Sunday, 4 March 2012

Allah akan menguji setiap hambanya

Adakalanya aku seperti menyesali nasib diri, mengapa begitu dan mengapa begini. Adakalanya aku memarahi dia yg telah mencemarkan namaku dikhalayak ramai. Adakalanya aku menyesali diri ini, mengapa aku dilahirkan ke dunia ini. Adakalanya aku memarahi diriku sendiri kerana dimalukan sedemikian rupa.

 Ada kalanya aku seperti mahu mati dan meniggalkan dunia ini. Ada kalanya aku rasa seperti aku ini sudah tidak diperlukan lagi. Tetapi semua itu adalah bisikan syaitan semata- mata mahukan aku terkeluar dari akidah ku sebagai seorang Islam. Mengajarkan aku agar aku tidak mensyukuri nikmat Allah dan mahukan aku mati dalam keadaan kufur akan nikmat Allah.

 Semua kepahitan dan kesakitan yang aku lalui ini, adalah untuk menguji sejauh mana ketaatanku kepada Allah. Semata- mata mahu melihat sejauh mana kesabaranku. Allah akan meguji hambanya sesuai dgn ilmu yg ada padanya. Aku kena kuat dgn dugaan ini. Aku kena tabah, kenapa Allah pilih aku sebagai bahan ujiannya di saat aku sedang memperbaiki diriku?

Jika aku kuat dgn dugaan ini, aku yakin Allah akan bagi aku sesuatu yg jauh lebih baik dari apa yg aku miliki kini. Hanya kepada Allah tempat aku mengadu dan aku serahkan segalanya rasa tidak enakku. dia adalah sebaik2 tempat mengadu dan hanya kepadanya sahaja tempat aku meluahkan segala rasa yg tidak enak ini.

Mangapa manusia suka berbohong, sedangkan dia sedang membohongi dirinya sendiri

Menceritakan sedikit perihal manusia yg tidak mahu mengaku kesalahan dirinya sendiri. Kasihan aku dengan manusia seperti ini. Sanggup berjuang habis habisan semata- mata mahu menegakkan kesalahannya. Sehingga sanggup pula memperbodohkan diri sendiri dgn mendedahkan segala keburukan dan kejahilannya sendiri.

 Dia telah diberi masa yg cukup lama untuk muhasabah diri. Tapi dia masih angkuh dan bangga dengan pembohongan demi pembohongannya demi kerana namanya yg terkenal, dia sanggup berbohong dan terus- terusan berbohong tanpa memperdulikan bahawa dia sedang ditertawakan oleh khalayak ramai. Aku juga tersenyum apabila melihat akan segala pembohongannya. Tersenyum sinis kerana dia cuba mempermainkan hukum Allah.

 Aku juga tersenyum sinis apabila yg cuba dibohonginya itu adalah Allah swt. Insaflah wahai tuan, ingatlah akan hari pembalasan nanti, yg mana mulut dibisukan, tangan yg berkata- kata dan kaki menjadi saksi akan segala yg telah kamu lakukan...tidakkah takut paa hari pembalasan yersebut?

 Pada hari itu tiada siapa lagi yang akan membela kita seperti di dunia ini. Waktu itu adalah hari pengadilan yg maha adil...hentikanlah segala pembohongan dan bartaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka!