Monday, 23 September 2013

MAKANAN HALAL DI TAIWAN

 Apabila berada di Taiwan, jangan mimpi kita mudah untuk ke sana sini hanya dengan menaiki teksi jika tidak ada alamat lengkap yang ditulis dlm bahasa cina. Kebanyakan pemandu teksi disini tidak boleh berbahasa Inggeris dan tidak tahu membaca tulisan selain bahasa cina. Apa yg perlu dilakukan, sebelum keluar untuk mencari makanan halal, sila dapatkan alamat  dari pihak hotel dan mereka akan tuliskan alamat dalam tulisan cina beserta lama masa yang diperlukan  untuk sampai ke destinasi yang dituju.  Mereka akan memberikan beberapa buah restoran halal untuk dipilih dan terserah kepada kita untuk pilih yang mana satu.

 Makanan di Taiwan tidak sama dengan masakan cina dari restoran cina halal dari negara China atau Malaysia. Mereka ada resepi mereka sendiri yg pada pandangan saya masakan cina yang pernah dimakan dari restoran cina Muslim di Malaysia atau negara China jauh lebih sedap berbanding Taiwan. Tetapi jika kita memilih makanan ala Indian cuisine atau Arab cuisine, memang sedap dan sesuai dgn selera kita.  Ada nasi biryani, kari ayam masala, samosa, salad ala arab dll yang sangat menyelerakan.

 Satu contoh kedai makanan muslim di Taipei ialah 'Kunming Muslim Food' kepunyaan Yaakob. Masakan arab dan Indian food, memang sedap. Ayam masala juga sangat sedap dan puas hati.  Tapi ikan masam manis, kurang sedap dan agak hanyir sikit lar....kalau nak makan sedap, jangan ambil menu ikan, sebab tidak sesedap yang disangka! Ada sedikit hanyir, bagi yg tidak biasa, boleh juga seperti mahu keluar semula...

 Untuk balik ke hotel semula dengan menaiki teksi, jangan lupa bawa sekali kad hotel dan tunjukkan sahaja kepada pemandu teksi.  Jika tidak, sukarlah untuk kembali semula ke hotel, melainkan anda tahu berbahasa kantonis atau mandarin. Pastikan kad hotel ada tulisan cina.... Sekian, tips yang bermanfaat bagi pelancung atau musafir muslim yang mahu singgah atau bertugas di Taiwan buat beberapa ketika.