Wednesday, 29 October 2014

Pelajar universiti ranking pertama di Malaysia suka berdemonstrasi

Katanya universiti ranking pertama di Malaysia, hebat dan gah. Pelajar pun rasa gah dan bangga berada disana. Tetapi akhlak dan sahsiah pelajarnya berada diranking ke berapa ye? Bukan semua tetapi sebahagian. Bangga merosakkan kemudahan tempat belajar sendiri, bangga bertempik sorak menghina pihak pentadbiran tempat dia menuntut ilmu, bangga mencerca dan bangga melanggar peraturan dan akta universiti sendiri. 


Setiap peraturan ada kebaikannya agar kita lebih berdisiplin. Majoriti kelihatan pelajar muda beragama Islam, yang sepatutnya memberi contoh terbaik kepada yang bukan Islam, menjadi Dai'e mencontohi akhlak Rasululllah dalam setiap urusan, tetapi jauh menyimpang dari sifat tersebut. Malah sifat tersebut menjauhkan orang bukan Islam dari mahu mendekati Islam. Disangka itulah Islam, tanpa disedari telah mencemari adab dan nilai2 murni agama sendiri. 


Apabila mengenal Islam melalui pintu politik, ahli politiklah jadi idola. Sanggup bermati-matian membela mereka. Apabila mengenal Islam melalui pintu taksub, taksublah yang akan menguasai diri, tidak akan menerima pandangan orang lain walaupun pandangan itu benar. Dalam menimba ilmu, jangan hanya melihat menggunakan satu kacamata shj, kita akan jumud. Jangan hanya menerima satu pandangan sahaja, kita akan sesat, jangan hanya bertaqlid pada satu pendapat sahaja, kita akan binasa dan rugi. Buang kacamata politik, buang kacamata taksub.


 Belajarlah menerima pandangan orang lain yang lebih berilmu dari kita. Dalam membuat penilaian, belajarlah melihat sudut kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Kita akan mampu berfikiran normal. Jika melihat keburukan melebihi kebaikan, tinggalkan kerana ia hanya akan membinasakan diri sendiri, Sesuatu yang mula dilupakan oleh anak muda Islam kini ialah beriman dengan Qada' dan Qadar. Lupa memahami Qada' dan Qadar dan lupa bahawa Allah lebih tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. 


Bacalah surah al-Kahfi setiap hari jumaat, kerana dengan beramal dengannya kita akan dapat melihat sendiri yang mana benar atau salah, mampu menangkis fitnah jika ianya memang fitnah. Mampu memberi jawapan yang kita perlukan dan setiap tindakan akan dipandu oleh Allah swt dgn cara yg bijaksana. . Apa juga bentuk fitnah dan berita yang tidak benar sukar sekali diterima kerana penglihatan menggunakan mata hati akan lebih terang dari pandangan mata luaran. Hidup akan jadi lebih tenang kerana pandangan mata hati tidak pernah menipu.


Tidak perlu bertempik sorak terkinja2 merusuh merosakkan harta benda awam. Itulah orang yang bijaksana, memelihara harta benda awam sama seperti memelihara harta sendiri. Jangan bangga menjadi pelajar yang melanggar peraturan, tetapi banggalah menjadi pelajar yang berdisiplin dan ada sakhsiah diri yang baik, itulah yang sepatutnya ada dalam diri setiap pelajar dan patut dijadikan idola.

DEMONSTRASI BUKAN BUDAYA ISLAM

Ramai mahasiswa yg telah dibuang dan akan di buang universiti kerana ikut demonstrasi.
Siapa yg bersalah? 

Larangan demonstrasi: atau menjerit-jerit dijalanan sabda Rasululah saw maksudnya:

" Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit-jerit dijalanan."  (riwayat ibnu abi dunya dari jabir Nabi s.a.w bersabda maksudnya:  "Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat :

1). tempat makmur(masjid) telah lengang dan tempat lengang(pasar dan tempat hiburan) telah makmur (dikunjungi ramai). 

2) orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan(demonstrasi) .

3) Seorang menggesel Amanah seperti unta menggesel badannya di pokok kayu ."  (Riwayat imam at-tabrani dalam al-kadir).

HADIS di atas menerangkan bahawa pada akhir zaman nanti timbul di kalangan umat islam mereka yang berjuang bagi menyatakan dan menzahirkan tuntutan dan tentangan terhadap pemerintah Islam melalui cara demontrasi / tunjuk perasaan. 

Ketika mengulas hadis permulaan di atas. 'Allaamah mufti brunei dalam kumpulan fatwanya  katanya: 

" SALAH SATU PERKARA YANG TIMBUL SEKARANG INI DIKALANGAN ORANG ISLAM IALAH MEREKA MENGIKUT CARA ORANG KAFIR, CARA ORANG EROPAH / CARA ORANG BARAT, IAITU MEREKA BERARAK DI JALANAN DENGAN MENINGGIKAN SUARA DAN MENJERIT-JERIT MENZAHIRKAN TUNTUTAN MEREKA, DENGAN BERIKTIQAD BAHAWA CARA ITU ADALAH SUATU JIHAD.  SEDANGKAN NABI S.A.W. TELAH MELARANG BAHAWA PERBUATAN BERJUANG CARA BERARAK DI JALANAN DAN MEMEKIK-MEKIK ITU SEBAGAI MENGIKUT CARA ORANG JAHILIAH YANG BUKAN ISLAM. WALLAHU A'LAM