Saturday, 20 June 2015

Tips rumah sentiasa kemas

Bangun tidur terus kemaskan katil. Pastikan katil sentiasa kemas. Bilik yang kemas mempunyai suasana yang selesa dan nyaman. Jangan letak terlalu banyak barangan dalam bilik tidur.  sekiranya perlu letak dalam almari. Jadikan bilik tidur kita sentiasa selesa dan tidak berserabut.

kemaskan tempat tidur sekiranya mahu keluar daripada bilik

Bilik air pastikan sentiasa bersih. Basuh bilik mandi setiap kali selesai mandi pagi. biasakan mengemas rumah diawal pagi.  biasakan juga suka tinggal dalam rumah yang bersih dan kemas.  bayangkan rumah kita adalah hotel yang sentiasa bersih. sentiasa ingat pesan Nabi Muhammad saw.....'Kebersihan itu sebahagian daripada iman.'


Untuk bilik air yg sentiasa berbau harum letakkan botol minyak wangi didalamnya sebagai hiasan. spray minyak wangi dalam bilik air...Bersihkan toilet bowl setiap kali selesai membuang air besar. 


Letakkan cecair pencuci setiap kali selesai menggunakannya.

Vacum atau sapu ruangan bilik setiap kali ternampak habuk atau rambut bersepah dilantai.
Jangan samakan ruang tamu untuk tetamu dan ruangan menonton tv.

Ruangan menerima tetamu

Pastikan ruangan ini sentiasa bersih dan kemas.  anda tidak perlu kelam kabut mengemas sekiranya tetamu datang secara mengejut

Kalau boleh asingkan kerana tamu dan ruang menonton tv. ruang menonton tv selalunya akan berselerak kerana sering digunakan. Sekiranya tidak ada dinding  pengadang, gunakan pengadang mudah alih.


Ruang menonton tv

Meja makan didapur jangan biarkan berselerak. Kemaskan setiap kali selesai makan. Jangan letak barangan yang tidak diperlukan atas meja makan. sekiranya ia berbentuk oval atau segi empat memanjang, letakkan kaca bulat berpusing untuk memudahkanmengambil makanan.


Pastikan sinki sentiasa bersih dan kemas. Basuh pinggan atau cawan setiap kali selesai menggunakannya. Lap keliling sinki dengan cecair pencuci atau cuka setiap kali selesai membasuh pinggan yang banyak.


Tempat memasak hendaklah sentiasa dibersihkan setiap kali selesai memasak. sentiasa bersihkan peralatan memasak seperti periuk atau cerek air, sebaiknya gunakan barangan stainless steel kerana mudah dibersihkan. dan nampak bersih,  Gunakan cuka makan untuk lebih bersih sewaktu mengelap.


Kabinet dapur pun sama, sentiasa lap dengan cuka makan sekiranya ternampak kotoran mula melekat. Jaga dari awal, jangan biarkan terlalu lama untuk mengelap.


Dapur yang bersih menimbulkan keseronokan sewaktu memasak.  Elakkan meletak terlalu banyak barangan dikawasan memasak. Susun denga teliti dan letakkan dalam rak ataupun almari simpanan atau laci.

Monday, 8 June 2015

Hilangkan sakit dan bisa-bisa badan

Baru-baru ni seluruh badan terasa sakit sangat. mungkin sejak berpindah kerumah baru ni letih sangat agaknya. Aku pulak jenis suka menghias dan berkemas, angkat sana sini. Itu dalam rumah, luar rumah pulak kawasan punyalah luas, seronok bertanam pelbagai tanaman, bukan sahaja bunga, sayuran dan pokok-pokok lain pun ada. Pokoknya bertani sunguhlah...

Nak jadikan cerita pada mulanya aku cuma rasa kebas-kebas tangan je. Mula-mula kiri, lepas tu kanan...katanya bahaya tu,ada kaitan dengan jantung bagai. Ada juga kata kencing manis, tapi bila cek tak ada pulak...kemudian tu bila duduk nak bangun aduh sakitnya badan...bangun dari tidur pun sakit semua. Pelik sungguh, patutnya semakin berkebun banyak keluar peluh semakin sihat, tapi aku sebaliknya. Agaknya terkejut tak pernah buat kerja berat tetiba tukar jadi petani..hahah..menulis thesis pun tergendala dek seronok sangat berkebun sbb pokok semua subur- subur dan cantik belaka berkat penangan baja booster buatan sendiri...tu yang semakin seronok tu, tak sedar badan sakit semua, semakin lama semakin menjadi-jadi.

                        

Ni lah hasilnya....seronok kan...

Dah macam2 supplement yang dimakan pun tak menjadi. Vitamin pun ambil masih sama jer...macam tak de kesan langsung. Beli jugak set yang packing cantik2 yang famous sekarang ni, mcm2 produk kan...pergi beli dan bayar je. Neurobion pun dah ambil, doktor bagi untuk makan, tapi aku alah dengan neurobion ni, bila ambi je mesti batuk-batuk. Itu supplemen kandungan vitamin B2, B6 dan B12 untuk saraf dan kebas-kebas tangan katanya. Tukar vitamin B bomplex shaklee pula, macam sama je tak de perubahan.

Akhirnya terbaca satu artikel tentang kebaian membersihkan darah dan hati yang bertoksin. Kalau kandungan toksin dalam badan tinggi termasuk hati, makanlah ubat atau supplemen apa pun tak akan berkesan. Malahan makin menambah toksin dalam badan. Kalau tak silap artikel tu soal jawab dengan ahli farmasi bernama Farid. Dia syorkan ambil milk thistle untuk bersihkan hati dan ambil chlorella sekali untuk bersihkan darah. Chlorella aku memang ada stok kat rumah tapi jarang makan sbb tak tau sangat fungsi nya apa. Beli rajin la sbb dulu masa mengandungkan anak bongsu memang setiap hari consume chlorella cosway tu. memang hasilnya baik, badan tak naik, sihat masa mengandung dan anak yang lahir kulit putih bersih dan bijak pula. Alhamdulillah lepas 5A UPSR dan MUMTAZ PSRA dapat masuk sekolah tahfiz Sains. 

                                 


Bila terbaca artikel dan tulisan En.Farid tu barulah aku sedar badan aku ni banyak toksin rupanya. Toksin yang banyak tu boleh jadi racun dalam badan menyebabkan banyak penyakit dan badan jadi sakit-sakit dan bisa sana sini.

Terus pergi Farmasi Guardian, beli Milk Thistle jenama Blackmoores, ada 60 biji isi dalam nya. Cukuplah sebulan makan sebiji pagi dan sebiji malam. Harga dah tak ingat berapa...

                        


Tanpa buang masa balik terus je ambil chlorella dan milk thistle tu, dah tak tunggu malam dah. Sepatutnya ambil waktu perut kosong dekat nak tidur dan bangun tidur. Tapi sebab badan aku sakit semua dah macam orang umur 70-80 tahun yang sakit tu, aku dah tak kira. Malam dekat nak tidur aku ambil lagi sebiji milk thistle dan 5 biji chlorella. Chlorella tu dalam sehari boeh ambil sehingga 10 biji. Jadi aku buat 5 pagi dan 5 malam. Tak mahu ambil semua sekali 10 biji, buah pinggang ni penat nanti nak proses, kesian dia...

Ni nak citer, waktu pagi pukul 4 aku dah terkebil2 bangun. Rasa tidur dah cukup sangat...kalau rajin buatlah tahajjud. Wah...sihat rasanya, tapi nak bangun badan masih rasa sakit lagi...kebas-kebas tangan masih ada lagi sikit2. Lepas 3 hari aku rasa sihat dan cergas, wah apalagi...mula lah semula berkebun, dah sihat beb,,,..

Lepas tu apalagi...sakit semula seluruh badan....ala...rupa2nya suruh rehat dulu ye...dalam pada tu aku terbaca tentang air chlorofil cosway, baik juga untuk darah dan hilangkan kepenatan dan letih-letih. Memberi oksigen dalam darah juga salah satu fungsi nya. Air alfalfa +mulberry pun fungsi yang sama. Jangan tak tau aku memang ada stok pati air chlorofil dan alfalfa tu kat rumah. Aku memang jenis rajin membeli..haaha..apalagi...minumlah selang seli. Pati chlorofil tu bancuh 3 sudu makan air satu gelas. Air alfalfa + mulberry tu buat 1 sudu je sbb botol ya kecik je. Minum selang seli....Sama fungsi macam kita banyak makan sayuran hijau yang berfungsi menurunkan kadar kolestrol dan membuang toksid. Nak tau apa jadi lepas tu? setelah beberapa hari amalkan macam tu...ni lah hasilnya...

          


Tak sedar badan dah tak sakit lagi...bila dah tak sakit tak sedar kan? Tapi bila sakit kita sedar pulak ek...mengeluh, merengek..."sakit....sakit...". Nama pun manusia....rupanya dah hilang semua bisa-bisa, kebas terlampau, sakit badan entah kemana. Buang air pagi lawas sangat, buang air kecil pun lawas...makan pulak tak mau banyak, sikit pun dah rasa kenyang. Badan kita ni macam dah diatur, bila bangun tidur tak perlu dikejut, maksudnya tidur lena dan hanya terjaga bila tidur dah cukup. Chlorella dan milk thissle masih amalkan macam biasa...cuma itu je yang saya amalkan...ambil supplemen untuk bersihkan hati dan darah...bila darah sihat penyakit pun hilang. Dah tak payah sibuk2 habis duit beli supplemen dalam kata yg kononnya ada pelbagai bahan untuk sihatkan badan, tapi bila makan badan semakin sakit....dalam chlorella dan minuman chlofil dan alfalfa tu pun dah banyak ada vitamin yang diperlukan. Disamping kita banyakkan makan sayuran dan buah-buahan....jangan lupa minum air banyak...

       


Satu lagi yang membantu hilangkan sakit badan saya, tidur atas tilam ion contiago Zhulian tu. terus terang cakap saya memang dah lama beli tilam tu, yang besar punya tau, tapi tak guna sabb suami tak suka, panas katanya. Bila badan sakit, google punya google jumpa artikel kata bagus untuk badan yang sakit dan tangan kebas2 tidur atas tilam tu. disebabkan badan saya sakit2 selama ni dan suami pun agaknya sakit telinga dengar saya asyik mengeluh sakit, dia pun guna juga tilam tu dan terpaksa tidur juga atasnya. Ok je pulak...secara tak langsung badan dia pun terasa sihat...ye la..dulu masih muda kan, mana ada rasa sakit2 badan semua ni. 

                                         
 
saya beli tilam tu sejak umur anak saya masih bayi lagi, lama tersimpan, sekarang anak tu pun dah berumur 15 tahun dah, tingkatan 3..lama sungguh simpankan!! hahha...inilah waktu yang paling sesuai nak guna. Maknanya secara tak langsung sambil kita tidur badan kita dipanaskan dengan batuan yang ada dalam tilam tu...cuba google tantang tilam tu, banyak kebaikannya...x perlulah nak bertungku berdiang bagai, sambil tidur kita dirawat. Marvellous!, Sama macam konsep bersauna la juga, cuma tilam ni ada suhu yang kita mahu, boleh set berapa jam nak guna. Sambil tu ia bole lancarkan perjalanan darah, warm aje walau tidur dalam aircond. Kalau tahu begini rasanya dah lama saya guna...hihi..Alhamdulillah...sangat membantu.