asal dari negara China. "Chinese Muslim Chiang Mai..." katanya.
Berhadapan kedai makan makcik tu satu lagi kedai makan halal juga. Yang ni ada disediakan nasi dan lauk yang telah siap dimasak. Macam nasi campur, pilih aje.
Ada juga makanan panas siam food...tomyam, ikan stim..mee..kuew tiaw dan macam2 menu macam kat negara kita juga. Kami dah rasa, sedap dan harganya juga murah...Alhamdulillah...Kami datang lagi untuk makan malam pulak disitu.
MASJID:
Keadaan masjid bersih, luas dan selesa. Tempat solat wanita berada diruang atas masjid. Waktu malam kelihatan ramai anak2 remaja muslim disekitar kawasan masjid. Mungkin ada kelas mengaji atau kelas fardhu ain sebab mereka berkumpulan menuju ke tingkat atas masjid. Seronok mereka berkejar-kejaran macam di Malaysia juga. Pakai jubah dan baju seperti baju melayu dan berkupiah.
Pada waktu malam, kawasan sekitar hidup dgn aktiviti perniagaan. Keluar dari makan di halal street, sebelum ke jalan besar di sebelah kiri nampak satu kawasan berlampu seperti ada pesta. Kami masuk ke dalam. Rupanya medan selera menjual pelbagai makanan.
Stall kebab:
Pandang ke sebelah kanan nampak ada stall kebab dan pencake halal. Kami singgah beli kebab. Sedap sungguh kebab tu. Stall kecik je, orang Islam yang jual, makcik yang jaga tu pakai tudung.
Kedai kebab Turki juga ada di depan lagi. Besar kedainya dan halal. Kami x beli kebab di situ sebab dah beli dengan makcik tadi. Harga satu kebab dalam sekitar 50 baht +-RM6 duit kita tapi besar dan banyak dagingnya, pendekata memang kenyang dan berbaloi beli.
Pulut mangga:
Saya memang penggemar pulut mangga. Depan kedai kebab Turki tu nampak orang jual pulut mangga, saya tak toleh kiri kanan lagi terus beli. Sekali bila dah beli, terpandang dalam gerai yang sama pakcik tu tengah panggang sosej babi. ha??? Bila baca menu pork & garlic...Allahu Akbar...selera makan saya mati. Dah bayar pulak tu. Saya pun duduk dimeja depan dan senyap. X lalu nak makan. Akhirnya suami saya pergi beli air kelapa dan kami minum air kelapa aje. Bila dah habis saya tinggalkan pulut mangga atas meja tu, tanpa dijamah sedikit pun. Saya tak lalu nak makan. Rupanya sebelum kami singgah nak beli pulut mangga tu pakcik yang jual tu sedang balik-balikkan sosej pork + garlic tu...errr..
Niat saya nk makan pulut mangga masih ada dan masih mencari. Terjumpa lagi satu di simpang jalan, nampak orang Malaysia lepas beli dari situ. Saya pun cadang nak beli juga, tapi lebih hati-hati. Sah! Disebelahnya juga sedang bakar benda yang sama...sosej daging B tu juga...cancel niat...cari tempat lain.
Jalan punya jalan akhirnya jumpa kakak yang jual hanya pulut mangga dan buah-buahan yang telah dikopek macam mangga, durian dan nangka. Dia cuma guna motor roda tiga dijadikan mcm stall jualan. Stall bergerak. Alhamdulillah...beli dari situ dan dapat makan. Sedap pulutnya sebiji-sebiji dan lembut. Harga pulut mangga pun lebih kurang je mana-mana tempat yang saya jumpa. Dalam rm6 duit kita. 500 baht.
Roti Pisang:
Dijual oleh peniaga muslim juga.
Satu lagi jangan miss makan disini roti banana. Cara buat macam roti canai tapi dalamnya letak pisang. Perasa boleh pilih samada nak nutella, durian, jem dll. Kami pilih nutella. Sedap sungguh rasanya. Dah siap dipotong kecik dan diletak nutella lagi atasnya. Macam goreng pisang coklat cheese tu la. Cuma tak de cheese je. Sedap...jangan miss yang ni. Harga dalam RM6 juga satu dalam 50 baht juga.
Beli barang:
Kami siap beli beg besar dekat sini. Murah dan kualiti cantik. Senang nak travel lagi. Jumpa beg pink polkodot untuk anak dara saya. Mesti dia suka. Saya beli satu. Beli beg besar lain lagi satu...ok la harga nya.
Tawar -menawar harga:
Di night market ni kena pandai tawar menawar harga. Selalu biasalah dia letak harga tinggi. Mulakan tanya berapa last price boleh bagi? Dari last price tu kita turunkan lagi. Kadang-kadang boleh turun sampai separuh harga. Ikut keadaan juga. Kalau kita nak balik atau kalih tempat lain dia akan terus tanya berapa harga yang kita mau....tektik ni mana-mana pun sama...hehe..
Sarapan di hotel:
Walaupun ada sarapan disediakan, kami tak turun makan pun. Malam dah beli kebab dan roti pelbagai, jadikan itu sebagai sarapan je. Air masak sendiri buat la kopi atau teh...rilex dan santai.
Di tempat konferen dimana suami saya berkonferen, Imperial Hotel juga disediakan makan tengahari. Dia tengok menu balik terus, sebabnya sebahagian besar menu adalah pork...kami pergi ke halal street dan makan disana. Sambil tu solat di masjid sebelah. Halalan toyyibah.
Dalam bermusafir kita kena korban sikit untuk dapat keredhaan Allah...jaga makan minum, itu punca hati kita sentiasa dekat dengan Allah. Bila hati bersih, mudah untuk beribadah.
Biar susah sikit cari makanan halal, tapi terjamin kesuciannya. Elakkan yang meragukan. Perut kena jaga...mata kena jaga...hidup bermusafir ni doa mudah makbul. Banyakkan berdoa waktu kita bermusafir atau travel, tapi dgn syarat jaga juga makan dan minum serta pandangan mata..insyaAllah berkat.
Biasalah kalau tempat ramai pelancung macam ni kan, yang kebanyakannya pelancung barat, pakaian mereka memang menjolok mata sikit.
Pelancung asing:
Kebanyakan pelancung asing yang datang kesini rata-rata dari negara Eropah dan benua Amerika. Jumlah yang sangat ramai. Saya yakin mereka suka datang kesini bersama keluarga sebab kawasan sekitar yang aman. Kawasan bersih dan susah nak lihat sampah sarap. Memang bersih. Penduduknya yang sentiasa ramah tamah melayan pelancung. Harga barangan yang tidak mahal. Barangan yang dijual pula tinggi harganya jika dibawa ke Eropah. Bagi orang Eropah, harga barangan disini sangat sangat murah dan sangat berbaloi untuk shopping.
Situasi di Chiang Mai:
Dari melihat situasi disini, tidak hairan jika Chiang Mai sentiasa mendapat tempat dihati pelancung. Sikap ramah tamah penduduknya membuatkan ramai yang jatuh cinta dengan tempat ini. Tiada paksaan dalam membeli barangan. Kira membeli dengan hati yang lapang dan seronok...
Penerbangan ke Chiang Mai:
MAS tidak menyediakan penerbangan terus KLIA-Chiang Mai. Kena pergi Bangkok dulu kemudian tukar flight ke Chiang Mai. Lebih penat dan menyusahkan. 2 jam KLIA -BANGKOK dan sejam lagi BANGKOK-CHIANG MAI. Penat sikit. Itu yang kami telah lalui.
Sampai disini baca blog lain untuk cari tempat menarik. Baru tau ramai yang datang guna Air Asia direct flight dari KLIA - CHIANG MAI, 2 jam je...pengalaman....